Apa nak buat malam ni? Pegang laptop dengan hajat nak buat bahan bantu mengajar untuk esoknya. Sejak menggunakan laptop baru berjenama HP Compaq Presario CQ40, bukan main galak lagi mengajar dengan menggunakan laptop. Lagi pun LCD milik PPSMI seolah dibiarkan begitu saja oleh pemilik sebenar dari kalangan guru-guru BI, Sains dan Matematik. Sebaliknya pengguna yang aktif datangnya dari guru BM dan guru PAI. Sekurang-kurangnya saya membantu juga supaya barang milik kerajaan tidak lapuk begitu saja. Sepatutnya jadual malam ini adalah di Institut al-Qayyim mengikuti kuliah Dr. Asri. Tapi rakan-rakan pula ada keuzuran masing-masing. Saya pun habiskan masa di surau sehingga waktu isyak. Selepas solat isyak, saya bersama-sama dengan rakan-rakan tabligh bermuhasabah. Ia sebahagian program harian mereka. Tak sangka pula saya diminta menyampaikan sedikit 'tazkirah'. Mungkin atas sifat selaku Naib Pengerusi surau al-Muhtadin. Saya memberikan kesediaan. Awal-awal lagi saya katakan penyampa