Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Handphonenya mahal

Boleh dikatakan hampir setiap orang di Malaysia memiliki telefon bimbit. Memiliki telefon bimbit dewasa ini sudah menjadi satu keperluan khususnya di kawasan-kawasan yang sering mengalami masalah kabel TM dicuri orang. Dari jenis yang paling murah hinggalah jenis paling mahal ada pemiliknya. Berbagai jenis dan bentuk ada di pasaran. Kecil, besar, panjang, pendek, PDA, Blackberry dan entah apa-apa lagi. Selera pembeli pula pelbagai. Ada rakan-rakan yang begitu bernafsu bila melihat jenis terbaru di pasaran. Kalau boleh mahu mendahului kekawan. Namun apa sebenarnya tarikan yang menyebabkan keinginan memiliki telefon bimbit. Kalau sekadar mahu menelefon memadailah dengan Nokia model 1200 yang boleh dibeli dengan harga RM98.00 Tapi dengan perkembangan pesat ICT, internet juga boleh dilayari dengan telefon bimbit jenis-jenis tertentu yang pastinya lebih mahal dari Nokia 1200. Memang patutlah ada yang sukakan telefon jenis mahal untuk mendapatkan lebih banyak manfaat. Cuma yang tak sedapnya,

UMNO kecewa dengan Tuan Guru Nik Aziz

UMNO kini mula mengalihkan bentuk serangan mereka terhadap PAS dari menyerang secara umum kepada serangan yang ditujukan kepada individu-individu tertentu dalam PAS. Dan individu yang paling kuat menerima kecaman, siapa lagi kalau bukan Mursyidul Am PAS. Umum mengetahui Tuan Guru merupakan orang yang paling kuat menolak percubaan mewujudkan Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO. Justeru beliau dilihat UMNO sebagai dalang yang menggagalkan percubaan mereka untuk memperdayakan PAS. Orang awam dapat membaca betapa kecewanya UMNO dengan perkembangan ini. Lalu bertindak menyalahkan Tuan Guru. Lihat saja tuduhan yang dilemparkan kepada Tuan Guru sama ada oleh pimpinan UMNO sendiri atau penulis-penulis upahan mereka dan tidak terkecuali NGO 's yang akrab dengan UMNO. UMNO sedaya upaya mahu menjatuhkan imej Tuan Guru. Apatah lagi dengan perkembangan terkini sempena PRK DUN Manek Urai. UMNO sangat memaklumi bahawa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja dikagumi oleh ahli serta penyokong PAS dan P

Jalan masih ada

UMNO masih berahi lagi bercakap tentang Kerajaan Perpaduan. Kerana itu dia pernah puji PAS. Katanya, PAS ikhlas. Memang pun, cuma dia baru sedar atau baru nak mengaku. Sekarang kita nak tengok pula sama ada dia ikhlas atau tidak. Kalau betul-betuk dia mengharapkan wujudnya sebuah Kerajaan Perpaduan kenalah dia buat sesuatu yang orang lain nampak kesungguhan dia. Dia kena minta maaf kepada PAS kerana pengkhianatannya ketika bersama dalam BN dulu serta mengaku kesilapan secara terang-terangan. Dia kena minta maaf di atas segala kezaliman yang pernah dilakukan dan memohon maaf kepada orang-orang yang pernah dizalimi. Antaranya, mangsa Memali, mangsa ISA, rakyat Kelantan, rakyat Terengganu yang dirampas royalti minyak serta rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sekarang. Kembalikan kerajaan Perak kepada pentadbiran Pakatan Rakyat serta mengaku kesilapan yang dilakukan sehingga menyebabkan Perak bercelaru sehingga sekarang. Sebenarnya banyak lagi. Tapi kalau boleh buat tiga

Diperguna atau memperguna

Bila Presiden PAS melontarkan idea Kerajaan Perpaduan, berkatalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS, Hj. Hadi dipergunakan UMNO untuk menghancurkan PAS. Selepas bersidangnya pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat lalu memutuskan untuk tidak meneruskan gagasan Kerajaan Perpaduan, berkata pula pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dipergunakan PKR dan DAP. Teringat saya semasa sidang akhbar Ezam yang baru masuk UMNO. Dia ditanya wartawan, " tidakkah saudara nanti akan dipergunakan Pak Lah ?" Kata Ezam, " dalam politik kita selalu dipergunakan dan mempergunakan orang lain. " Inilah ucapan Ezam sejak dia masuk semula ke dalam UMNO sehingga sekarang yang paling saya setuju. Orang-orang yang bagi komen tu pun sebenarnya dipergunakan. Oleh siapa? Fikir-fikirkan sendiri.

Dia tertelan duit syiling

Gempak sungguh petang tadi. Tiba-tiba anak ke-4 (Anwar) menjerit dan mengadu tercekik duit syiling. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. Sudahlah sepanjang hari berulang alik sampai tak cukup kaki. Pagi ke sekolah. Jam 10 ke sekolah kakak, tandatangan buku laporan kemajuannya. Jam 1 tengahari ke sekolah pula ambil emak depa . Belum sempat mata terlelap, kakak ipar pula singgah di rumah dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya mendaftar di UUM. Sembang punya sembang, jam dah pukul 5 petang. Ke sekolah sekali lagi ambil bebudak balik dari sekolah agama petang. Kepala lutut pun dah terasa semacam. Baru saja nak berlunjur kaki, dah dia buat hal. Bergegas pula kami suami isteri ke hospital. Sampai di hospital, doktor mengesahkan duit tersebut sudah ada dalam perutnya. Rupa-rupanya ketika dia minum air tadi, duit itu telah tertelan bersama. Walaubagaimanapun, bila dah masuk emergency room terpaksalah kena tahan sementara. Doktor nak pastikan pergerakan duit itu sama ada dapat keluar melal

Menghafal dalam sistem pendidikan

Sebuah catatan atau kalau boleh dikatakan rumusan selepas selesai menyemak kertas jawapan murid-murid bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Salah satu perkara yang disedari oleh guru ialah adanya pelajar-pelajar yang kuat menghafal dan ada yang tidak mahu menghafal. Rata-rata pelajar kelas 'super' berhimpun di dalamnya pelajar-pelajar yang kuat menghafal. Ini kerana soalan-soalan peperiksaan di sekolah menguntungkan pelajar-pelajar yang sanggup menghafal. Dalam satu kajian mendapati pelajar-pelajar mempunyai keupayaan menghafal yang sama. Namun mereka berbeza dari sudut keinginan menghafal. ( Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Berfikir dalam Darjah. 1996. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ) Kumpulan pelajar yang dilabel 'super' sanggup menghafal apa sahaja maklumat termasuk maklumat yang mereka sendiri maklum tiada faedahnya untuk dihafal. Maklumat dalam buku teks tiada faedah untuk dihafal selain untuk digunakan dalam peperiksaan. Apa gunanya menghafal sifi

Tanggungjawab memelihara jamaah

Anta sokong siapa ? Anta setuju dengan kerajaan perpaduan ? Tidak susah untuk menjawab tetapi sukar untuk mengungkapkan. Takut nanti disalah erti. Itu semua tak penting. Mereka semua pemimpin kita. Sebarang isu yang berbangkit terutamanya melibatkan kepentingan parti dan ummah pasti akan terlebih dahulu melalui fasa perbincangan sebelum ia diputuskan. Maka kewajipan ahli menerima keputusan pimpinan. Kalau tak setuju juga, mufaraqah sajalah. Ia tidak juga bererti ahli tidak berhak menyatakan pandangan biarpun sekadar berlegar sekitar kedai-kedai kopi. Namun pastikan setelah ia melalui proses-proses berikut: 1) Menghormati semua pemimpin bermula dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan AJK keseluruhannya tanpa membezakan antara seorang dengan seorang yang lain. 2) Pastikan maklumat-maklumat yang diperolehi benar-benar datangnya dari mulut pimpinan. Bukannya khabar yang ditiup angin dari satu kedai kopi ke satu kedai kopi. 3) Berhati-hati dengan perkhabaran y

Forum Perdana-Politik Agenda Perubahan

Ahli Panel: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin ( Mantan Mufti Negeri Perlis) Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani (Timb. Ketua Pemuda PAS Pusat) Ustaz Mohd Afandi Yusoff (Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia) Moderator: Ustaz Abdul Rasyid Idris (Presiden Institut Al-Qayyim)

Biadab

Idea Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali hangat diperkatakan. Tidak kurang juga ahli-ahli PAS dan penyokong PR yang cepat melatah tanpa memahami konsep atau maksud sebenar idea yang cuba diketengahkan ini. Lihat saja kepada perbincangan dalam blog Kedahlanie yang sebenarnya bukan suatu perbincangan sebaliknya menjadi medan mengkritik, menghentam dan mencerca Tuan Guru. Kata-kata kesat seperti bodoh, lembab, pengkhianat dan petualang parti ditujukan khusus kepada peribadi yang sepatutnya dihormati selaku pemimpin kepada sebuah jamaah Islam. Beginikah sikap ahli bagi sebuah jamaah Islam? Di mana silapnya? Kurang tarbiyah atau sebenarnya tidak pernah atau tidak pernah bersedia untuk ditarbiyah? Lalu bersikap biadap terhadap pemimpin dianggap perkara biasa dengan alasan kononnya sayangkan parti. Apakah pemimpin yang seperti Tuan Guru tidak sayang parti? Apakah pemimpin yang berkelulusan Sarjana dalam bidang Politik Islam terl

Pemuda UMNO Kedah bawa cerita baru

Selepas kecewa dengan laporan yang dibuat mengenai kisah derhaka seorang EXCO Kedah, kononnya, Pemuda UMNO Kedah tampil dengan satu cerita baru. Kali ini kisah perkahwinan salah seorang Pegawai Khas MB dengan wanita yang masih berstatus isteri orang. Kalau cerita derhaka dikutip dari surat layang, cerita ini pula diambil dari sumber yang turut diragui seperti yang diakui sendiri oleh Naib Ketuanya. Baca di sini . Walaupun meragukan dia masih juga mahu MB menyiasat kebenaran berita yang diperolehinya melalui satu laman blog kerana menurutnya ia akan menjejaskan imej kerajaan PAS Kedah. Kita memang suka sangatlah kalau MB dapat menyiasat cerita itu dan memastikan sama ada ia benar atau fitnah. Kita juga nak berterima kasih di atas keperihatinan saudara dari UMNO ni. Mana nak cari orang UMNO yang mengambil berat menjaga imej PAS. Biasanya orang-orang UMNO suka tengok parti lawannya jahanam dan lingkup. Samalah dengan perangai orang-orang PAS pun. Tapi yang kita tak berapa suka ialah fe

Ucapan

Merokoklah kamu kalau tak malu

Di sebuah warung tepi jalan, lima orang pemuda sedang berbual sambil pekena teh tarik dan roti canai plus telur. Hanya mereka berlima. Sesekali pecah derai tawa menandakan ada perkara yang melucukan. Datang seorang lelaki mengisi tempat bersebelahan dengan lima pemuda tadi. Sambil meletakkan kaca mata hitamnya di atas meja dia memesan menu. Kehadiran lelaki itu tidak pula menghilangkan tumpuan lima pemuda tadi untuk meneruskan perbualan mereka. Tiba-tiba mereka terhidu sesuatu yang sangat dibenci. Kali ini perbualan mereka terganggu. Jelas hidung mereka sangat sensitif dengan bau ini. Asap rokok. Mereka berpandangan sesama sendiri selepas menyedari asap rokok tersebut datang dari meja sebelah. " Sorang saja ." Tanya salah seorang dari mereka. Lelaki itu sekadar mengangkat kening. " Abang tak malu ka, sorang-sorang hisap rokok kat sini ?" Tanya lagi. Berani. Mana tidaknya, tiga daripada mereka, masyaAllah , badan berketul-ketul. Si lelaki tu pulak kurus melidi. Mung