Pernah suatu hari saya dipanggil Puan Guru Besar( bekas guru besar ) ke biliknya. Ketika itu dia baru saja menjadi GB di sekolah tempat saya mengajar. Dalam pertemuan itu, saya ditanya mengenai cara pengendalian solat zohor berjamaah oleh Panitia Pendidikan Islam. Selepas menerangkan beberapa perkara, saya pun berkata, " ketika solat sayalah imamnya atau sesekali cikgu lain." Tapi katanya, cara yang saya buat itu tidak betul. Dia mencadangkan supaya saya melantik imam dari kalangan murid manakala saya pula melihat mereka sembahyang sampai habis. Saya jawab, itu bukan cara Nabi. Sabda Nabi, " solatlah kamu seperti mana kamu melihat Aku bersolat ." Maksudnya, sahabat belajar solat dengan Nabi dengan melihat Nabi bersolat. Bukannya Nabi melihat sahabat bersolat, baru Nabi bersolat. Katanya pula, itu Nabi ajar sahabat. Tapi kita nak ajar anak murid kita. Malas pula saya nak bertengkar dengan dia. Maklumlah perempuan bila dah jadi Guru Besar. Besar kepala. Mesti nak