Bila Presiden PAS melontarkan idea Kerajaan Perpaduan, berkatalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS, Hj. Hadi dipergunakan UMNO untuk menghancurkan PAS.
Selepas bersidangnya pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat lalu memutuskan untuk tidak meneruskan gagasan Kerajaan Perpaduan, berkata pula pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dipergunakan PKR dan DAP.
Teringat saya semasa sidang akhbar Ezam yang baru masuk UMNO. Dia ditanya wartawan, "tidakkah saudara nanti akan dipergunakan Pak Lah?"
Kata Ezam, "dalam politik kita selalu dipergunakan dan mempergunakan orang lain."
Inilah ucapan Ezam sejak dia masuk semula ke dalam UMNO sehingga sekarang yang paling saya setuju.
Orang-orang yang bagi komen tu pun sebenarnya dipergunakan. Oleh siapa? Fikir-fikirkan sendiri.
Ulasan