Dari Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu yang bermaksud, " sesungguhnya menguatkan suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam "( riwayat Bukhari dan Muslim ) Imam Syafi'e mengulasnya dengan berkata yang maksudnya, " pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah MEMPERLAHANKAN BACAAN ZIKIR itu. Melainkan jika imam mahu mengajar (bacaan-bacaan tersebut kepada makmum). Ketika itu bacaan zikir dikuatkan. Sehinggalah dilihat oleh imam akan makmum mampu mempelajari (zikir sepenuhnya). Selepas itu, dia(imam) hendaklah MEMPERLAHANKANNYA ." Imam Syafi'e menyambung ulasannya lagi dengan berkata yang bermaksud, " Aku berpendapat Baginda menguatkan suara berzikir hanya untuk seketika. Agar orang ramai mempelajarinya daripada Baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang kami tulis bersama ini atau selainnya tidak menyebut selepas salam ada tahlil...