Seorang penceramah hebat berhujah di pentas
seorang ustaz petah menghurai nas
seorang guru pada garuk suaranya menunjuk cara
seorang ketua lantang bersuara mengarah pekerja
seorang pemimpin dalam mesyuarat mengatur rencana.
Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin.
Pada diri mereka ada hebat
di pentas, di kelas, di pejabat atau di bilik mesyuarat
hujah mereka diterima
huraian mereka dikagumi
cara mereka dituruti
keputusan mereka dipersetujui.
Penceramah, ustaz, guru, ketua jabatan, pemimpin
mereka lelaki.
Di rumah mereka suami
di depan isteri
hilang gah
tiada hujah
tiada petah
cakap pun tak laku
terpulang pada you
I ikut kata you.
Bukan takut bini
terlebih sayang
mulut terkunci
tangan dan kaki tergari
Reda suami terkalih
Reda isteri pula yang diraih.
:: kalau boleh dikatakan sajak, bacalah seperti membaca sajak. he... he...

Ulasan