Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Hilang

Saya tidak terkejut dengan serangan Israel ke atas penduduk Gaza yang mengorbankan lebih dua ratus jiwa baru-baru ini. Kezaliman dan penganiayaan mereka ke atas umat Islam bukan satu rahsia lagi. Malahan itu juga yang menjadi wirid mereka, didendangkan oleh si ibu buat anak kecil dalam buaian serta janji si anak kepada orang tua. Kemusnahan umat Islam adalah cita-cita mereka. Lalu apa nak dihairankan. Tapi saya sangat terkejut dengan sikap sendiri yang seperti hilang kepekaan menerima berita yang sepatutnya menyayatkan hati ini. Hilang kepedulian, hilang geram, hilang marah, hilang sedih, hilang pilu dan hilang segalanya. Ke mana perginya? Mungkin ia dinyah pergi oleh rasa teruja dengan kejayaan parti Islam dalam pilihanraya lalu. Tahun 2004 sangat pahit untuk dikenangkan. Sebaik parti yang didokongi kalah teruk dalam pilihanraya, ia disusuli dengan syahidnya dua tokoh pejuang Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel laknatullah. Dalam tempoh yang sangat singkat, Hamas dan dunia...

Pertemuan mencetus sepakat

Apa perasaan kita bila bertemu dengan seseorang yang selama ini hanya berselisih bahu dan berbalas senyum tetapi rupa-rupanya sealiran dan sefikrah dengan kita. Ia sangat mencetus rasa suka, menggelegak semangat juang dan membuang sangkaan selama ini kita keseorangan. Pertemuan kedua berlangsung setelah beberapa hari lalu berjumpa dan berkongsi pandangan dalam satu majlis walimah. Kali ini perbincangan lebih meriah dengan saling mengutarakan pengalaman masing-masing ditemani pekat malam dan tempias angin hujan petang tadi. Galak bersembang sampai terlupa kepada secawan teh yang hampir sejuk dan sepiring biskut yang belum disentuh. Pertemuan mencetus sepakat. Tajdid (pembaharuan) jadi matlamat. Masyarakat harus segera disedarkan dengan pentingnya rujukan sahih dalam beribadat. Namun adat orang berjuang, sunnatullah harus disoroti. Mengharap kemenangan dalam tempoh singkat sangat bercanggah dengan fitrah perjuangan. Lalu kesabaran dan istiqamah sahaja mengiringi kejayaan di masa hadapan....

Syarat tambahan untuk jadi Imam

Ustaz Zarin ( bukan nama sebenar ) adalah Naib Pengerusi surau Al-Huda( bukan nama sebenar ). Dengan ilmunya, kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah dan kebolehannya membaca ayat-ayat suci al quran secara bertajwid, beliau memang layak untuk menjadi imam solat jamaah di surau. Surau tersebut memang tidak melantik imam secara rasmi. Biasanya imam-imam solat fardu terdiri dari AJK surau yang berkebolehan. Malangnya, seperti ada konspirasi menghalang Ustaz Zarin dari menjadi imam solat fardu. Alasannya kerana Ustaz Zarin tidak berzikir kuat selepas solat dan tidak membaca doa. Sebaik saja bilal selesai iqamah, cepat-cepat orang lain mendahului Ustaz Zarin. Ustaz Zarin pun bukannya kisah sangat. Baginya yang penting beliau dapat bersolat secara berjamaah. Surau Al-Hudalah tempatnya walaupun kekadang sakit telinganya mendengar bacaan imam yang tunggang langgang tajwidnya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, " Orang yan...

PAS tetap dengan Hudud

Memang cita-cita PAS mendirikan negara Islam. PAS memang berhajat melaksanakan undang-undang hudud. Tiada siapa yang berhak mempertikaikan cita-cita murni PAS itu. Bahkan kena sokong 100%. Ini perintah agama. Apa nak dihairankan bila Datuk Husam cakap PAS akan melaksanakan undang-undang hudud bila diberi kepercayaan memerintah. Kena faham betul-betullah. Nak laksanakan undang-undang hudud perlu kepada pindagaan perlembagaan. Nak pinda perlembagaan kena dapat sokongan majoriti 2/3 ahli dewan. Maka PAS kenalah dapatkan sokongan itu. Sebelum dapat sokongan, ahli-ahli PAS ( dan semua orang Islam, sepatutnya ) berusaha dulu meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan undag-undang jenayah Islam ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ada menyebutkan dalam bukunya Fiqh Aulawiyat mengenai keutamaan penerangan dan tarbiyyah mendahului perlaksanaan syariat Islam. Semuanya itu memerlukan masa yang panjang. Sekarang ini pun PAS belum cukup berkuasa untuk menjalankan kempen-kempen mengenai kebaikan hudud. Ap...

Berkat itu milik Allah.

" Jemput ke rumah malam esok. Buat kenduri sikit. Nak minta Ustaz tolong bacakan doa selamat untuk kami sekeluarga. Mudah -mudahan boleh kami tumpang berkat Ustaz ." Lebih kurang begitulah bunyinya. Tak pasti sama ada ia suatu gurauan atau kefahaman yang sudah sebati menjadi iktiqad. Kalau setakat gurauan, moga diampunkan Allah. Tapi kalau dah jadi iktiqad, buruk padahnya. Keberkatan itu milik Allah dan Allah mengkhususkan kepada siapa dan apa yang dikehendakinya. Tiada jalan bagi insan mengetahui kepada siapa dan apa Allah mengkhususkan keberkatan tersebut melainkan melalui petunjuk dalil yang sahih lagi jelas. Justeru Ahli Sunnah wal Jamaah beriktiqad tidak boleh memohon berkat daripada individu, benda, masa atau tempat melainkan dinyatakan dengan dalil yang sahih. Mengenai keberkatan dari barang peninggalan Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam seperti pedang, pakaian dan sebagainya, tidak dinafikan generasi as-Salaf as-Shalih ada melakukan selepas kewafatan...

Jama' Solat kerana kenduri

Kelmarin sehari suntuk saya di rumah Pak Teh yang mengadakan walimah menyambut kehadiran menantu sulung mereka. Bila dah kenduri maklum sajalah. Tak cukup kaki bergerak ke sana ke sini. Budaya Melayu yang terpelihara sehingga hari ini dalam melayan tetamu yang terdiri dari kawan rakan dan sanak saudara. Meriahnya rumah Pak Teh kerana kawasan perumahannya seperti sebuah kampong yang mengekalkan konsep bergotong royong menyediakan masakan dan alatan walimah. Kerana itu bukan Pak Teh saja yang berpeluh tetapi jiran dan saudara yang turut membantu melayan tetamu khususnya pada waktu puncak. “ Along dah solat Zohor ?” Tanya Pak Teh. “ Ni baru ambil wuduk nak solat .” Kata saya. Jam dah 3.30 petang. “ Nak solat pun tak dan(sempat). Orang ramai .” Kata Pak Teh lalu ke bilik air untuk berwuduk. Memang ramai jemputan. Bagi yang terdidik dengan agama ia bukan masalah untuk meninggalkan majlis sementara mendirikan solat. Tidak kurang juga yang berijtihad mengqadakan solat. Paling dahsyat langsung...

Sebuah buku tentang Obama

Barack Husein Obama. Nama yang kini menduduki takhta sanubari rakyat Amerika. Malah dipuji dan dipuja sebahagian masyarakat dunia. Ucapan bernasnya penuh hujah dan gaya percakapan dengan intonasi yang meyakinkan memikat ribuan pendengar. Bahkan lenggok tubuhnya pun ada yang tertarik. Begitulah bila dah suka semuanya baik di pandangan mata manusia. Mungkin wajar juga untuk kita mengenali walau pun tidak secara keseluruhan sosok ini yang tampil dengan idea perubahan dan janji mengubah landskap politik dunia. Agar kita tidak terlebih memuji dan memuja kita telusuri dulu kemahuan dan kehendaknya, wawasannya, sikap politiknya dan sedikit latar belakangnya. Dalam pencarian ini saya dipertemukan dengan sebuah buku berjudul “Obama: Antara Islam, Israel & Amerika” karangan Taufik Rahman. Melalui buku ini saya diperkenalkan kepada Obama oleh pengarangnya. Latar belakang, keupayaan menangani isu-isu sensitif mengenai persoalan agama dan Negara Israel serta beberapa siri ucapan dibentangkan un...

Tok Guru dah mulakan

Lapan belas tahun dulu ketika diajak menyertai PAS, saya katakan pada baba " orang PAS ramai yang hisap rokok ." Kalau boleh semua orang PAS berhenti hisap rokok , barulah saya sertai PAS. Maklumlah jiwa muda, masa tu. Maksud saya pemimpin-pemimpin PAS mesti membangkitkan hal ini dalam ceramah atau mesyuarat agung menyedarkan keburukan merokok baik dari segi kesihatan mahupun akhlak. Sebagai parti Islam, PAS mestilah bersih dari anasir yang menjahanamkan ini. Tapi jawapan yang biasa kita dengar sama ada dalam hal ini atau banyak lagi hal lain ialah " kita kena perintah dulu, barulah kita perbetul ahli kita ." Baru-baru ini bila Tuan Guru Nik Aziz menegur pemimpin yang kuat merokok supaya meninggalkan tabiat buruk itu, saya begitu seronok sekali. Harap-harap Tok Guru akan terus konsisten membuat teguran sampai ke peringkat bawahan termasuk dalam ceramah-ceramahnya. Seterusnya usaha Tok Guru akan diikuti pula oleh pemimpin-pemimpin peringkat negeri, kawasan dan cawan...

Gapena beri tempoh Hishammuddin mansuh PPSMI Mac depan.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) memberi tempoh kepada Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sehingga 15 Mac depan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). "Saya ugut menteri Hishammuddin agar dia meletakkan jawatan. Apa-apa yang kementerian lakukan sekarang ini berhubung PPSMI ini memang salah. "Kita akan hantar notis dan beri tempoh sehingga 15 Mac sahaja menjelang Perhimpunan Agung Umno. Kalau tidak, kami akan buat laporan polis. Kami sedang menyusun beberapa perancangan berhubung hal itu," kata Ketua Dua Gapena Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar. Beliau berkata demikian dalam Forum Ke Arah Memantapkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu yang membariskan antara lainnya Encik Rusli Abdul Ghani daripada DBP dan Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. "Dahulu, zaman Tun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, semua or...

Suka Jadi Pengotor

Sikap segelintir jiran yang suka meletakkan bungkusan sampah di atas bumbung kereta menampakkan sikap mereka yang acuh tidak acuh terhadap soal kebersihan. Bagi mereka asalkan rumah mereka bersih, lain-lain tidak penting walaupun yang kotor itu kawasan tempat tinggal mereka. Selalunya jalan hadapan rumah saya yang berselekoh menjadi mangsa. Tanpa mereka sedari atau disedari sampah yang dibawa jatuh dan terburai ketika mereka membelokkan kereta. Tetapi dengan BIADAP nya mereka berlalu begitu sahaja. Pelaku-pelaku ini pula semuanya orang Melayu beragama Islam. Malangnya nilai-nilai murni bangsa Melayu dan ajaran Islam tidak dipedulikan sebaliknya lebih suka menjadi manusia pengotor dan hilang kepedulian. Wahai jiran-jiranku! Kasihanilah kami yang terpaksa menanggung bau busuk dan menahan sakitnya mata melihat sampah yang terburai akibat perbuatan hangpa yang tak bertanggungjawab. Atau hangpa memang suka dipanggil manusia pengotor. Untuk pengetahuan demam chikunkunya sudah menyerang S...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Malaysia kena lagi dan lagi dan ..........

Malaysia kalah lagi. Kali ini di tangan Thailand dengan jaringan 3-0. Sesiapa yang menonton siaran langsung petang tadi tentu menyampah dengan aksi permainan pasukan negara. Entah siapa pula nak dipersalahkan kali ini. Kalau dengan Vietnam dulu, penjaga gol dikatakan penyebab kekalahan. Akibatnya dia digugur dari perlawanan terakhir kumpulan. Pelik juga kerana penjaga gol saja yang dipertanggungjawabkan sedang bola sepak adalah permainan berpasukan. Walaupun saya setuju, kesilapan Helmi Eliza adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku namun bagaimana dengan pemain lain. Maksud saya kalau barisan penyerang bijak mencari peluang menjaringkan gol, tidak mustahil Malaysia yang memenangi perlawanan tersebut. Sekiranya penyerang bijak memanfaatkan peluang dengan jaringan 5 atau 6 gol, setakat satu kesilapan penjaga gol langsung tidak memberi kesan memalukan kepada pasukan negara. Soalnya, apa pemain-pemain negara dah buat? Mainkah atau main-main? Apa pula kali ini? Petang tadi penjaga gol ...

Majlis Korban ADUN Pantai Merdeka

Majlis ini diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka. Tujuh ekor lembu ditumbangkan dan turut disertai ahli-ahli PAS dalam kawasan Sungai Petani. Manakala ADUN Pantai Merdeka menyumbang sebanyak tiga ekor lembu.

Korban di Surau al-Muhtadin

Gambar-gambar sekitar majlis korban di Surau al-Muhtadin pada 11hb. Zulhijjah bersamaan 9hb. Disember. Sebanyak 4 ekor lembu dikorbankan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama sama ada peserta, petugas dan hadirin semua. Insya Allah tahun hadapan korban lagi. Ada yang sudah bertanya, " pendaftaran tahun depan dah buka ?" Saya jawab, " bagi la bernafas dulu ."

Persiapan korban dan ulang tahun Ahmad Anwar

cBermula 4 petang tadi segala persiapan untuk majlis ibadah korban yang akan dilangsungkan esok diatur. Sementara menanti ketibaan lembu-lembu korban dari Bukit Selambau, persiapan dilakukan di perkarangan Surau al-Muhtadin dengan memasang khemah-khemah serta mengeluarkan peralatan dapur dari stor surau. Segalanya berjalan lancar sehinggalah lembu-lembu yang akan dikorbankan esok sampai kira-kira jam 6.30 petang seperti dijanjikan. Persiapan berakhir apabila semua lembu ditambat. Insya Allah majlis bermula jam 7 pagi esok. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kerjasama ketika melakukan persiapan petang tadi. Gambar-gambar sekitar persiapan petang tadi. Pagi tadi pula kami sekeluarga berhari raya di kampung isteri di Bandar Bharu, Kedah. Sudah empat tahun saya tidak beraya (raya pertama) di kampung. Ini kerana saya mengambil tanggungjawab mengurus surau bagi solat Eid sama ada Eidul Fitri mahupun Eidul Adha termasuk meyampaikan khutbah. Selain ber-Eidul Adha kami tur...

Anak dara kita, hak kita.

Satu hari, secara tidak sengaja saya ke rumah seorang Ustazah. Tujuan saya untuk berjumpa dengan Pengerusi surau yang kebetulan berada di rumah Ustazah tersebut bagi membincangkan beberapa aktiviti surau. Korban salah satu darinya. Rupanya pengerusi dijemput Ustazah dan suaminya untuk berbincang mengenai urusan perkahwinan anak dara Ustazah. Sempat saya bergurau dengan suami Ustazah yang saya panggil Pak Andak. " Pak Andak akad sendiri ka nanti? " Beliau tersenyum sambil berkata, " tak tau lagi. " Tapi yang mengejutkan saya jawapan dari Ustazah. " Kalau Pak Andak akad sendiri, apa pula kata Tuan Imam. Nanti Tuan Imam ingat kami tak harap kat dia. " Apa kena dengan Ustazah ni? Itukan anak dia. Hak dialah nak mengakadkannya. Tuan Imam hanya menjadi wakil setelah dapat perkenan bapa kepada anak dara. Tuan Imam mana yang kemaruk sangat kalau si bapa sendiri nak akadkan bakal menantunya. Tuan Imam tak rasa apa-apa, mak bapa pula yang takut sangat. Ustazah pula ...

"Selamat terima menantu, Pak Teh"

Sekarang musim cuti sekolah. Seperti biasa, musim-musim cuti sebegini jenuh dengan jemputan kahwin. "Tak menang tangan", kata kawan-kawan. Kecuali bagi orang yang tidak popular seperti saya, jemputan kahwin boleh dibilang sebelah tangan. Hari ini (Jumaat) saya menyertai rombongan Pakteh dan Makteh yang melangsungkan majlis akad nikah anak kedua mereka. Walaupun anak kedua, majlis ini yang pertama bagi Pakteh sekeluarga. Maknanya, kali pertama terima menantu. Tak tidur malam lah! Zakaria atau mesra dipanggil Ya di kalangan saudara mara bertemu jodoh dengan orang Tanah Liat, Bukit Mertajam. Tak jauh sangatlah dengan Sungai Petani. Jam 11.00 pagi, ahli rombongan dijamu hidangan tengahari di rumah Pakteh. Mak datuk! 11 pagi dah makan tengahari. " Nak panggil lewat takut tak dan. Berlaga dengan solat Jumaat ." Ok lah, boleh terimalah alasan tu. Selepas makan, kami balik dulu sementara menanti solat Jumaat. Jam 2.30 petang, berkumpul semula di rumah Pakteh. Menurut Pakte...

Rahsia Talmud

Talmud merupakan salah satu kitab suci kaum Yahudi selain Torah(Taurat). Menurut mereka, Torah adalah kitab yang menghimpunkan wahyu bertulis manakala Talmud adalah himpunan wahyu-wahyu yang diterima oleh Nabi Musa secara lisan. Dari sudut keutamaan, orang Yahudi lebih memuliakan Talmud berbanding Torah. Hakikatnya, Talmud merupakan rekaan rabi-rabi mereka yang bertujuan meninggikan martabat kaum Yahudi secara tidak sah sedang Torah pula sudah hilang keasliaannya. Dalam Talmud terdapat satu ayat yang ingin disembunyikan oleh tokoh-tokoh Yahudi dari pengetahuan umum. Ia berkaitan dengan pernyataan yang berbunyi, " tob shebe goyyim harog ". Terjemahannya dalam bahasa Inggeris ialah, " even the best of the gentiles should all be killed. " Maksudnya, " semua mereka yang terbaik daripada bangsa bukan Yahudi sepatutnya dibunuh. " Ayat ini terkandung dalam Talmud Babylon. Lebih dari itu, ajaran Talmud turut menekankan, apabila seseorang bukan Yahudi memukul orang...

Sepinya Eidul Adha

Kurang dari seminggu umat Islam akan menyambut Eidul Adha. Tapi suasana sambutan langsung tidak terasa. Kecuali saluran Astro Oasis, saluran-saluran tv lain juga seakan tidak menyedari ketibaan hari besar bagi umat Islam seluruh dunia. Kita seperti meletakkan Eidul Adha sebagai hari raya kelas ke-2 berbanding Eidul Fitri. Semacam tidak penting hari ini bagi kita di Malaysia. Sehingga ada yang berpendapat hari ini hanya untuk jamaah-jamaah haji di Mekah saja. Kita mungkin terlupa, Eidul Adha juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya disyariatkan ibadah korban, takbir raya dan diharamkan berpuasa bermula 10 Zulhijjah (hari raya) hingga 13 Zulhijjah (hari tasyriq). Ertinya kita dituntut meraikan Eidul Adha secara bersungguh-sungguh. Dengan menghadiri majlis korban umat Islam dapat mengeratkan silaturrahim di samping mendapat kenalan baru. Sesungguhnya Eidul Adha menjadi medan pertemuan umat Islam dengan mengambil semangat haji bersempena ibadah haji yang dikerjakan saudara-saud...

Sekolah Cina dan Tamil atau PPSMI?

Datuk Mukhriz mencadangkan supaya diwujudkan hanya satu sistem pendidikan bagi menyatupadukan rakyat. No komenlah saya dengan kenyataan tu. Soalnya, adakah selama ini sekolah Cina dan Tamil yang menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaum dalam negara? Kalau tak silap saya perkara berkaitan sekolah Tamil dan Cina sudah termaktub dalam perlembagaan dan Akta Pendidikan. Selain itu, dalam Islam juga menjamin hak sesuatu kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Saya fikir cadangan tersebut juga sangat susah untuk dilaksanakan. Ini kerana sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil sudah lama bertapak di negara kita. Sekian lama mereka beroperasi tanpa gangguan. Malah ada pengurusan sekolah yang mampu menguruskan sendiri melalui sumbangan dari individu-individu dengan sejumlah wang yang besar tanpa mengharapkan bantuan dari kerajaan. Ada baiknya cadangan itu dialihkan kepada penghapusan PPSMI. Berbanding sekolah Cina dan Tamil, PPSMI baru 6 tahun usianya. Penghapusan PPSMI lebih pe...

Hadir ke perhimpunan parti lawan

Bukan main melenting Tan Sri Muhyiddin bila mendapati bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tak cukup dengan Muhyiddin, berbagai pihak dalam UMNO mendesak Zaid dikenakan tindakan. Tak fahamlah saya dengan politik Malaysia ni. Salahkah kalau seorang ahli parti hadir ke (tak kiralah) kongres atau perhimpunan agung atau muktamar parti yang berlainan kapal. Kalau parti tu dalam satu kapal, ok! Walaupun Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan Muhyidin sebagai jumud, saya rasa kalau perkara ini berlaku dalam PKR pun, dia akan buat benda yang sama dengan Muhyiddin. Maksud saya semua orang semacam. Orang UMNO tak boleh hadir dalam kongres PKR atau muktamar PAS. Orang PAS dan PKR dilarang hadir dalam perhimpunan UMNO. Padahal semuanya rakyat Malaysia. Masing-masing mendakwa berjuang untuk kemajuan rakyat dan negara Malaysia. Sepatutnya inilah peluang yang boleh digunakan untuk mencari persamaan....

Beri laluan kepada PAS

Berdasarkan pilihanraya umum yang lepas, kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjadi rebutan antara UMNO bagi pihak BN dan PAS bagi pihak Pakatan Rakyat serta seorang calon Bebas. Kini kerusi kembali kosong dan menjadi medan rebutan semula. Bagi pihak BN rasanya tiada masalah bagi UMNO memastikan mereka bertanding semula di situ. Tak mungkin MCA nak ambil alih. MIC? Pernahkah kita dengar MIC di Terengganu. Begitulah harapan di pihak Pakatan Rakyat. Kekalkan semangat kerjasama, saling mempercayai, toleransi, tidak tamak dan tidak merasa parti sendiri sebagai dominan kepada pakatan. Justeru kekalkan yang asal adalah jalan terbaik. PAS wajar bertanding di situ. Dalam pilihanraya lepas pun PAS kalah tipis. Peluang kali ini nampak lebih cerah. Lagipun kalau ditakdirkan menang, PAS tetap membawa suara Pakatan Rakyat. Tentulah PAS juga mengharapkan sokongan dan bantuan dari rakan-rakannya dalam PR. Sokongan dan bantuan ini pula sekurang-kurangnya menyamai apa yang dihulurkan PAS dalam pilihanra...

Sukarelawan membanteras jenayah sosial

" OPERASI MENANGANI GEJALA JENAYAH SOSIAL>Setiap PAS cawangan diminta hantar 4-5 orang sukarelawan ke Masjid Muzafar Shah jam 3.30 ptg ESOK@AHAD utk Taklimat oleh Ust. Kamarudin " Semalam saya menerima satu sms yang catatannya seperti di atas. Sebagai Setiausaha cawangan saya menjalankan kewajipan memaklumkan kepada rakan-rakan lain. Cuma saya sendiri agak skeptik dan belum pasti untuk hadir. Tambahan lagi sakit di bahagian rahang masih terasa. Sebarang usaha membasmi gejala sosial harus mendapat ujian. Cuma kaedahnya mesti diperkemaskan supaya tidak timbul sebarang masalah lebih-lebih lagi berkaitan dengan perundangan. Pernah berlaku di satu kawasan perumahan di Sungai Petani kira-kira 10 tahun yang lalu. Sekumpulan jemaah masjid/surau bertindak menangkap pasangan yang disyaki berkhalwat. Kebetulan si lelakinya adalah seorang pegawai polis. Malangnya semasa serbuan dilakukan, salah seorang dari mereka ditembak mati oleh pegawai polis yang cuba ditangkap itu. Dalam perbi...

Takziah

Sebagai salah seorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia saya merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail kira-kira jam 6.30 petang tadi. Sesungguhnya ada kenangan antara saya dan Allahyarham. Beliau merupakan Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu ketika saya mengikuti kursus perguruan di sana pada sesi 1993/95. Saya sempat bersamanya lebih kurang 2 semester. Beliau meninggalkan banyak kenangan kepada guru pelatih MPKB. Namanya disebut selepas beliau meninggalkan MPKB. Sering dalam ucapannya beliau menggalakkan guru pelatih supaya banyak membaca. Jasanya yang paling saya ingat bila beliau meningkatkan prasarana surau maktab dan menggalakkan guru pelatih solat zuhur berjamaah sebelum pulang. Selepas meninggalkan Maktab Perguruan Kota Bharu, beliau menjadi Pengetua maktab perguruan di Terengganu. Kemudian dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu sebelum menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan G...

PAS dan UMNO tak boleh bersaudara?

Ada sebilangan ahli PAS di Kedah yang kurang senang dengan kenyataan YAB Ustaz Azizan bahawa PAS dan UMNO di Kedah seperti adik beradik. Kenyataan yang menggambarkan adanya hubungan mesra antara kerajaan dan pembangkang rupanya tidak mendapat restu sejumlah kecil ahli. Kenapa? Entahlah. Mungkin kerana dendam. Atau mungkin kerana merasakan PAS lebih Islam dari UMNO. Sesuatu yang tidak dapat disangkal terdapat ahli yang ekstrem menghukum ahli UMNO sebagai fasiq malah lebih dahsyat sebagai munafiq. Ada yang mufaraqah dari solat jamaah kerana Imamnya penyokong UMNO. Tak suka tengok Ustaz Azizan bersalam dengan Mahadir Khalid. Tak suka kalau orang UMNO terlibat dengan program-program kerajaan negeri. Tak suka Othman Aziz yang UMNO jadi Pengurus Pasukan Bolasepak Kedah. Tak suka itu! Tak suka ini! Tapi depa lupa, ada ahli PAS yang adik beradiknya memang UMNO. Ada ahli yang ibubapanya UMNO. Ada juga ahli yang anaknya pula UMNO ( calon BN Pantai Merdeka, maknya ahli PAS ). Apa kita nak hukum?...

Keganasan: Siapa yang memulakan?

Tiga pengebom Bali baru selesai menjalani hukuman mereka. Biar apa pun persepsi umat mentafsirkan tindakan mereka, jelasnya ia bertitik tolak dari rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima oleh umat Islam seluruh dunia. Di sebalik tindakan yang dianggap keganasan oleh sesetengah pihak dan jihad oleh pihak yang lain, ia lahir dari sikap anti kezaliman Barat yang memusuhi Islam. Semalam, dunia dikejutkan pula dengan pengeboman di Mumbai. Sekali lagi ia dikaitkan dengan orang Islam apabila kumpulan Mujahideen Deccan mengaku bertanggungjawab. Isunya tetap sama. Penindasan, layanan berat seberat dan pencabulan hak ke atas golongan yang menjadi minoriti menjangkaui masa berabad sejak pemerintahan Kesultanan Moghul beralih ke tangan raja-raja Hindu. Sekian lama umat Islam di India menuntut supaya dilayan sama rata mengambil kira mereka sebagai penduduk asal dan warganegara India. Namun segalanya diketepikan kerana faktor agama. Selama ini dunia menutup mata terhadap penindasan peme...

Nak sakit pun kena ada ilmu

Sejak tiga hari yang lepas, rahang saya sebelah kiri tiba-tiba sakit. Sakitnya turut terasa di bahagian-bahagian yang ber jiran seperti gusi dan gigi geraham. Menurut kata doktor, ia akibat urat saraf rahang menjadi kejang. Fenomena biasa, katanya. Tapi sakitnya, masya Allah ! Tuhan saja yang mengetahui. Kalau tidak kerana malu pada anak-anak, mahu saja saya menggelupur dan berguling-guling di depan rumah. Apa tidaknya. Rahang, gusi dan gigi berasa sakit serentak. Makan ubat tahan sakit pun, tak jadi apa. Dalam masa sehari saja saya menghabiskan sepaket ubat tahan sakit yang berjumlah lima biji selain ubat-ubat yang dibekalkan doktor dimakan mengikut arahan. Rupa-rupanya saya dah buat satu kesilapan ketika menelan ubat tahan sakit. Silapnya saya menelan ubat semasa perut kosong. Tapi, nak makan macam mana? Nak mengunyah pun bermasalah. Akhirnya saya diberitahu kalau nak makan ubat tahan sakit mesti makan dahulu. Kalau tidak dia hanya menambahkan sakit bukannya menghilangkan rasa sak...

Shah Rukh tak kisah

Kecewanya rakyat Melaka bila aktor pujaan mereka, Shah Rukh Khan (SRK) tidak hadir untuk menerima darjah kebesaran dari Yang Di Pertuan Negeri. Teringin benar mereka nak panggil pelakon kesayangan mereka itu Datuk Shah. Memang melampau SRK ni. Orang dah nak bagi bintang pun tak mau datang. Memang tak pandai hargai kebaikan orang. Dia tak tau ka, orang kat sini berebut-rebut nak jadi Datuk. Dia pula buat endah tak endah saja. Lahabau a.k.a haprak betul! Patutkah dia bagi alasan sibuk. Orang lain pun sibuk juga. Dulu masa kerajaan Perak bagi anugerah Datuk kat pelakon Michelle Yeoh dari Hong Kong, dia bukan main hormat lagi. Kerja-kerjanya ditangguhkan sementara. Memang kita patut puji Datuk Michelle Yeoh ni. Sebab tu Pak Lah pegang bahu dia. Sebab hormat lah! Bukan sebab lain. TAPI................. Bila fikir-fikir balik, SRK tu teringin sangat ka dapat gelaran Datuk. Dia boleh buat apa dengan anugerah tu? Entah-entah orang kat sana beritahu Datuk tu sama dengan grandfather dalam bahas...

'Dakwah bil hal' cara saya

Petang tadi saya dijemput seorang jiran berbangsa India menghadiri Hari Penyampaian Hadiah tadikanya. Tanpa berfikir panjang dan berdalih saya menerima jemputannya kerana melihatkan kesungguhan beliau yang hadir sendiri ke rumah saya. Saya turut diminta membacakan doa selamat dan menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut. Saya berharap biarlah nanti ia menjadi salah satu daripada misi dakwah bil hal ke atas non Muslim khususnya di kalangan jiran saya. Dakwah yang membawa mesej bahawa umat Islam sangat menganjurkan toleransi tanpa membataskan kepada agama dan kaum. Selain membawa mesej bahawa umat Islam boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan bersama. Setidak-tidaknya ia dapat menghilangkan kesangsian dan sangkaan buruk golongan non Muslim ke atas orang-orang Islam. Sampainya di sana, saya dapati tadika milik jiran saya itu mempunyai jumlah murid yang kebanyakannya Melayu. Hanya terdapat 3 atau 4 orang murid India dan seorang murid dari kaum Thai. Pada pandanga...

Menarik di hari ke-3 Sidang DUN Kedah

Keletihan semalam dan kesibukan sepanjang hari ini membataskan masa saya bagi mengemaskini posting terbaru khusus berkaitan sidang DUN Kedah di hari terakhirnya. Namun saya masih berselera untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai hal-hal yang menarik perhatian saya. Saya bukanlah pemberita untuk menceritakan semuanya bahkan pemberita pun tidak berbuat demikian. Lebih malang lagi, tabiat pemberita media perdana yang suka menulis berita palsu sehingga memesongkan orang ramai dari mendapat maklumat yang tepat. Contohnya dalam isu ladang babi di Bukit Selambau. Sedangkan hakikatnya ladang tersebut telah diluluskan pada Disember 2007 oleh kerajaan terdahulu. Justeru tulisan saya ini hanya mengenai perkara yang menarik perhatian saya sahaja. Antaranya, jawapan oleh beberapa EXCO dan Menteri Besar kepada beberapa persoalan, permintaan dan tuduhan yang ditimbulkan oleh wakil pembangkang ketika perbahasan. Perkara-perkara yang dibangkitkan wakil pembangkang seperti: YB ADUN Pedu (...