Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Takziah

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un . Ketentuan Allah adalah pasti. Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Hamdan Abdul Rahman di atas kembalinya ke rahmatullah awal pagi tadi. Sudah pasti kehilangannya sangat dirasai bukan saja oleh anggota keluarga allahyarham malah sahabat-sahabatnya, ahli-ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta rakyat di kawasan DUN Permatang Pasir. Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang yang komited dengan tugasnya, seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan di sebaik-baik tempat bersama para Rasul dan Nabi, shiddiqin, syuhada' dan shalihin. Amin. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fu 'anhu.

Di rumah mereka suami

Seorang penceramah hebat berhujah di pentas seorang ustaz petah menghurai nas seorang guru pada garuk suaranya menunjuk cara seorang ketua lantang bersuara mengarah pekerja seorang pemimpin dalam mesyuarat mengatur rencana. Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin. Pada diri mereka ada hebat di pentas, di kelas, di pejabat atau di bilik mesyuarat hujah mereka diterima huraian mereka dikagumi cara mereka dituruti keputusan mereka dipersetujui. Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin mereka lelaki. Di rumah mereka suami di depan isteri hilang gah tiada hujah tiada petah cakap pun tak laku terpulang pada you I ikut kata you. Bukan takut bini terlebih sayang mulut terkunci tangan dan kaki tergari Reda suami terkalih Reda isteri pula yang diraih. :: kalau boleh dikatakan sajak, bacalah seperti membaca sajak. he... he...

Aib

Tindakan sebuah akhbar mendedahkan apa yang dikatakan sebagai identiti sebenar pengarah Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggal dunia baru-baru ini adalah sangat dikesali. Tindakan tersebut jelas melanggar syariat Islam yang melarang sama sekali umatnya mendedahkan aib saudaranya yang telah tiada lagi di dunia ini. Walau apa pun tujuan pendedahan dibuat, ia tetap dianggap sebagai membuka aib arwah. Itu pun seandainya ia benar. Apalagi jika tidak benar, ia merupakan fitnah yang amat dahsyat ke atas arwah dan pelakunya bakal menerima azab dari Allah 'azza wa jalla. Na'uzubillah . Justeru, hentikanlah kerja hina ini kerana dibimbangi seandainya ia merebak maka ramai lagi yang akan menanggung dosa. Dalam pada itu janganlah pula nanti ada pihak yang berpura-pura menunjukkan simpati sebaliknya bermaksud tersirat mahu mencela. Contoh orang-orang sebegini telah pun dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Talbis Iblis dengan katanya, " faktor yang mendorong ghiba...

Fardu kifayah mendahului dendam

Berlaku satu kematian di sebuah kampung. Si mati seorang yang sangat dikenali di kampungnya. Malangnya dia dikenali bukan kerana baik perangainya atau indah rupa parasnya sebaliknya dia dikenali kerana kejahatannya yang amat sangat. Arwah bukan saja dikenali tetapi dibenci penduduk kampung. Sebut saja apa jahatnya. Mencuri, merompak, kaki pukul, kaki pecah kereta orang atau bawa lari anak dara orang. Semua ada dalam rekod peribadinya. Kadang-kadang kerana sedikit salah faham dengan seseorang akan dihambatnya orang itu hingga ke pintu rumah lalu rasailah penangan tapak kakinya. Malah aura jahatnya turut menjalar hingga ke daerah-daerah berdekatan. Sebut saja namanya, pasti ada yang mengungkit dendam atau setidak-tidaknya mencebik. Kini jasadnya terbaring kaku di laman tamu. Dia dikatakan mati akibat dipukul dengan benda tajam oleh sekumpulan lelaki. Itu pun kerana dendam. Bagai dijangka, matinya disambut dengan kesyukuran oleh semua penduduk kampung. " Lenyaplah kejahatan di kampun...

Fatwa! Mana fatwa?

Gambar ini disalin dari http://telokbakong.blogspot.com/ . Mohon izin untuk berkongsi dalam blog yang tak seberapa ini. Terima kasih. Kalau tak jelas klik besarkan gambar Tak ada siapa-siapa yang nak bagi fatwa ka? Mana Dr. Mashitah? Atau Dr. Mahmood Zuhdi ke, kalau-kalau ternampak. Mungkin depa ni tak tau kut? Dr. Zambry tolong bagi tahu. Minta ulama UMNO bagi fatwa pula.

Mengharap reda Allah di jalan raya

Ada orang bila bercakap tentang amal islami, yang dia nampak hanyalah solat sunat, puasa sunat, zikir, baca quran, selawat atau berdoa. Bila dikatakan ciri-ciri peribadi islamik pula ialah yang berkopiah, berserban, jalan tunduk, bercakap perlahan atau langsung tak bercakap. Lalu berusahalah mereka memperbanyak solat sunat di samping solat wajib, puasa sunat yang kekadang sampai terlajak tiga bulan berturut-turut dari Rejab hingga Ramadan, zikir tak henti-henti serta doa dan wirid berjela-jela selepas solat. Balik kerja terus pasang jubah dan serban. Tapi jarang orang pedulikan amal islami di jalan raya. Kerap kelihatan orang yang berserban bawa kereta melebihi had laju yang ditetapkan. Berkopiah putih tetapi memotong dengan cara yang berbahaya. Ada juga yang memasang pelekat "Membangun Bersama Islam" tapi memotong ikut kiri atau memotong barisan. Malah selalu juga terlihat pemandu kereta hadapan yang berkopiah, tiba-tiba keluar puntung rokok melalui tingkap pemandu. Tapi itu...

Berkerumun tepi jenazah

Asal saja ada kematian, cuba perhatikan dalam rumah yang menempatkan jenazah. Tak kiralah jenazah lelaki atau jenazah perempuan. Siapa yang duduk berkerumun dalam rumah kalau tidak kaum hawa. Entah apa yang dibuat dalam rumah pun tak tahu sehingga menyukarkan orang yang nak masuk menziarahi jenazah. Kadang-kadang kita jadi segan nak masuk kerana terpaksa menyelit di celah-celah mereka. Kalau ditegur nanti ditanya kita pula, " kami nak duduk kat mana? Khemah kat luar penuh dengan orang lelaki ." Haaa, inilah kerja jiran sekampung. Kalau kenduri boleh pasang tiga empat khemah, situasi macam ni pun kena juga pasang khemah banyak-banyak. Khaskan untuk lelaki dan wanita. Jangan biarkan mereka berhimpun di dalam. Sudahlah menganggu orang nak masuk, bercakap pula bukannya nak tahu tapis. Tapi, siapa yang nak mulakan? Teringat kata-kata rakan saya, Ustaz Hapidz ketika menjadi pengerusi Badan Khairat Kematian, " kita akan hentikan budaya orang perempuan duduk dalam rumah yang ada...

Kerana lilin

Tiba-tiba saja isu DS Nizar bawa lilin dah jadi besar. Bermula dengan Zambry yang minta Tuan Guru Nik Aziz beri fatwa, kemudian diikuti dengan ulasan dan pandangan tokoh-tokoh agama dan politik, kemudian diteruskan di kalangan blogger. Sampai hari ini masih belum selesai. Seperti biasa baik ia merupakan pandangan, ulasan, kritikan malah cemuhan akan turut dipengaruhi sensitiviti kepartian. Namun tidak kurang juga yang bersikap adil dalam melontarkan pandangan dengan menyertakan nas dan hujah yang sahih. Yang berdiam diri pun ramai. Sama ada kerana menahan diri dari memperkatakan sesuatu yang belum jelas sambil menunggu penjelasan dari yang empunya laku. Atau berdiam diri kerana kawan sendiri yang buat kerja itu. Tak kiralah yang mana satu, asalkan berdiam diri di atas satu perkara yang kita sendiri tidak pasti adalah langkah paling bijak. " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari akhir ialah mereka yang berkata perkara kebaikan atau diam. "( Bukhari dan Mu...

Terpaksa mengalah

Menjadi guru agama@ustaz/ustazah khususnya di sekolah kebangsaan kena banyak mengalah. Ia tidak lain kerana subjek Pendidikan Islam sendiri diletakkan sebagai subjek dalam kelas kedua berbanding subjek teras UPSR. Sering berlaku subjek PAI diketepikan untuk memberi keutamaan kepada subjek lain. Ada guru yang sengaja keluar lambat dari kelas bila mengetahui waktu selepasnya ialah waktu PAI. Tetapi kalau di dalam kelas tersebut ada guru PAI dan waktu mengajarnya dah habis, mereka menunggu di tepi pintu tanpa beri peluang kepada guru agama tersebut menghabiskan P&P yang berbaki sedikit lagi. Pernah satu ketika, murid sedang dinilai pencapaian PAFA mereka, tiba-tiba datang guru BM lalu mengarahkan murid-murid tersebut untuk penilaian lisan. Amboi, betul-betul tak bergunanya subjek agama ni!!! Pada ketika yang lain, guru agama terpaksa bermurah hati 'menyedekahkan' kelasnya kepada guru lain yang mahu menghabiskan sukatan menjelang UPSR. Sebulan sebelum UPSR pula semua murid tahu...

Solat gerhana di sekolah

Beruntunglah bagi sesiapa yang berkesempatan menyaksikan gerhana matahari yang berlaku pagi tadi. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan, terpaksalah menunggu sehingga tahun 2042- kalau tak silap saya mendengarnya - untuk menyaksikan fenomena ini berlaku di negara kita. Terkejut juga ketika bertanyakan beberapa orang teman namun mereka tidak sedar berlakunya gerhana matahari melainkan setelah menonton siaran berita. Lebih beruntung lagi bagi sesiapa yang benar-benar menggunakan kesempatan dari kejadian yang jarang-jarang sekali berlaku ini dengan rasa penuh insaf akan kebesaran Allah Jalla wa 'Ala . Mereka mengambil peluang ini dengan menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan mengerjakan solat sunat gerhana matahari walaupun secara ringkas mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Maklumlah, hari bekerja. Alhamdulillah, dengan izin Allah dapatlah saya menunaikan salah satu amalan sunat yang sangat dituntut ini. Sekurang-kurangnya terlepas t...

Jom Festival

Penerangan ringkas mengenai solat gerhana

Selepas solat maghrib tadi, pengerusi surau al-Muhtadin mengumumkan beberapa program terdekat anjuran surau. Pertama, ceramah Isra' Mi'raj pada Rabu depan. Kedua, majlis bacaan yaasin malam Nisfu Syaaban. Saya menunggu kalau ada yang ketiga. Tiada yang ketiga. Sah, dia lupa atau tak tahu langsung. Besok akan berlakunya gerhana matahari sekitar jam 8.18 pagi seperti yang tertera pada taqwim solat keluaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang turut dijadikan panduan oleh para jamaah surau al-Muhtadin. Saya menunggu pengumuman mengenai solat gerhana. Malangnya, tiada pengumuman dan ia seperti diabaikan. Jika dibuat perbandingan antara membaca yasin malam Nisfu Syaaban dan solat gerhana, manakah sepatutnya diutamakan. Yang pertama bersumberkan hadis palsu sedang yang kedua jelas kesahihan nasnya. Namun kerana ia bukan amalan popular di kalangan masyarakat Melayu, kadangkala ia berlalu tanpa disedari. Situasi seperti ini seakan-akan ungkapan Hasan bin 'Athiyah, " Tidaklah s...

Khabar apa agaknya?

Rasanya menanti keputusan PRK Manek Urai tidaklah sedebar menanti keputusan PRK Bukit Selambau yang lalu. Mungkin memandangkan keutuhan kuasa politik Pakatan Rakyat di Kelantan tidak akan terjejas biar apa juga keputusan yang berlaku. Lagi pun sikap politik rakyat Kelantan yang memang diketahui dengan pragmatiknya boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Pemikiran politik rakyat Kelantan jauh agak berbeza dengan tempat-tempat lain. Hari ini mereka memenangkan orang lain tapi di lain hari mereka boleh memberikan kemenangan kepada pihak lain pula. Seperkara lagi Manek Urai pernah beralih tangan kepada BN dalam pilihanraya umum 2004. Justeru apa yang bakal terjadi malam ini tidak menghairankan. Ada kemungkinan rakyat Kelantan mahu menuntut sesuatu dari kerajaan mereka lalu pilihanraya kecil dijadikan medan berbuat demikian. Bagi mereka siapa yang menang atau kalah tidak menjejaskan kerajaan negeri. Kalau PAS menang dengan majoriti kecil pun, menang juga. Asalkan menang. Orang PAS jangan pula ...

Tak tuu deh

Tersebutlah kisah seorang pelancong Mat Saleh yang ingin ke Baling. Sampainya di Pulai, dia singgah sebentar di sebuah kedai makan. Sementara menanti kopinya sampai, dia cuba beramah mesra dengan seorang pak cik yang sedang minum di situ. " Helo Pak Cik, berapa km lagi mahu sampai ke Baling ", tanya dia dalam pelat Mat Saleh yang pekat. Dengan selambanya pak cik itu menjawab, " tak tuu deh ." " What, take two days !" Terbeliak biji mata Mat Saleh itu kerana menyangkakan perjalanan ke Baling masih jauh sehingga memakan masa dua hari perjalanan. "Thank you, uncle". Kali ini dia tak cakap melayu lagi sambil dibalas pula oleh pakcik tadi dengan mengangkat kening saja. Mat Saleh itu langsung membatalkan hasratnya kerana tak sanggup mengharungi perjalanan yang sangat panjang ke Baling. Selepas menghabiskan kopinya, dia sekali lagi mendapatkan pak cik itu untuk berjabat tangan sambil hatinya memuji-muji kepandaian orang tua ini berbahasa Inggeris. Seda...

PPSMI: Dr.M optimis tapi pelajar yang jadi mangsa

Dr. Mahathir mungkin menjadi orang pertama yang memberi komen tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI sebaik keputusan dibuat mengenainya Rabu lepas. " Menjejaskan masa depan anak-anak" , itu katanya. Tak tahu pula dari mana data yang diperolehi untuk menyokong hujahnya. Sedangkan bukti menunjukkan sebaliknya kerana yang berlaku ialah keciciran yang sangat parah terutamanya di kalangan pelajar-pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Faham konsep tapi tak tahu cara menjawab dalam peperiksaan. Mungkin ini dapat menunjukkan sikap tergesa-gesa Dr. Mahathir ketika mahu melaksanakan PPSMI, kali ini beliau tergesa-gesa pula mengeluarkan kenyataan. Kalau dulu PPSMI dicadang dan dijalankan tanpa kajian, kali ini beliau mengeluarkan kenyataan tanpa kajian juga. Dr. Mahathir memang terlalu optimis dengan PPSMI. Tapi optimisnya saja tak cukup kalau sudah jelas dasar ini memangsakan pelajar-pelajar dan masa depan negara. Sekali lagi saya menyatakan sokongan ke atas k...

PPSMI: Susah nak puaskan hati semua

Kerajaan akhirnya memutuskan untuk memansuhkan PPSMI bermula 2012 yang melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 4 di sekolah rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di sekolah menengah. Ini bermakna murid Tahun 1 sekarang (2009) akan menamatkan proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris apabila mereka memasuki Tahun 4 pada tahun tersebut. Begitulah juga halnya dengan pelajar Tingkatan Satu sekarang. Pelajar Tingkatan Satu sekarang pula merupakan kumpulan pertama PPSMI di sekolah rendah yang dimulakan pada 2003 dan kumpulan pertama yang menduduki UPSR pada tahun lepas. Kerajaan sudah buat keputusan. Sama ada bermaksud politik atau mengambil kira kepentingan institusi pendidikan, sekurang-kurangnya kerajaan bersikap telus mengaku kegagalan PPSMI sepanjang ia dilaksanakan. Sama ada ia patut disegerakan atau lambat juga bukan isunya. Beri peluang kerajaan menangani beberapa hal yang bersangkut paut dengan PPSMI. Soal perbelanjaan berjuta-juta ringgit sepanjang pelaksanaann...

Karma

Jika ingin dicintai kita mestilah mencintai. Jika ingin dikasihi kita mestilah mengasihi. Jika ingin dihormati kita mestilah menghormati. Suami yang mencintai isteri akan dicintai isterinya. Begitulah halnya si isteri. Bapa dan ibu yang mengasihi anak-anak akan dikasihi anak-anaknya. Begitulah halnya anak-anak. Guru yang mengasihi murid akan dikasihi anak muridnya. Demikianlah juga anak murid terhadap guru-guru mereka. Kerajaan atau pemerintah yang menghormati dan menjaga kebajikan rakyatnya. Allah dan Rasul memberi jaminan bahawa rakyat juga akan menghormati dan memuliakan pemerintah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa yang bermaksud, " Ya Allah Ya Tuhanku! sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengendalikan urusan umatku kemudian dia menyusahkan mereka, maka Kau berilah kesusahan kepada mereka. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengendali urusan umatku lalu dia berlemah lembut dengan mereka maka Kau berlemah lembutlah terhadap dia ."( Muttafaqun 'alaih: Bu...

Apa tujuan menulis di muka jenazah?

Sedikit masa dulu saya ditanya mengenai tindak tanduk beberapa orang yang bergelar Ustaz menggunakan jari telunjuk mereka seperti menulis di muka jenazah yang akan dikafan. "Apa yang depa tulis ?" Tanya seorang sahabat. "Nampak macam kalimah Allah dan Muhammad ." Jawab saya. "Untuk apa ?" Tanya yang lain. "Entah ." "Ada nas ?" Pertanyaan yang menunjukkan keperihatinan. " Tak ada lah ." Kata saya sambil tersenyum. Bahkan banyak lagi amalan-amalan dan tindakan-tindakan masyarakat kita yang tidak berpaksikan kepada al-quran dan sunnah bila berhadapan dengan suasana kematian. Malangnya bila ada pihak yang cuba membetulkan keadaan langsung dituduh mereka dengan bermacam tuduhan. "Agaknya apa tujuan mereka ya ?" Begitulah halnya bila seseorang yang cuba mencari kebenaran. Segala yang dilihat tidak diterima secara membuta tuli. Namun bagi sesetengah orang, hal yang pelik itu menunjukkan kehandalan seseorang dalam urusan aga...

Tinggalkan tempat itu

Dia seorang bekas penagih. Selepas pulih dia berazam untuk mengubah hidupnya. Berazam meninggalkan kisah hitam lampaunya. Azamnya mahu membina kehidupan yang lebih cemerlang. Azamnya mahu memadam arang yang terconteng di muka bonda. Mahu mengembalikan kepercayaan orang kepadanya. Dengan azamnya dia melangkah pulang ke kampung tanpa menyedari kepulangannya disambut dengan curiga. Pak Mat yang telur ayamnya dicuri. Pak Din yang kedainya dipecah masuk. Awang yang basikal anaknya dikebas lari. Padi berguni-guni, tabung masjid, pagar sekolah hilang tak berganti. Sukar melupakan segala kejahatan justeru dendam dan sangsi menanti kepulangan si bekas penagih. Bagai dijangka pulangnya tidak bersambut mesra. Tinggalnya tidak aman. Duduknya tidak tenteram. Berbagai tuduhan dan kecaman. Jalannya dipandang sinis. Senyumnya dibalas cebik. Datang tidak diendah. Duduk tidak dilayan. Kelibatnya dibimbangi mungkin ada pula telur ayam yang bakal hilang. Air mata bonda belum lagi kering menangisi nasib si...