Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Jahiliyah Kesombongan

Allah 'azza wa jalla berfirman dalam Surah Al Fath ayat 26 yang bermaksud, " semasa orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-NYA dan orang-orang yang berfirman ." Ulama tersohor nusantara, Almarhum Profesor Hamka mengulas ayat ini dalamTafsir al '-Azim berkata: "Kesombongan atau atau berasa dirinya benar dan orang lain semuanya jahat, itulah maksud sebenar hamiyatul jahiliyah . Ia juga lahir dalam bentuk fanatik perkauman apabila seseorang berasa kaumnya sahaja yang benar dan musuhnya sentiasa salah. Hamiyatul jahiliyah ini tertonjol dengan jelasnya semasa berlaku Perjanjian Hudaibiyah. Golongan kafir Quraisy yang fanatik itu tidak mengizinkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah dan semasa perjanjian dimeterai, mereka tidak mahu menulis kalimat-kalimat "Bismillahirrahmaanirrahim" dan "Muhammad Rasulullah". Sebaliknya Nabi bertolak ansur dengan mere...

UMNO kena kuat

Saya bukan ahli UMNO. Bukan juga penyokong UMNO. Justeru saya tidak berminat masuk campur dalam urusan rumahtangga UMNO. Apa saja yang berlaku dalam keluarga UMNO, saya hanya memerhati dari luar termasuklah perkembangan terkini. Itu pun sampai setiap hari didedahkan dengan berita dan cerita UMNO oleh media-media utama negara. Lama kelamaan saya jadi berminat dan menaruh harapan supaya berlaku sesuatu dalam UMNO. Sebelum ini tidak pernah saya menaruh harapan sebegini. Kamu nak jadi apa pun, apa aku peduli. Harapan saya, biarlah kali ini ada pertandingan dalam UMNO di semua peringkat dan jawatan. Bermula dari Presiden sehinggalah ke jawatan pemeriksa kira-kira di cawangan. Setakat ini hanya Datuk Seri Najib saja yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. Bukan setakat melepasi kuota tapi mendominasinya sekaligus. Ku Li yang menawarkan diri masih belum tercalon. Masih dipinggir hatta oleh UMNO Kelantan. Apa salahnya bahagian-bahagian yang belum bermesyuarat beri peluang kepada kerabat di r...

Maktab Mahmud.... Kenangan Mengusik Jiwa

Sejak meninggalkan bangku persekolahan, saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Maktab Mahmud, sekolah lama saya. Bukannya jauh jarak antara Alor Setar dan Sungai Petani, tetapi saya rasa tiada tujuan untuk saya ke sana. Juga bukan kerana dendam. Sesekali bila ada perjumpaan bekas pelajar, saya pula tiada kesempatan. Tahun ini saya berazam untuk bersama dalam perjumpaan, tambahan lagi bila kerajaan negeri beralih tangan saya menjadi begitu bersemangat. Malangnya, pihak sekolah mengadakan Kem Bestari Solat J-QAF yang melibatkan semua guru. Terlepas lagi. Tunggu pula tahun depan. Cuma sesekali ke Alor Setar saya akan melalui Jalan Pegawai sambil mata mengerling ke arah Maktab Mahmud. Jalan Pegawai Hari ini atau lebih tepat pagi tadi, saya kembali ke sekolah yang banyak meninggalkan kenangan buat saya. Biasalah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat menimba ilmu. Anak sulung saya, Azrina(kakak) menduduki ujian untuk kemasukan ke Tingkatan Satu 2009. Emak dan adik-adiknya yan...

Orang Melayu dan anjing

Sebaik tiba di rumah petang tadi, seekor anjing baik punya 'landing' depan pagar rumah saya. " Abah, anjing tidur depan rumah kita !" Kata anak-anak. " Anjing tu kenal tuan rumah ni. Dia rasa selamat, sebab tu dia duduk kat depan rumah kita ." Saya membalas secara bergurau. " Kalau rumah orang lain, belum tentu dia selamat ." Bukan menuduh tetapi merujuk kepada sikap kebanyakan orang Melayu mengenai anjing. Dari pengalaman dan pemerhatian, orang Melayu ada cara tersendiri melayan anjing. Dalam keadaan sebegini, agaknya bukan saja kena halau, mungkin batu atau kayu bakal hinggap di kepalanya. Padahal anjing tu hanya tumpang tidur saja. Tidak seperti bangsa lain, anjing dianggap haiwan yang boleh dibuat kawan. Malah dalam sejarah Mesir Kuno, anjing dianggap haiwan yang setia kepada tuannya sebaliknya kucing dianggap pengkhianat dan perosak. Namun dalam Islam terdapat larangan memelihara anjing. Sungguhpun begitu larangan memelihara anjing bukanlah ...

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

Artikel ini saya ambil dari laman web Dr. MAZA sebagai susulan dari posting Jenayah merokok . Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok. Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan. Ini atas beberapa alasan; 1- Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok. 2- Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka. 3- Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang b...

Kerana kerja rumah

Seorang guru wanita di Sekolah Menengah Perlis telah menjadi mangsa pukul pelajarnya sendiri. Kekecohan tercetus bila guru tersebut mendenda pelajar terbabit kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Gara-gara kerja rumah. Guru beri dan suruh pelajar buat kerja rumah. Seorang guru beri satu kerja rumah. Kalau lima guru bermakna lima kerja rumah yang perlu pelajar siapkan dan hantar pada hari esoknya. Pelajar pula dari pagi sampai senja berada di sekolah. Macam-macam aktiviti kena buat. Tuisyen, Ko korikulum, projek dan lain-lain. Waktu malam baru ada di rumah. Homework pulak. Lima ooo!! Badan dah letih. Tension . Itu belum tension guru. Buku pelajar wajib disemak. Satu kelas 30 orang pelajar = 30 buah buku latihan. Kalau lima kelas? Tapi ini arahan. Pengetua atau Guru Besar(GB) mengarahkannya. Guru kena sediakan kerja rumah. Itu tanda guru buat kerja. Pelajar kena balik siapkan kerja rumah. Itu tandanya pelajar rajin. Pelajar rajin akan lulus periksa. Pelajar yang lulus periksa ialah pel...

Jenayah merokok.

Merokok membahayakan kesihatan . Statement yang memang dalam pengetahuan semua orang. Ia diakui malah syarikat pengeluar rokok turut meletakkan kenyataan ini di kotak rokok keluaran mereka. Satu-satunya syarikat yang memberi sendiri label negatif kepada barangan keluaran mereka. Bayangkan kalau ada syarikat yang mengeluarkan cokelat misalnya, lalu ditulis pada kertas pembalutnya 'makan coklat ini membahayakan kesihatan'. Agaknya adakah yang akan membeli coklat itu. Tetapi tidak bagi rokok. Walaupun diingatkan tentang bahayanya dengan bermacam cara, langsung tidak dihirau penggunanya. Susah sangatkah nak tinggalkan tabiat tu. Atau sebenarnya tiada usaha langsung ke arah itu. Seorang teman saya menyalahkan penjualan rokok di pasaran menyebabkan beliau merokok. " Kalau rokok tak dijual, tak ada orang yang membeli", katanya. " Kalau setakat fatwa haram saja, tak jadi. Kena haramkan jual beli rokok. Baru berhasil. " Begitulah hujahnya. Kekallah beliau merokok b...

Aktiviti Syawal

Syawal kini menganjak ke pertengahannya. Masih berbaki dua minggu. Biar apa pun kata orang mengenai sambutan hari raya, saya berlapang dada untuk bersama meraikan Syawal selama sebulan. Maklumlah, dalam masa sehari ( 1 Syawal ) mana cukup untuk menziarahi sanak saudara dan teman-teman. Walaupun aktiviti ziarah tidak terhad pada hari raya semata-mata, tetapi mengambil kira budaya dan adat masyarakat kita selagi tidak bertentangan dengan syarak, Syawal dijadikan bulan ziarah dan menyambung silaturrahim. Masih kedapatan juga pihak yang menganjurkan rumah terbuka dan jamuan hari raya. Jumaat ini surau kawasan perumahan saya mengadakan jamuan hari raya. Program yang bermula pagi dengan bergotong royong mencapai kemuncaknya dengan jamuan selepas solat Jumaat. Di samping itu saya juga ada jemputan ke rumah terbuka teman sekerja pada waktu yang sama. Insya Allah, saya akan berusaha menghadirinya. Selain itu, sebagai peringatan bagi yang masih belum berpuasa sunat Syawal, masa masih panjang. Be...

Tiada tempat untuknya

Saya baru selesai membaca tulisan terbaru SS Mufti Perlis, Dr. Asri di lamannya http://drmaza.com . Ada sesuatu yang menarik minat saya. Sesuatu yang menjadi subjek tulisannya kali ini. Saya bawakan petikannya untuk tatapan bersama. "Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain. Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya ...

PAS Kekal di Marang

KUALA TERENGGANU: Mahkaham Pilihan Raya di sini, hari ini menolak petisyen keputusan pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Marang, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir. Dengan keputusan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mewakili Pas pada pilihan raya umum lalu, kekal sebagai Ahli Parlimen Marang. sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20081008154318/Article/ p/s: Berita gembira ini memang patut dirai bersama. Dan di kala ini juga orang-orang UMNO sedang merayakan pengumuman Presiden mereka.

Patung..... Turunkan saja.

Adalah menjadi satu kebiasaan di negara-negara yang berideologikan komunis atau sosialis, mereka mendirikan patung atau replika manusia yang mereka sanjung. Sama ada replika tersebut adalah pemimpin negara, tokoh negarawan, pejuang, cendikiawan dan ilmuwan. Pokoknya orang-orang tersebut berjasa kepada negara. Terdapat juga negara umat Islam yang diperintah oleh orang Islam tetapi berpegang dengan salah satu atau kedua-dua fahaman tersebut. Lihat sahaja di Iraq. Patung Saddam yang besar pernah berdiri megah di tengah-tengah Kota Baghdad. Tapi sudah diruntuhkan sebaik saja tentera penceroboh berjaya menakluki negara 1001 malam itu. Begitu juga di negara-negara yang pernah menjadi jajahan takluk Soviet Union. Secara peribadi, saya tidak mengetahui tujuan di sebalik patung itu dibina. Mungkin sebagai mengenang ketokohan dan jasa tokoh-tokoh tersebut. Atau mungkin juga sebagai lambang kepada penegakan dan perlindungan kepada sistem yang mereka anuti. Atau bertujuan untuk dipuja-puja atau di...

Khutbah 'Idul Fitri

Berikut adalah sedutan dari khutbah yang telah disampaikan di Surau al-Muhtadin, Zon Kenanga 2, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Semoga dapat dikongsi manfaatnya bersama. Insya Allah. ************************************************************* KHUTBAH PERTAMA Firman Allah, " Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam ." Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan serta puan-puan supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Firman Allah S.W.T, "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA Telah memilih kamu dan DIA sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." الله أكبر الله أكبر ألله أكبر ولله الحمد Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah. Begitu pantas masa berlalu, tanpa terasa Ramadan begitu ...