Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Secebis kisah Ali dan Mu'awiyah

Ketika memuncaknya pertikaian antara Ali bin Abu Talib radhiyallahu 'anhu selaku Khalifah dengan Mu'awiyah radhiyallahu 'anhu yang menjadi Penguasa di Syam, tampil seorang sahabat Nabi bernama Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu 'anhu untuk mendamaikan keduanya. Lalu berjumpalah Abu Umamah dengan Mu'awiyah dan berkata, " Mengapakah kamu menentang Ali? Adakah kamu merasakan kamu lebih baik dari Ali? Sedangkan dia lebih dahulu memeluk Islam dari kamu ." Jawab Mu'awiyah," والله هو خير وأفضل مني" ( Demi Allah, Ali lebih baik dan lebih afdal dari aku ) " Tetapi Uthman telah dibunuh dan aku adalah walinya. Andainya Ali menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, aku akan menjadi warga Syam pertama yang membai'ah Ali. " Sambung Mu'awiyah lagi. Abu Umamah kemudiannya menemui Ali dan mengajukan tuntutan Mu'awiyah agar Ali segera bertindak ke atas pembunuh Uthman radhiyallahu 'anhu . Namun kekacauan sudah sampai ke tahap mak

Anwar berkhatan

Hari ini Anwar selamat berkhatan. Melihat kepada usianya yang hanya akan mencapai 8 tahun pada 8 Disember ini menyebabkan saya kurang yakin untuk menyunatkannya dalam usia yang saya fikir masih awal. Sebaliknya dia menunjukkan keyakinannya kepada saya dan emaknya. Saya dan isteri bersetuju untuk mendaftar. Buat awal-awal, lepas ni tak payah fikir lagi. Tak sangka pula dapat tarikh di awal cuti sekolah. Kalau sembuhnya awal, boleh juga saya bawa keluarga makan angin. Namun hati saya tetap bimbang kalau-kalau nanti dia buat hal. Saya pun minta tolong datuknya untuk menemani sewaktu dia dikhatankan. Mujur datuknya setuju walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ADUN. Baru semalam diberitakan seorang pemuda hilang dan dipercayai lemas di sebuah kawasan perkelahan yang terletak dalam DUN Pantai Merdeka. Dalam perjalanan pulang dari klinik tengahari tadi kami mendapat khabar mayat telah dijumpai dan solat jenazah dijadualkan selepas solat zohor. Esoknya pula dijemput menghadiri majlis khatan b

Zon selesa

Semalam saya menyampaikan kuliah di surau al-Muhtadin. Ia adalah kuliah ketiga dalam masa dua bulan. Sudah tentu ia bukan perkara yang mudah bagi saya kerana saya bukannya ahli dalam menyampaikan kuliah apatah lagi berceramah. Namun saya gagahkan juga menerima permintaan jamaah surau yang inginkan 'khidmat' saya. Saya sahut cabaran ini kerana ia adalah peluang untuk saya berkongsi sedikit pengetahuan yang ada pada saya selain peluang untuk berdakwah kepada jiran tetangga. Sekurang-kurangnya salah satu hak jiran telah tertunai. Manakala jadual yang diberi kepada saya adalah dua kali dalam sebulan. Setiap malam Isnin minggu ke-2 dan ke-4. Membaca tulisan Kapten Hafiz Firdaus dalam Majalah i keluaran November memberi sedikit impak terutamanya dalam menangani waktu senggang. Saya akui selama ini saya meletakkan diri saya dalam zon selesa. Tugasan saya berakhir sebaik kereta Toyota Avanza 1.3 manual bergerak meninggalkan pintu pagar SKTT. Setiba di rumah jadual saya hanya menonto

Biarlah.....

Praaapp, pap, pap! Dam, dum, dam, dum! Shhhhhh......... kabommmmm!!! Haa.... ini bukan situasi di Palestin, Iraq atau Afghanistan. Ini juga bukan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah. Ini sebenarnya keadaan yang berlaku di kawasan kejiranan saya(dan mungkin kawasan lain juga) kira-kira jam 12 tengah malam semalam. Ia sebenarnya bunyi mercun dari rumah-rumah jiran beragama Hindu yang meyambut Deepavali hari ini. Dan ini bukan pertama kali. Asal Deepavali beginilah keadaannya. Kuatnya bunyi bisa mengejutkan anak kecil, anak besar, bapa anak dan ibu anak sekaligus. Mahu ditegur, tak kena pula rasanya. Manakan tidak. Perangai orang kita pun semacam, kadang-kadang lagi teruk. Lihat saja ketika sambutan Aidil Fitri. Bukan setakat mercun, siap dengan meriam lagi. Bukan saja kuat, dah bergegar pun. Kalau begini keadaannya, patutkah saya tegur mereka? Nanti apa pula jawab mereka? Kita juga yang tanggung malu. Kita sendiri yang tak pernah tunjuk contoh yang baik kepada