Di antara kemudahan yang kurang menyenangkan kebanyakan para penganut mazhab ialah fatwa mengenai bersolat dengan memakai pakaian yang bernajis. Fatwa ini pernah disampaikan oleh sejumlah sahabat dan tabi’in. Dari kalangan sahabat ialah Abdullah bin ‘Umar. Dari kalangan tabi’in pula: ‘Atha bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyab, Thawus, Saalim, Mujaahid, Sya’bi, Ibrahim an- Nakhai’e dan Zuhri. Dari kalangan generasi berikutnya, antara lain: Yahya bin Sa’id al-Anshari, al- Hakam, al-Auza’ie, Malik, ishak bin Rahawaih, Abu Tsaur dan Imam Ahmaddalam salah satu dari dua riwayatnya yang lebih sahih. Fatwa tersebut ialah, “ bahawa seseorang apabila melihat ditubuhnya atau pakaiannya ada najis ketika selesai solat, padahal dirinya tidak mengetahui; atau mengetahui tetapi lupa membersihkannya; atau tidak lupa tetapi tidak sempat menghilangkannya, maka solatnya tetap sah dan tidak perlu mengulanginya .” Wallahu a’lam.