Langkau ke kandungan utama

Keganasan: Siapa yang memulakan?

Tiga pengebom Bali baru selesai menjalani hukuman mereka. Biar apa pun persepsi umat mentafsirkan tindakan mereka, jelasnya ia bertitik tolak dari rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima oleh umat Islam seluruh dunia. Di sebalik tindakan yang dianggap keganasan oleh sesetengah pihak dan jihad oleh pihak yang lain, ia lahir dari sikap anti kezaliman Barat yang memusuhi Islam.

Semalam, dunia dikejutkan pula dengan pengeboman di Mumbai. Sekali lagi ia dikaitkan dengan orang Islam apabila kumpulan Mujahideen Deccan mengaku bertanggungjawab. Isunya tetap sama. Penindasan, layanan berat seberat dan pencabulan hak ke atas golongan yang menjadi minoriti menjangkaui masa berabad sejak pemerintahan Kesultanan Moghul beralih ke tangan raja-raja Hindu.

Sekian lama umat Islam di India menuntut supaya dilayan sama rata mengambil kira mereka sebagai penduduk asal dan warganegara India. Namun segalanya diketepikan kerana faktor agama.

Selama ini dunia menutup mata terhadap penindasan pemerintah Hindu ke atas umat Islam. Umat Islam tidak akan lupa keganasan pelampau Hindu dalam peristiwa Masjid Babri namun sejauhmanakah pula kepedulian masyarakat dunia. Tetapi mereka bingkas bangun mengutuk dan mengecam jika keganasan itu datangnya dari Islam.

Kita tidak bersetuju dengan serangan yang membabitkan orang awam seperti juga kita tidak bersetuju dengan kezaliman pemerintah ke atas rakyatnya.

Lihatlah dunia. Ketika kamu melaungkan keganasan umat Islam, golongan minoriti di negara-negara umat Islam tidak pernah dipinggirkan. Minoriti menerima layanan yang sama. Peluang pendidikan dan pekerjaan yang sama. Peluang kenaikan pangkat yang sama. Peluang mencari, memiliki dan menghimpun harta yang sama.

Minoriti boleh mengamalkan agama dan adat masing-masing. Boleh pula membina tempat ibadat sendiri. Boleh juga merayakan perayaan agama tanpa gangguan dari pemerintah.

Malangnya dunia sengaja menutup mata dari melihat kebaikan Islam dan umatnya. Sebaliknya mereka membeliakkan mata seluas-luasnya terhadap tindakan segelintir umat Islam yang cuba membalas kezaliman dengan keganasan.

Kita tertanya-tertanya, berapa kalikah Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dikutuk dan dikecam ketika kezaliman ke atas Iraq dan Palestin berlaku setiap hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...