Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Kenduri atau upah?

Malam ini saya terima jemputan kenduri rumah jiran. " Nak 'buat yaasin' sikit ", katanya. Saya faham maksudnya. Malam ini juga saya harus menghadiri kelas bahasa Arab yang telah ditetapkan jadualnya lebih awal. Saya tak perlu berfikir panjang untuk menentukan yang manakah lebih utama. Saya memilih untuk menghadiri kelas Bahasa Arab. Siapa yang tak suka kalau dijemput makan kenduri? Sedaya upaya saya akan penuhinya kalau tiada kerja lain yang lebih patut diberi keutamaan. Cuma saya selalu berasa berat hati sekiranya ia disertai dengan jemputan tahlil, baca yaasin atau doa selamat. Saya jadi keliru dengan kehendak sebenarnya tuan rumah. Jemputan mahu dijamu atau diminta supaya mendoakan keselamatan tuan rumah beserta keluarganya yang masih hidup dan yang dah lama meninggal dunia? Selepas doa dibaca, jemputan diupah dengan nasi. Saya selalu berfikir begini: (i) Tuan rumah kata, " kalau nak makan, kena baca doa untuk kami dulu. " (ii) Jemputan pula kata, "

Syarat dalam beribadah

Ketahuilah bahwa mutaba'ah (mengikuti Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam ) tidak akan tercapai kecuali apabila amal yang dikerjakan sesuai dengan syariat dalam enam perkara. Pertama : Sebab . Jika seseorang melakukan suatu ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak disyariatkan, maka ibadah tersebut adalah bid'ah dan tidak diterima (ditolak). Contoh : Ada orang yang melakukan shalat tahajud pada malam dua puluh tujuh bulan Rajab, dengan alasan bahwa malam itu adalah malam Mikraj Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam (dinaikkan ke atas langit). Solat tahajud adalah ibadah, tetapi karena dikaitkan dengan sebab tersebut menjadi bidaah. Karena ibadah tadi didasarkan atas sebab yang tidak ditetapkan dalam syariat. Syarat ini -yaitu : ibadah harus sesuai dengan syariat dalam sebab - adalah penting, karena dengan demikian dapat diketahui beberapa macam amal yang dianggap termasuk sunnah, namun sebenarnya adalah bidaah. Kedua : Jenis . Ibadah

SEORANG MUSLIM BERTINDAK MENURUT PRINSIP AL-QURAN DAN BUKAN PRINSIP MAJORITI

Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran. Kesempurnaan akhlak yang seharusnya dipamerkan oleh individu Muslim ini banyak dilihat pada kalangan rasul yang diutus ALLAH. Para rasul tidak peduli walau sedikitpun akan sikap dan gaya hidup yang ditonjolkan oleh orang-orang yang tidak beriman dan hanya patuh pada perintah ALLAH. Lantas, mereka terdedah kepada penindasan dan seksaan oleh orang-orang musyrik, yang mensyirikkan ALLAH hanya kerana para rasul ini beriman kepada ALLAH. Mereka turut berhadapan dengan ancama

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t

PSR PA(1) 93/95 MPKB

Dikehendaki! Sekiranya ada di kalangan pembaca blog yang mengenali salah seorang dari mereka atau pembaca sendiri merupakan salah seorang dari mereka, apa kata hubungi saya melalui e-mail azridul_71@yahoo.com. Mana tahu boleh buat reunion. Atau setidak-tidaknya bertanya khabar.

Solat berjamaah

Kalau bercakap tentang solat berjamaah, bukan main lagi hujahnya. Kalau nak ajak ke surau atau masjid, banyak pula dolak-daliknya. Tak sempat! Banyak kerja! Sibuk! Assignment bertimbun-timbun! " Sembahyang di rumah pun sah juga ". Kalau begini bunyi ayatnya, lebih baik beredar saja. Cakap pun dah tak guna. Hakikatnya solat berjamaah menjadi keutamaan atau tidak kepada seseorang bergantung kepada sejauh mana tanggapan terhadap hukum mengerjakannya. Justeru apakah hukum solat berjamaah? Ulama berbeza pendapat mengenai hal ini dan menjadikan beberapa pendapat. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berpendapat solat berjamaah termasuk syarat sah solat. Ertinya solat tidak sah melainkan dilakukan secara berjamaah. Sebahagian ahli hadis berpendapat hukumnya wajib. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berpendapat hukumnya sunat. Di sisi Mazhab Syafi'e solat berjamaah dihukum sebagai fardu kifayah. Orang Melayu di Malaysia berpegang teguh dengan pandangan ini. Cukuplah dengan d

Yang Mudah Yang Susah

Saya ada seorang kawan yang sama-sama menyewa ketika berkursus di Maktab Perguruan Kota Bharu dulu. Biarlah saya namakan dia Faizul( bukan nama sebenar ), guru pelatih Pengajian Matematik yang berasal dari Pahang. Satu hari kami bersembang mengenai keputusan Peperiksaan Semester 1 yang baru diperolehi. Agak malang bagi Faizul kerana gagal dalam subjek terasnya dan terpaksa mengulang. " Soalan Matematik memang susah ." Keluhnya. " Lainlah soalan Agama, mudah sangat nak 'goreng'. Aku dah tengok soalan agama. Ada kawan bawa keluar soalan dari dewan dan tunjuk kat aku ." Sambungnya lagi. Dari simpati saya bertukar menjadi geram. Adakah patut dia kata soalan agama boleh di'goreng-goreng'. Padahal saya antara calon yang pening memikirkan bagaimana mahu mengklasifikasikan ayat-ayat dalam surah Fatihah kepada tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wa sifat. Maklumlah selama beberapa tahun belajar Tauhid hanya menghafal Sifat 20. Tapi kawan saya ini deng

Allahyarham En. Faizal dalam kenangan

Sukar untuk meluahkan, tapi hakikatnya ia adalah satu khabar sedih. Petang kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah saya menerima mesej yang memaklumkan bahawa sahabat merangkap tetangga saya, En. Faizal telah kembali ke rahmatullah. ( انا لله وانا اليه راجعون) . Ia pasti mengejutkan. Dua tiga hari lepas, Allahyarham melaungkan azan di Surau al-Muhtadin menyeru solat Zuhur berjamaah. Pada hari itu juga, saya bersolat di sebelahnya. Bahu saya menyentuh bahunya tanpa menyangka itulah kali terakhir kami mendengar suara azannya. Sungguh ia adalah rahsia Allah yang tiada makhluk mampu mengungkapnya. DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. Allahyarham bertugas sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Khabarnya Allahyarham mengalami serangan jantung ketika menghadiri kursus kelolaan majikannya di Kuala Lumpur. Justeru kami para tetangga hanya menerima berita melalui isteri Allahyarham. Dari KL jenazah akan dibawa terus ke kampung halaman Allahyarha

Tempoyak budu.

Sudah lama saya mengidam makan nasi dengan ulam cicah tempoyak campur budu. Satu ketika dulu, saya pernah menggemparkan kantin Maktab Perguruan Kota Bharu dengan bau tempoyak sehingga semua mata berpaling ke arah saya. Apa lagi kalau bukan baunya yang masam-masam kewangian. Itulah kali terakhir saya menikmati keenakan tempoyak dan budu yang digaul bersama. Saya pernah berkongsi rasa dengan seorang jiran dengan bercerita mengenainya. Selepas mencuba beliau mengakui keenakannya. Sejak itu juga, beliau tak lupa menghadiahkan saya sebotol budu yang dibelinya kalau sesekali turun ke Kelantan. Dua tiga hari lepas, saya terpandang sebekas tempoyak di dapur rumah emak. Kebetulan di rumah pula telah tersedia sebotol budu yang belum sampai setengah diusik. Apa lagi, mulalah berkecur. Dengan penuh diplomasi saya mula dengan menanyakan kalau-kalau ada ulam yang di tanam sekitar rumah. Selepas minta ulam, buat-buat tanya kalau-kalau ada asam durian. Kalau dah namanya emak, mana sanggup tengok an

Pagi yang muram

Pagi yang muram lagi suram. Perhimpunan pagi pula berlangsung tanpa ceria. Rintik-rintik hujan yang turun memaksa ia segera disudahkan. Di suatu sudut kelihatan mereka sedang berbicara tentang semalam. Malam yang mengundang kecewa. Malam yang mendukakan. Malam yang melukakan. Malam yang meninggalkan seribu kepahitan. Malam yang mencatat peristiwa paling hitam. Ia suatu malam yang tidak ingin diingati apatah lagi diulangi. Kerana di malam itu Argentina kalah kepada Jerman 0-4. Kah! Kah! Kah! p/s: Mula-mula Brazil, kemudian Argentina. Agaknya berapa ramai yang kena jual kereta???

Kumpul sijil

" Masa kat maktab ni, kita himpun sijil banyak-banyak. " Kata seorang senior dalam pelat Kelantannya. Ketika itu saya baru bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu ( sekarang Institut Perguruan Kota Bharu ). "Nanti bila temuduga, pegawai yang menemuduga akan tengok sijil kita terus tak cakap banyak. Senang nak lulus temuduga ." Sambung senior itu lagi. Di sebelahnya ada fail yang penuh dengan sijil. Nampak bangga dia dengan sijil-sijilnya. Mengingatkan pesan 'abang senior', segala aktiviti di maktab disertai semaksimum mungkin. Tak cukup lagi, masuk persatuan dan bertanding jawatan pula. Kalau ditawar sebarang jawatan, bukan main seronok lagi. Hampir-hampir bertanding jawatan Naib EXCO, tapi tarik diri menjelang penamaan calon sebab tak yakin boleh buat kerja. Menang dah tentu kerana duduk dalam kem yang ada pengaruh besar. Semuanya gara-gara nak kumpul sijil dan nak tunjuk semasa temuduga jawatan nanti. " Susun sijil-sijil mengikut urutan