Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

Memperkenalkan.......... 'ahli baru'

Inilah 'ahli baru' kami . Anis Amani namanya.

Orang Baru.

Syukur, Alhamdulillah! Isteri selamat bersalin pada jam sekitar 12.30am, 29 April seperti yang dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas. Saya hanya mengetahui setelah salah seorang jururawat yang bertugas di bilik bersalin pada ketika itu keluar dan menuliskan namanya di papan kenyataan. Sebelum itu, isteri telah dimasukkan ke wad sementara menanti waktu untuk bersalin sejak hari Ahad 27 April. Isteri terlebih dahulu diarahkan oleh pihak klinik supaya menghadirkan diri ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada hari tersebut. Patuh kepada arahan dan untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya membawanya ke hospital pada jam2.30 petang. Setelah disahkan masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin, isteri ditahan di wad Kenanga 11, Aras 7, HSAH. Besoknya, doktor telah memasukkan ubat untuk 'memudahkannya' bersalin. Ketika saya dan anak-anak melawatnya pada jam 5 petang, beliau memberitahu saya sudah mula berasa sakit. Enggan dilihat anak-anak keadaannya ketik

Kedah Julang Piala Liga Super 2008

Biar jasa jadi kenangan. Hijau Kuning menjulang Piala Liga Super buat kali kedua berturut-turut. Kenari mencipta sejarah menjadi pasukan pertama mempertahankan Piala Liga Super sejak piala tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2004. Pemenang pertama ialah pasukan Pahang. Lihat kronologi kejayaan Kedah. 2006 - Piala Liga Perdana. 2007 - Piala Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia. 2008 - Piala Liga Super. Piala FA dan Piala Malaysia akan datang. ( Penyokong pasukan lain jangan marah. Andaian saja.) Selepas perlawanan bertemu Pahang yang berakhir dengan kemenangan 1 - 0, Kedah disahkan sebagai juara 2008 dengan acara penyampaian hadiah dilangsungkan. Piala dan pingat disampaikan oleh DYMM Sultan Kedah. Tahniah sang Kenari. Dua piala lagi jadi buruan. Jangan terlepas!

Orang Melayu dan Yaasin

Ini bukan lirik nasyid, bukan syair, bukan juga gurindam, jauh sekali dari pantun Melayu. Ini sebuah catatan biasa . Malam Jumaat baca Yaasin. Sambut Ma'al Hijrah baca Yaasin. Nisfu Syaaban baca Yaasin. Sambut Maulid Nabi pun ada yang baca Yaasin. Anak hendak ambil periksa, baca Yaasin Bila lulus periksa, baca Yaasin Esok ada temuduga, baca Yaasin. Sudah dapat kerja, alhamdulillah, syukur! Baca Yaasin. Hendak ke Mekah mengerjakan haji, baca Yaasin. Balik dari Mekah, sudah jadi Haji, baca Yaasin. Baru-baru ini, kempen pilihanraya. Solat hajat dan baca Yaasin. Selepas menang buat kenduri kesyukuran, baca Yaasin. Orang sakit dibacakan Yaasin. Bila dah meninggal dunia, 'dihadiahkan' Yaasin...... kononnya. Begitulah sinonimnya orang Melayu dan Yaasin. Nanti bila ditanya generasi Melayu Islam akan datang, "ada berapa surah dalam al Quran?" Jawab mereka, "satu!" Apa dia yang satu itu. Mereka menjawab secara serentak, "YAASIN".

Jangkanya esok.

Petang tadi saya temankan isteri ke klinik. Dia 'scan' tengok kedudukan bayi. Alhamdulillah. Kata doktor kedudukan dah okey. Tunggu masa. Jangkanya esok. Bayi dalam keadaan sihat. Syukur. Jantina? Belum tahu lagi. Ada rancangan nak bubuh nama anak. Kalau perempuan namanya Anis. Kalau lelaki ................... entah! Jam sekarang dah 10.43 malam. Isteri dan anak-anak dah tidur semuanya. Saya sentiasa berjaga-jaga. Menanti kehadirannya.

Aktiviti YB di You Tube

Alhamdulillah, saya telah berjaya memuatnaik atau 'upload' dua video berkaitan aktiviti YB ADUN Pantai Merdeka dalam halaman You Tube. Untuk memudahkan pembaca melayari, saya telah ' link' kan dengan blog saya di bawah tajuk "YB dalam You Tube". Selamat melayari. Terima kasih.

Terengganu 2 - Pulau Pinang 4

Seronok menonton siaran langsung perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Terengganu dan Pulau Pinang. Walaupun turun bermain di tempat sendiri, Terengganu nampaknya gagal menahan amukan pasukan Pulau Mutiara itu dengan kekalahan memalukan 2-4. Pulau Pinang ternyata mengambil kesempatan dari keadaan pincang Terengganu yang bermain 10 orang akibat salah seorang pemain import mereka dilayang kad merah. Seronoknya kerana banyak gol yang dihasilkan dalam permainan ini. Selain itu, kerana yang menang itu Pulau Pinang dan yang kalah itu Terengganu. Anak saya bertanya, "abah sokong pasukan mana?" Saya jawab, "Pulau Pinang la..." . Entah kenapa rasa sukar pula memisahkan politik dan sukan. Pulau Pinang negeri Pakatan Rakyat, Terengganu negeri BN. Itulah alasan saya. He...he...

Kenduri Kesyukuran PAS Sg. Petani.

PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan dalam pilihanraya yang ke-12 lalu. Majlis yang diadakan pada 5 April itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar. Kehadiran pendokong dan penyokong dari semua kaum membuktikan PAS semakin mendapat tempat di hati rakyat. Selain hidangan, hadirin turut mendengar ucapan penghargaan dan terima kasih oleh pimpinan PAS kawasan dan tetamu istimewa pada hari itu iaitu YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Beliau turut menyentuh agenda kerajaan negeri yang akan dilaksanakan bagi membawa kesejahteraan rakyat Kedah. "KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA."

Kerajaan BN yang Bermoral

Utusan Malaysia, Sabtu 19 April 2008 melaporkan, "Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka. Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.''Mereka akan dihukum oleh para pemilih kawasan masing-masing dengan pelbagai cara. Jelas sekali perbuatan itu tidak bermoral. Kerajaan yang dibentuk dengan cara itu pula tidak akan diterima rakyat," katanya." Pensyarah UUM kata, tindakan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermoral. Lihatlah bagaimana bermoralnya kerajaan BN:- Rasuah. Melindungi perasuah. Pembunuhan beramai-ramai di Memali. Campurtangan dalam badan kehakiman. Tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penipuan piliha

Kalau dah rezeki...

Misi saya membawa surat permohonan sumbangan YB EXCO untuk mengadakan kem kecemerlangan UPSR dah selesai. Surat tersebut selamat sampai ke tangan YB pada malam Jumaat (kalau ikut orang Melayu, malam baik tu......). Tak kisah lah malam apa pun, janji kerja jadi. Tiada komen dari YB, cuma katanya, "awat bagi surat lewat, memang ada peruntukan untuk ni" . Dalam hati saya berkata, "kalau dah rezeki, lewat pun takpa lah.." . Saya pulang dengan harapan. Esoknya, program pun bermula.

On Call

Berdebar menanti kelahiran anak yang ke-5. Mengikut jangkaan doktor, isteri saya dijangka melahirkan anak kami pada 22 haribulan ini. Ertinya dalam tempoh 4 hari lagi. Sehingga hari ini belum kelihatan apa-apa tanda. Mungkin kerana sudah masuk yang ke- 5 kali ini, beliau bijak menangani masalah sehingga gagal dikesan. Namun sejak dua bulan yang lalu, isteri saya nampak keletihan. Maklum saja, selain yang ' dalam' diusung kesana kemari, yang di luar pula minta dilayani. Sementara yang ke-4, manjanya melebih-lebih pula. Cuma sejak kebelakangan ini, seperti memahami keadaan emaknya dan bakal adiknya nanti, manjanya teralih kepada saya. Kakak dan abang-abangnya pula saling meneka jantina adik baru. " Kalau boleh hendakkan adik perempuan ", kata si abang. Sedang kakak, "kakak nak adik lelaki, nak buli ." Saya pula serahkan saja kepada ketentuan Ilahi. Lebih penting ialah sihat dan dipermudahkan Allah. Itu doa saya seusai solat. Pemberian Allah tidak wajar diper

Anakanda dapat hadiah.

Bangga juga bila lihat puteri sulung saya naik ke pentas menerima hadiah. Anakanda menerima hadiah tempat ke-3 peraduan mewarna sempena Minggu Anti Dadah Kebangsaan peringkat sekolah. Biarpun peringkat sekolah, pencapaian tersebut mengatasi pencapaian ayahnya yang tak pernah memenangi apa-apa peraduan sepanjang persekolahan dulu. Tahniah. Selepas ini Kakak akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Catur MSSK peringkat zon dan diikuti dengan Pertandingan Bola Baling. Sebelum itu, Angah dan Bang Cik menggalas cabaran sekolah dalam aktiviti Ko Kurikulum KAFA dalam acara Bacaan Jawi dan Tulisan Jawi. Berusahalah bersungguh-sungguh, abah doakan kejayaan anak-anak abah. Teruskan pencapaian yang baik dalam pelajaran juga.

Mohon Sumbangan EXCO

Pihak sekolah akan mengadakan kem kecemerlangan UPSR 2008 pada Jumaat ini bersamaan 18.04.2008 di sebuah tempat peranginan terkenal di negeri Kedah. Kem tersebut bertujuan mendedahkan teknik menjawab soalan selain menghilangkan tekanan calon-calon UPSR. Bagi menjayakan program ini yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar, pihak sekolah bercadang memohon sumbangan daripada YB EXCO yang memegang portfolio pendidikan negeri Kedah iaitu YB Tn. Hj. Abdullah bin Jusoh. Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengamanahkan saya untuk menyampaikan surat memohon sumbangan kepada YB. Sedaya upaya saya cuba melaksanakan amanah tersebut, namun sehingga malam ini saya belum dapat berjumpa dengan YB EXCO walaupun telah dua kali datang ke rumahnya. Saya tidak bertanya ke mana beliau pergi dan memaklumi kesibukan beliau sebagai wakil rakyat. Walaubagaimanapun, saya agak bimbang dengan perkembangan terkini khususnya yang melanda institusi pelajaran yang melarang ahli politik dijemput dalam program-pro

Simpati buat Selangor

Gara-gara meninggalkan klinik bola sepak anjuran FAM yang dikendalikan Ian Rush, tiga pemain Selangor serta jurulatih mereka di denda. Lebih malang lagi pasukan mereka turut dipotong 3 markah dalam kedudukan Liga Super. Kedudukan ini menjadikan Kedah yang sedang mendahului liga terlalu selesa untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Hanya tiga mata lagi dari baki empat perlawanan mengesahkan kejuaraan Kedah musim ini. Namun, sebagai penyokong Hijau Kuning perkembangan ini tidak menarik perhatian saya, walaupun bergembira dengan kedudukan liga sekarang yang memihak kepada Sang Kenari. Saya percaya pasukan sekuat Kedah sudah tentu tidak mengharapkan ihsan dari sesiapa untuk merangkul kejuaraan. Biarpun dengan kedudukan yang cukup selesa, para penyokong tentu mengharapkan pasukan Kedah akan terus mengekalkan rentak kemenangan. Cuma yang saya rasa agak pelik , kenapa pula tiga mata yang dipotong itu melibatkan kedudukan Selangor dalam Liga Super. Sedangkan keputusan

Hukum Membaca Quran Untuk Arwah

Imam Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya Tafsir Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 36 – 41 surah an Najm yang bermaksud, "Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa? Dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji? (yaitu) bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya, Dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihat (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna," "melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafie menetapkan hukum:- - Pahala bacaan alQuran orang yang masih hidup tidak akan sampai kepada orang yang sudah mati. - Ini kerana bacaan itu bukan berasal dari amal si mati dan bukan pula merupakan usahanya (rujuk ayat 39). - Rasulullah tidak pernah menganjurkan umatnya. - Tidak ada riwayat yang sahih, para sahabat melakukan demikian. - Kalau ia merupakan satu perbuatan yang ba

Bersama YB

Hari Jumaat, 4hb. April 2008, saya berpeluang bersama YB Hj. Abdullah Jusoh, ADUN Pantai Merdeka, melawat kawasannya. Sejak dipilih sebagai ADUN, beliau yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kedah, menjadikan hari minggunya, Jumaat dan Sabtu sebagai hari turun ke kawasannya. Kesempatan ini saya gunakan untuk meninjau sendiri kehidupan rakyat di kawasan N27 Pantai Merdeka, khususnya di kawasan sekitar pekan Kota Kuala Muda hingga ke kampung-kampung berhampiran Pantai Merdeka. Di samping itu saya dapat melihat dengan lebih dekat kerja-kerja orang politik dalam menunaikan harapan rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil. 9.55am. Bertolak dari rumah YB. 10.30am. Singgah di pejabat PAS kawasan. YB menjadikan pejabat PAS kawasan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pantai Merdeka untuk sementara waktu. 10.50am. Tiba di Perniagaan Annesty Enterprise, sebuah bengkel membaiki enjin bot terletak di sebuah kampung berhampiran Pantai Merdeka. Saya kurang pasti nama kampung tersebut. Pemilik be

TM

Terima kasih untuk pihak TM Kedah Perlis terutamanya kepada Puan Pauziah Talib kerana menyelesaikan masalah kabel telefon di kawasan perumahan saya yang berlanjutan sebulan lamanya. Selepas mendapat aduan kelmarin 7 April, beliau terus bertindak mengarahkan bahagian teknikalnya dan siap keseluruhannya pada hari ini. Namun saya kecewa dengan bahagian khidmat pelanggan TM melalui talian 100 yang langsung tidak efisyen. Berbagai aduan dikemukakan oleh jiran-jiran saya namun diabaikan. Ada pula yang berjanji konon tempoh 24 jam, dua minggu lagi, esok dan sebagainya. Saya sendiri pernah ditipu mereka dengan janji akan diselesaikan secepat mungkin. Penipuan menghilangkan berkat. Mungkin itu yang ditanggung bersama TM dan pelanggannya. Malangnya, pelanggan terpaksa menanggung bala dan azab akibat dosa TM yang suka menipu.