Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Isu Wahabi:JAKIM jelas pandangan Zamihan al-Ghari salah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah memanggil pegawainya Zamihan bin Mat Zain yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Syeikh Dr. Abdul Rahman as-Sudaisi cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini. Pengesahan dibuat Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha ketika sidang media di pejabat beliau di Putrajaya. Pandangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam. “Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia.” Ditanya sama ada JAKIM akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu. “Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan p

Larangan duduk di atas kubur

Malam ini ada kuliah Ustaz Hafiz di surau al-Muhtadin. Sahabat saya En. Zul, mempelawa saya ikut serta dalam kuliah tersebut. Khabarnya mereka akan berbincang mengenai hukum duduk atas kubur. Seharian di sekolah sangat meletihkan. Jadi saya memutuskan untuk berada di rumah saja. Kalau En. Zul ada terbaca tulisan ini, saya minta maaf. Perkara ini terlebih dahulu dibangkitkan Ustaz Hafiz dalam kuliahnya kira-kira sebulan yang lepas. Ketika itu saya turut mengikuti majlisnya. Ustaz Hafiz mencadangkan supaya para penziarah kubur berdiri kerana ia lebih mendekati sunnah. Namun menurutnya lagi, tiada pula nas yang melarang duduk. En. Zul kemudiannya mencelah mengatakan ada hadis yang melarang mereka yang menziarahi kubur duduk di atasnya. Minggu lepas salah seorang jamaah meminta supaya En. Zul mengemukakan hadis yang dimaksudkan. Begitulah yang diceritakan kepada saya oleh En. Zul kerana saya tidak berada dalam majlis tersebut. Sememangnya ada larangan duduk di atas kubur

Hukum Khutbah Jumaat

Tulisan kali ini berkaitan dengan hukum khutbah Jumaat. Terlebih dahulu, tulisan ini bukan bermaksud menyanggahi pandangan Imam Syafi’e serta jumhur ulama’ yang mewajibkan khutbah Jumaat dibaca dan didengari oleh para jamaah. Ia sekadar membuka ruang perbincangan di kalangan umat agar setiap dari kita kita melihat betapa luasnya daerah fiqh itu untuk diterokai oleh sesiapa sahaja. Justeru, jangan pula nanti tulisan ini dijadikan hujah untuk mana-mana pihak menjatuhkan hukuman sama ada kepada yang bersependapat atau bertentangan dengan penulis. Mengenai khutbah Jumaat, jumhur ulama’ berpendapat bahawa ia adalah wajib. Menurut Imam Syafi’e rahimahullah ta’ala , sebarang urusan yang tidak berkaitan dengan solat Jumaat adalah haram dilakukan sebaik sahaja Imam naik ke mimbar. Pandangan para ulama’ ini disokong hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Baginda Rasul berkhutbah pada setiap kali mengerjakan solat Jumaat. Lalu mereka mengambil alasan itu dan digandingkan dengan

Solat Subuh hari Jumaat: Sujud tilawah atau tidak?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam solat subuh, Baginda membaca ayat-ayat yang panjang selepas bacaan fatihah. Terkadang Baginda membaca surah al-Mukminin, terkadang juga membaca surah at-Takwir atau surah Qaf( riwayat Muslim dalam al-Jami’ Baina as-Shahihain-الجميع بين الصحيحين -) Baginda juga membaca surah as-Sajdah dalam rakaat pertama dan al-Insaan dalam rakaat kedua dalam solat Subuh pada hari Jumaat. Kedua-dua surah tersebut dibaca secara penuh, bukan sekerat-kerat. Saya biasa solat di belakang imam yang membaca surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-A’la(الأعلى) pada rakaat kedua. Ini berikutan salah faham yang beranggapan keutamaan melakukan sujud sajadah(tilawah) pada setiap pagi Jumaat. Justeru dengan membaca surah berkaitan dan melakukan sujud sajadah? , ia sudah memadai. Rakaat ke dua boleh pilih mana-mana surah ikut kemampuan. Selain itu, anggapan sesetengah orang bahawa sujud sajadah dilakukan pada setiap solat Subuh h

Cerita kenduri kahwin

Dulu-dulu(l ebih kurang 25-30 tahun lepas ) kalau ustaz-ustaz sentuh tentang kenduri kahwin, mereka akan mengingatkan tentang adab-adab yang perlu diberi perhatian khususnya oleh ‘tuan kenduri’. Antaranya ustaz kata, “ Jangan lagi ada bersanding. Jangan bercampur lelaki perempuan. Asingkan khemah lelaki dan khemah perempuan. Joget-joget tak payah dah .” Lebih kurang macam itulah. Masa itu masyarakat sudah mula mendekatkan diri kepada ilmu Islam. Kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama semakin mendapat sambutan. Para penceramah mengambil kesempatan dari keadaan yang sangat memberangsangkan itu untuk membetulkan keadaan. Alhamdulillah, keadaan mula berubah. Masyarakat sudah mula meninggalkan amalan bersanding. Tetamu lelaki dan perempuan disediakan khemah yang berasingan. Ghazal parti, joget, tari menari tidak lagi menjadi agenda 3 hari 3 malam kenduri kahwin. Namun, apa yang saya perhatikan keadaan seperti berpatah balik ke belakang. Tiada majlis persandingan, tetapi pengantin diara

Biarlah orang nak berubah

Ucapan Presiden PAS terutamanya ketika membangkitkan konsep Negara Berkebajikan mengundang kritikan negatif dari kalangan pemimpin mahupun ahli, penyokong bahkan penulis-penulis upahan UMNO&BN. PAS dituduh menggadaikan prinsip menegakkan negara Islam. PAS dituduh mengikut telunjuk PKR dan DAP. Tak pasti pula bila UMNO menyokong Negara Islam PAS. Setahu saya, ketika DUN Kelantan meluluskan hudud satu ketika dahulu, bermacam-macam kata nista yang keluar dari mulut pemimpin dan ahli UMNO. Sekarang bila PAS tidak lagi berbicara mengenai negara Islam, UMNO pula yang lebih-lebih melatah. Patutnya UMNO bersyukurlah sebab tak ada lagi pihak yang buat benda yang UMNO tak suka dulu. Sebenarnya, baik pemimpin, ahli mahupun penulis-penulis pencacai UMNO ini tergugat dengan perubahan yang cuba dikemukakan oleh PAS. UMNO bimbang perubahan ini membawa kepada sokongan rakyat kepada PAS. Dalam politik( politik Malaysia) , perubahan tidak boleh berlaku. Berubah bermaksud tidak tetap pendirian. Be

Cuti-cuti Langkawi

Akhirnya, hajat saya untuk membawa keluarga ke Pulau Langkawi tertunai sudah. Segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan dari awal hingga akhir. Bukan satu perkara mudah untuk mendapatkan tempahan penginapan di saat-saat akhir terutama di musim cuti sekolah ini. Saya mendapatkan khidmat En. Zubir yang juga YDP PAS Langkawi yang kemudian menghubungkan saya dengan En. Kamal yang bersungguh-sungguh memastikan saya mendapatkan penginapan dan kenderaan sepanjang berada di sana. Atas usaha mereka berdua kami sekeluarga begitu selesa menikmati percutian di pulau pelancongan ini buat kali pertama. Jeti Kuala Perlis Atas feri Sampai di Jeti Kuah CD Motel, Pantai Cenang Bersiar-siar kawasan sekitar tempat penginapan Underwater World Makam Mahsuri Telaga Air Hangat Telaga Tujuh Langkawi Cable Car. Naik kereta kabel. Wow, tinggi! Nak balik dah! Alhamdulillah, percutian kali ini sangat memuaskan. Anak-anak pun tak berhenti-henti menyatakan rasa seronok. “ Insya Alla