Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Ancaman bagi mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja

Dari Abu Umamah Al-Bahili Radiallahu 'anhu , ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (ertinya): “ Ketika aku tidur, datanglah dua orang pemuda kemudian memegang dhahaya (lengan), membawaku ke satu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata, "Naik". Aku katakan, "Aku tidak mampu". Keduanya berkata, 'Kami akan memudahkanmu'. Akupun naik hingga sampai ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya, 'Suara apakah ini?'. Mereka berkata, 'Ini adalah teriakan penghuni neraka'. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka rabak serta darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya, 'Siapa mereka?' Keduanya menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka(masuknya waktu berbuka atau diizin berbuka oleh syarak) ” - Riwayat An-Nasa'i dalam Al-Kubra sebaga...

Bau itu mengganggu

Busuk. Tengik. Meloyakan. Mencucuk ke lubang. Kemudian terasa pula bulu hidung bagai ditarik satu persatu. Begitulah terseksanya hidung tatkala menangkap bau rokok dari salah seorang anggota jamaah Isya sebentar tadi. Kasihan sahabat di sebelah saya yang terbersin beberapa kali menahan derita pedihnya bau barang ‘puaka’ itu. Dalam solat hati tertanya dari mana datangnya bau itu. Ketika Baginda Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sahabatNya mendatangi solat jamah dalam keadaan mulut berbau bawang putih, Baginda tidak saja bermaksudkan bawang. Malah segala yang busuk dan mengganggu ketenteraman jamaah lain terangkum dalam maksud bawang itu. Sedang bau rokok dari seorang perokok tidak saja datang dari mulutnya yang merokok bahkan datang ia dari seluruh tubuhnya yang terkena asap rokok. Baunya pula lebih dahsyat dari bau bawang putih. Kedahsyatan baunya tidak sekadar mengganggu rakan sebelah tetapi seluruh surau yang terpasang dengan penghawa dingin. Selepas memberi salam saya bi...

Jangan tinggalkan doa.

Termasuk kekeliruan manusia yang paling besar adalah meninggalkan berdoa dan menjauhinya. Demikian itu disebabkan oleh beberapa hal. Sebagian orang beranggapan bahwa tidak berdoa lebih baik daripada berdoa. Jelas anggapan ini bertentangan dengan dalil-dalil dari Al-Quran maupun hadis-hadis. Imam Hafiz Ibnu Hajar berkata bahwa Qusyairy meriwayatkan dalam kitab Ar-Risalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah berdoa, mana yang lebih baik berdoa atau diam tidak berdoa dan rela menerima ketentuan takdir. Sebahagian ulama bependapat bahawa lebih baik berdoa sebab dalil-dalil tentang doa banyak sekali dan berdoa sebagai bukti sikap rendah diri dan rasa memerlukan. Sebahagian yang lainnya berpendapat bahawa diam dan rela menerima kehendak takdir lebih baik daripada berdoa sebagai bukti penyerahan dan kerelaan penuh dalam menerima pemberian dan kurnia Allah. Orang yang berdoa tidak tahu apa yang telah diputuskan untuknya jika Allah telah mentakdirkan apa yang sedang diminta bererti memo...

Bukti BERSIH tidak mendapat sambutan!!!

"Hanya 5,000 hingga 6,000 (je yang) hadir berdemo",kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Bersih at KLCC BERSIH in Singapore BERSIH in TAIWAN Bersih from Royal Oak - Auckland New Zealand BERSIH in LONDON BERSIH in KOREA BERSIH in HONG KONG BERSIH in SYDNEY BERSIH in MELBOURNE BERSIH in Melbourne @Federation Square Nota Azridul: Orang-orang yang kata BERSIH 2.0 tidak mendapat sambutan memang ada masalah. Sama ada dia buta atau tak pandai mengira atau cuba buat kenyataan bodoh atau cuba membodohkan diri sendiri.

Sokong!!!

Selamat berdemo kepada semua pejuang rakyat. Sokong Bersih 2.0     Update: Sekitar jam 12 tengahari saya menerima berita salah seorang adik saya, Azfar (Blogger Bayu Senja ) ditahan polis. Update: Jam 7.30 saya menghubungi mama untuk mendapat khabar mengenai baba dan adik-adik di sana. Azfar masih dalam tahanan. Mama tutut memaklumkan antara yang ditahan ialah anak perempuan AJK Muslimat PAS Sungai Petani, Pn. Hidayah Foo. Baba( yg juga ADUN Pantai Merdeka dan YDP PAS Sungai Petani )  masih di KL untuk menunggu perkembangan lanjut tahanan-tahanan khususnya dari Sungai Petani. Dalam sujud, saya mendoakan kebaikan untuk mereka. Amin.  Update: Jam 10.30mlm. Masih menanti berita.  

KL Gangster: Di mana polis?

Petang tadi tanpa disengajakan saya layan filem KL Gangster melalui laman You Tube. Tapi tak sempat habiskan kerana waktu maghrib semakin hampir. Dah tajuknya pun gangster, cerita pun banyak gaduh-gaduh la. Cuma yang saya hairankan, mana perginya polis masa puak-puak gangster tu bergaduh. Mungkin penulis cerita ini sengaja nak bagi penonton menghayati aksi pertahanan diri melalui babak pergaduhan tanpa adegan campur tangan polis. Atau mungkin juga penulis menyedari realiti tugasan polis sekarang yang sibuk menangkap orang-orang yang nak berdemo di samping menahan orang dari berdemo. Sehingga polis tak ada masa nak membasmi kegiatan gangsterism. Agaknya ………..

Masalah kanak-kanak dalam saf

Syeikh Muhammad bin Utsaimin berpesan mengenai keberadaan kanak-kanak dalam saf solat berjamaah. Katanya: Demikian juga saya pesan kepada pengurus masjid agar berlapang dada dan tidak menghalangi anak-anak datang ke masjid selagi tidak bertentangan dengan syariat. Dan tidak mengusir mereka dari tempatnya, kerana siapa saja yang lebih dahulu mengambil tempat, maka dialah yang paling berhak mendapatkannya, baik anak-anak atau orang dewasa. Kerana itu, mengusir anak-anak dari tempat solat mereka mengandungi unsur. [1]. Perampasan hak, kerana siapa pun yang mendahului orang lain dari kalangan muslimin, maka dia orang yang paling berhak meraihnya. [2]. Menyebabkan trauma pada anak untuk kembali mendatangi masjid. [3]. Akan menanamkan rasa dengki anak terhadap orang yang mengusirnya dari tempatnya semula. [4]. Anak-anak akan berkumpul menjadi satu, sehingga terjadilah permainan di antara mereka dan menyebabkan gangguan terhadap jamaah yang sebenarnya hal itu tidak akan terjadi manakala ana...

Kalung

Sudah lama saya perhatikan budak ini. Kalung hitam yang diperbuat dari benang melingkari lehernya itu yang menrik perhatian saya. Budak itu adalah murid Tahun Satu. Saya mengajar Pendidikan Kesihatan di kelasnya. Pagi tadi baru tergerak hati mahu menyoalnya. Dia malu-malu dan mengelak dari menjawab. Rakan yang duduk di sebelahnya pula yang tolong jawabkan. “ Rantai cacing, cikgu, ” kata kawannya. “ Betulkah ?” soalan balas saya. “ Betul ” balas kawannya bernada tegas sambil mengangguk. Saya terdorong untuk bertanya lagi. “ Dah lega ke belum ? Makan ubat apa ?”. Kedua-dua mereka hanya tersenyum tanpa sebarang jawapan. “ Bergantung penuh kepada kalung yang dipakai agaknya, ” detik hati saya. Rupa-rupanya ada lagi yang masih percaya dengan tangkal mangkal. Kesimpulan saya secara tidak rasmi. Ingatkan dunia dah moden, ilmu pengetahuan boleh didapati dari berbagai sumber, manusia mampu menyaring sebarang maklumat yang datang. Tak cukup dengan Forum Perdana, Semanis Kurma, datang pula Ima...

Lega

Alhamdulillah. Tugasan menyampaikan khutbah Jumaat kepada ahli kariah Amanjaya Zon Kenanga dan Zon Mawar dapat dilaksanakan dengan izin Allah. Dua minggu lepas saya diminta oleh pengerusi surau al-Muhtadin merangkap AJK Penaja kariah mengambil tanggungjawab ini bagi mewakilli jamaah surau al-Muhtadin. Sejak surau al-Muhtadin dibenarkan mengadakan solat Jumaat bermula Mei lalu sementara menantikan masjid yang akan dibina sedikit masa lagi, ini kali pertama giliran saya membaca khutbah. Malah ia juga kali pertama bagi saya membaca khutbah pada hari Jumaat sepanjang umur saya yang sudah mencecah 40-an. Maka saya perlu membuat persiapan rapi. Sepanjang dua minggu saya berusaha menyiapkan teks khutbah. Pagi tadi saya membuat semakan terakhir bagi memastikan penyampaian saya benar-benar meninggalkan kesan untuk mereka yang mendengarnya. Tidak sekadar itu, saya juga mempersiapkan fizikal dan mental agar lebih bersedia berhadapan dengan audiens yang akan memenuhi setiap inci ru...