Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Wanita haid dan amah Indonesia

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad dari Ibn Abi Na'im, " seorang lelaki datang kepada Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma dan kami sedang duduk, lalu lelaki tersebut bertanyakan hukum mengenai darah nyamuk. Lalu Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma bertanya, "dari siapa engkau mendengar pertanyaan ini?" Orang itu menjawab, "dari penduduk Iraq". Kata Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma, "lihatlah, betapa ganjil rasanya, masalah nyamuk dipersoalkan, padahal dalam masa yang sama mereka telah membunuh putera Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam"(nota: Hussain bin Ali radhiallahu 'anhuma). Engkau telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, kedua-duanya adalah bunga hatiku di dunia. " Lebih kurang hal yang sama berlaku sekarang. Dalam satu ceramah yang disiarkan oleh Mutiara FM beberapa bulan lepas, penceramahnya bersungguh-sungguh mempertahankan pendapat wanita yang haid tidak boleh berada dalam mas...

Perihal Iblis dan anak Adam

1) Bermulanya kekufuran iblis . Allah subhanahu wa ta'ala berfirman yang bermaksud, Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud, Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?" Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk" Allah berfirman: "Keluarlah dari syurga, karena sesungguhnya kamu terkutuk, dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat." (Surah al-Hijr: ayat 29-35) 2) Iblis pohon ditangguhkan umurnya untuk menyesatkan anak-anak Adam. Allah berfirman, mafhumnya, Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka ber...

Isyarat Mata

Isyarat mata memiliki peranan yang sangat penting malah menakjubkan. Mata boleh menyampaikan beribu-ribu pesanan. Ia boleh memutuskan, boleh juga menyatukan. Ia boleh menebar janji mahupun ancaman. Ia boleh memerintah mahupun melarang. Ia boleh memberi tawa mahupun derita. Ia boleh memberi jawapan atau mengemukakan pertanyaan. Ia boleh bermaksud menolak dan boleh juga bermaksud menerima dan banyak lagi. Al-Imam Ibn Hazm al-Andalusiy menerangkan beberapa isyarat mata dalam menyampaikan pesanan-pesanan khusus. Isyarat dengan menggerakkan bola mata ke atas bererti menolak perintah. Manakala sebaliknya bererti menerima. Pandangan mata yang cukup lama bererti berasa sedih dan ikut bersimpati. Mengedipkan mata bermaksud bahagia. Isyarat dengan menggerakkan pelupuk mata bermaksud ancaman. Mengarahkan bola mata ke satu arah dan kemudian segera mengalihkan ke arah yang lain, menunjukkan adanya perhatian pada sesuatu yang membuatnya berpaling. Isyarat ringan dengan hujung kedua mata bererti pert...

Menu pilihan

Kalau kantin, mula-mula jenguk dulu apa menu hari ini. Biasanya nasilah yang jadi pilihan. Bergantung juga kepada lauk pauk yang menarik. Kalau tidak kena dengan selera terpaksalah cari yang lain. Tapi kalau kena dengan lauk ini, pehhh! Memang tak kasi ' can '. Sanggup berebut. Siap tanda lagi. "Ini aku punya". Kena pula dengan barli panas. Wow, tangkap leleh! Yang meleleh tu peluh bukan air mata. Kalau macam ini tiap-tiap hari pun tak mengapa. Tak jemu-jemu. Pernah juga sekali terbaca, tomato sangat baik untuk perkembangan minda. Ia juga menu kegemaran orang-orang Yahudi. Itu sebab orang-orang Yahudi cerdik. Orang Yahudi juga lebih memilih memakan ikan dari daging merah atau ayam. Kata penulis itu. Wallahu a'lam.

LAGAK PENJAHAT BOLLYWOOD

Keganasan yang melibatkan petugas-petugas PAS di Bagan Pinang seperti mahu membenarkan kenyataan Presiden UMNO bahawa BN dan UMNO sangat memerlukan kemenangan dalam PRK kali ini. Justeru mereka sanggup membelakangkan soal lain termasuk isu rasuah yang kononnya menjadi agenda utama dalam proses transformasi parti. Malah tidak cukup dengan itu, dengan bermatlamatkan kemenangan, mereka mengupah samseng menyerang petugas-petugas PAS dengan menceroboh bilik gerakan PAS sekaligus membuktikan betapa biadabnya parti yang semakin menghampiri penghujung usianya. Umum mengetahui, Bagan Pinang asalnya kerusi yang dimiliki UMNO dan BN. Kalah di Bagan Pinang bererti terlepas satu kerusi kepada Pakatan rakyat. Bukan itu saja, ia juga merupakan kesinambungan isyarat-isyarat penolakan terhadap Presiden baru mereka yang turut merangkumi segala janji pembaharuan, dasar, gagasan dan apa saja yang dibawanya. UMNO dan BN terdesak untuk menang. Mereka akan buat apa saja untuk menang. Setelah gagal dalam perc...

Amali solat jenazah

Adalah suatu hal yang biasa dapat diperhatikan, ketika jenazah dibawa ke masjid dan diletakkan di hadapan imam dan ketika jenazah bersedia untuk di sembahyangi, para waris jenazah yang terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu hanya menunggu di luar masjid sahaja. Kalau ada yang baik sikit pun, menunggu di pintu masjid dengan memegang sampul yang berisi wang RM3 atau RM4 untuk diserahkan pada orang-orang yang menyembahyangi jenazah. Namun demikian, bukanlah tak ada langsung mereka yang turut menyembahyangi jenazah ahli keluarga mereka malah ramai yang berbuat demikian. Mereka yang disebutkan di atas hanya berada dalam nisbah yang sangat kecil. Justeru tulisan ini bukan satu tempelakan. Sebaliknya sebagai satu peringatan tentang keperluan anak-anak didedahkan cara-cara mengerjakan solat jenazah. Mungkin tidak ramai yang menyedari, murid-murid Tahun Enam sudah mula belajar bagaimana mengerjakan solat jenazah. Ini jarang diberi perhatian, memandangkan keutamaan lebih diberikan untuk mendud...

Azeez: Kena tumbuk atau kena tepuk?

Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS Ini kes sengaja cari pasal. Ia boleh dianggap cubaan memancing kemarahan penyokong Pakatan Rakyat atau menimbulkan provokasi murahan. Manalah tahu kalau-kalau ada penyokong yang geram dengan lagak samsengnya akan mencetuskan pergaduhan. Boleh dia buat cerita kat akhbar. Tapi penyokong PR bersabar dan ikut cakap pemimpin serta patuh arahan polis. Terpaksalah siketua mat rempit ni buat cerita palsu. Sesungguhnya UMNO dan fitnah tidak dapat dipisahkan. ( Memang patut Dr. Asri minta UMNO kembali kepada Islam yang tulen .) Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS Cuba perhatikan gambar di atas baik-baik. Saudara kita dalam gambar itu, dia tumbuk atau dia tepuk bahu Azeez? Tak boleh beza antara tumbuk dengan tepuk? Apa punya 'mangkuk' ni? Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden Kata Ustaz Idris Ahmad,"Tiga keping gambar di atas menunjukkan kejadian sebenar telah ...

Bicara cinta Ibn Hazm

Ibn Hazm al-Andalusiy(384H-402H) atau nama penuhnya Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm bin Ghalib bin Sholeh bin Khalaf bin Ma’dan bin Sufyan bin Yazid bin Abi Sufyan bin Harb bin Umayah bin Abd Syams al-Umawiyah merupakan seorang ulama besar dari bumi Andalus. Ulama kelahiran Qurtuba' ini juga dikenali kerana memiliki aliran mazhabnya sendiri yang dikenali sebagai Mazhab az-Zahiri yang memahami al-quran dan al-hadis secara tekstual bagi tujuan mengeluarkan sesuatu hukum dan pandangan. Seperti ulama-ulama lain, Ibn Hazm juga tidak ketinggalan menghasilkan karya-karya ilmiahnya sebagai warisan untuk tatapan generasi terkemudian. Keilmuannya dalam pelbagai cabang ilmu telah melahirkan banyak karya yang tidak sekadar terhad kepada persoalan akidah dan ibadah semata malah melangkaui persoalan cinta manusia. Tidak hairanlah jika beliau turut dikenali sebagai seorang pujangga, penyair, sejarawan dan sasterawan. Kitabnya yang berjudul Tauq al-Hamamah atau Kalung si Merpati merupakan karyan...

Berwuduk dengan air dalam botol 500ml

Sebahagian murid-murid Tahun Enam telah dilatih berwuduk dengan air dalam botol minuman bersukatan 500ml. Ternyata ini pengalaman baru bagi murid-murid tersebut kerana sebelum ini terbiasa dengan berwuduk dari air paip. Kebiasaan berwuduk dengan jumlah air yang banyak sehingga lencun separuh badan membuatkan mereka berasa agak kekok. Tambahan lagi syarat yang dikenakan, mereka dilarang sama sekali menambah air di dalam botol. Untuk pusingan pertama, ada yang tak sempat basuh kaki. Ada juga yang hanya dapat basuh hingga ke bahagian tangan sahaja. Tetapi selepas penerangan mengenai cara-cara yang betul, semuanya mampu berwuduk dengan sempurna. Untuk aktiviti ini, selain sebagai persediaan menghadapi situasi kekurangan bekalan air yang mungkin berlaku bila-bila masa, mereka juga diingatkan tentang pembaziran yang sering dilakukan khususnya melibatkan air. Rasulullah juga pernah mengingatkan sahabat Baginda supaya berjimat ketika berwuduk walaupun di sungai yang mengalir airnya. Selesai ...

Lagi cerita budak-budak.

Asal ada penamaan calon untuk pilihanraya kecil, akan ada pergaduhan. Asal bergaduh saja, penyokong BN yang jadi mangsa, manakala penyokong lawannya pemangsa. Bukan baru malah sejak dulu. Itu seperti yang diceritakan surat khabar. Siap disindir-sindir pula dalam ruangan kartun. Atau laporan itu memangnya bersifat kartun. Bersifat kartun maknanya laporan bersifat kebudak-budakan. Orang yang mengadu kena serang jadi kebudak-budakan, yang melapor berita pun kebudak-budakan dan yang membaca berita dan percaya dengan berita yang dibacanya lagi kebudak-budakan. Macam mana pula dua penyokong boleh bertembung, kecuali disengajakan. Dalam semua pilihanraya baik kecil atau umum, pihak polis telah menyediakan laluan untuk penyokong masing-masing. Yang jadi masalah seperti yang diakui sendiri oleh Pengerusi Mat Rempit UMNO, dia ditumbuk ketika berjalan di hadapan kumpulan penyokong pembangkang. Itu dah kes sengaja cari pasal. Lagi pun belum tentu kerja buat penyokong PR. Boleh jadi orang sendiri p...