Langkau ke kandungan utama

Orang Melayu dan anjing

Sebaik tiba di rumah petang tadi, seekor anjing baik punya 'landing' depan pagar rumah saya. "Abah, anjing tidur depan rumah kita!" Kata anak-anak.

"Anjing tu kenal tuan rumah ni. Dia rasa selamat, sebab tu dia duduk kat depan rumah kita." Saya membalas secara bergurau. "Kalau rumah orang lain, belum tentu dia selamat." Bukan menuduh tetapi merujuk kepada sikap kebanyakan orang Melayu mengenai anjing.

Dari pengalaman dan pemerhatian, orang Melayu ada cara tersendiri melayan anjing. Dalam keadaan sebegini, agaknya bukan saja kena halau, mungkin batu atau kayu bakal hinggap di kepalanya. Padahal anjing tu hanya tumpang tidur saja. Tidak seperti bangsa lain, anjing dianggap haiwan yang boleh dibuat kawan. Malah dalam sejarah Mesir Kuno, anjing dianggap haiwan yang setia kepada tuannya sebaliknya kucing dianggap pengkhianat dan perosak. Namun dalam Islam terdapat larangan memelihara anjing.

Sungguhpun begitu larangan memelihara anjing bukanlah bermakna Islam menyuruh umatnya membenci haiwan tersebut. Kita biasa mendengar kisah seorang pengembara yang memberi anjing minuman. Kisah yang menjadi rujukan kepada adab manusia dengan makhluk tuhan yang lain. Ironinya, anjing yang tumpang lalu hadapan rumah pun dibaling kayu.

Suatu sikap yang boleh dikatakan diwarisi dari generasi terdahulu. Bila ditanya mengapa sampai begitu sekali sikap kita dengan anjing. Jawapnya, "najis mughallazah". Kalau dah najis, basuh sajalah. Takkan sampai nak seksa dia pula.

Bukan itu saja. Ada lagi label tambahan. Anjing binatang hina. Lambang kejahatan. Kawan syaitan. Bila dia menyalak, tandanya dia nampak syaitan. Nah! Sampai begitu sekali. Dari mana mereka dapat cerita ini, lalu menjadi justifikasi menghalalkan permusuhan manusia dengan anjing.

Berkaitan dengan najis mughallazah pun, ulama' berselisih pendapat. Sama ada seluruh tubuhnya bernajis atau bahagian-bahagian tertentu sahaja. Ulama mazhab Maliki berpendapat semua haiwan hidup adalah suci termasuk anjing dan babi. Manakala ulama Hanafiah sependapat dengan ulama Maliki kecuali air liur anjing yang dihukum sebagai najis. Pendapat ulama' Hanafiah dalam kes kenajisan air liur anjing, tetapi tidak bahagian tubuh yang lainnya dilihat lebih hampir kepada nas. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, "apabila anjing menjilat benjana salah seorang daripada kamu, hendaklah ditumpah airnya dan bejana itu dicuci sebanyak tujuh kali" (hadis Muslim). Dalam hadis lain, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, "membersihkan bejana salah seorang kamu bila dijilat anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, permulaannya dengan tanah." (riwayat Ahmad dan Muslim).

Dalam hal ini, saya lebih berkenan kepada pendapat hanya air liur anjing sahaja yang dikira sebagai najis mughallazah. Hanya itu yang dinyatakan Baginda sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis. Sedang bahagian tubuhnya yang lain dihukum hanya berdasarkan qias daripada hadis tersebut. Selain itu, ulama' juga bersetuju tubuh anjing yang kering dan tidak meninggalkan bekas, maka tempat yang disentuhnya tidak perlu di'samak'.

Generasi baru perlu dididik untuk membuat penilaian semula terhadap haiwan ini. Bukan untuk dimuliakan atau diberi kasih sayang secara berlebihan. Jauh sekali untuk dijadikan haiwan peliharaan. Tapi untuk diberi hak dan kebebasan, selagi masih dalam kawalan.

Mungkin guru-guru dan ustaz-ustazah boleh mulakan dengan kisah Ashabul Kahfi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se