Langkau ke kandungan utama

Yang Mudah Yang Susah

Saya ada seorang kawan yang sama-sama menyewa ketika berkursus di Maktab Perguruan Kota Bharu dulu. Biarlah saya namakan dia Faizul(bukan nama sebenar), guru pelatih Pengajian Matematik yang berasal dari Pahang.

Satu hari kami bersembang mengenai keputusan Peperiksaan Semester 1 yang baru diperolehi. Agak malang bagi Faizul kerana gagal dalam subjek terasnya dan terpaksa mengulang.

"Soalan Matematik memang susah." Keluhnya.

"Lainlah soalan Agama, mudah sangat nak 'goreng'. Aku dah tengok soalan agama. Ada kawan bawa keluar soalan dari dewan dan tunjuk kat aku." Sambungnya lagi.

Dari simpati saya bertukar menjadi geram. Adakah patut dia kata soalan agama boleh di'goreng-goreng'. Padahal saya antara calon yang pening memikirkan bagaimana mahu mengklasifikasikan ayat-ayat dalam surah Fatihah kepada tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma' wa sifat. Maklumlah selama beberapa tahun belajar Tauhid hanya menghafal Sifat 20. Tapi kawan saya ini dengan confident sekali menyifatkan soalan Agama terlalu mudah berbanding Matematik. Mungkin juga ia sebagai satu helah mewajarkan kegagalannya dalam peperiksaan.

PSR PA 1 93/95

Suatu hari yang lain.

"Aku selepas mandi wajib, mesti ambil wuduk." Kata Faizul.

"Tak payah. Memadai dengan mandi wajib." Balas saya pula.

"Tak boleh. Masa mandi gosok atas bawah dah tentu terkena juga tempat tu!" Dia bertegas dengan caranya.

Alahai Faizul, sampai macam itu sekali? Memanglah kita disuruh meratakan air ke seluruh anggota badan. Tapi tak semestinya menggosok dengan tapak tangan. Getah paip kan ada? Semburlah pada mana-mana bahagian yang patut. Kalau pun nak gosok juga, gosoklah dengan belakang tapak tangan. Ingat, berwuduk selepas mandi wajib termasuk dalam kategori berlebih-lebihan dalam beribadah.


Ironinya, anggapan Faizul terhadap soalan peperiksaan subjek Pengajian Agama adalah sangat mudah. Namun dalam mempraktikkan amalan agama, dia nampak yang susah.

Tapi itu cerita lama. Manusia boleh berubah. Mana tahu Faizul sekarang lebih alim? Manakala saya sendiri, alhamdulillah, semakin memahami dan meyakini kebenaran tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...