Pernah suatu hari saya dipanggil Puan Guru Besar(bekas guru besar) ke biliknya. Ketika itu dia baru saja menjadi GB di sekolah tempat saya mengajar. Dalam pertemuan itu, saya ditanya mengenai cara pengendalian solat zohor berjamaah oleh Panitia Pendidikan Islam. Selepas menerangkan beberapa perkara, saya pun berkata, "ketika solat sayalah imamnya atau sesekali cikgu lain."
Tapi katanya, cara yang saya buat itu tidak betul. Dia mencadangkan supaya saya melantik imam dari kalangan murid manakala saya pula melihat mereka sembahyang sampai habis.
Saya jawab, itu bukan cara Nabi. Sabda Nabi, "solatlah kamu seperti mana kamu melihat Aku bersolat." Maksudnya, sahabat belajar solat dengan Nabi dengan melihat Nabi bersolat. Bukannya Nabi melihat sahabat bersolat, baru Nabi bersolat.
Katanya pula, itu Nabi ajar sahabat. Tapi kita nak ajar anak murid kita.
Malas pula saya nak bertengkar dengan dia. Maklumlah perempuan bila dah jadi Guru Besar. Besar kepala. Mesti nak menangkan diri sendiri walaupun salah.
Memanglah kita kena tengok cara budak melakukan pelakuan dalam solat. Kalau salah kita perbetulkan. Tapi itu dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Bila dah masuk waktu solat dan berjamaah pula kita ikutlah cara Nabi.
Kemudian saya katakan lagi, kalau saya tunggu budak sampai habis solat, tak dapatlah saya pahala berjamaah. Dia jawab pula, saya pentingkan diri, nak pahala banyak.
Kali ini saya betul-betul bengang. "Apa punya bangang orang tua sorang ni," tapi itu cuma terlintas dalam hati saja. Kaedah fiqh menyebut "al-itharu li qurbin makruhun" atau mengutamakan orang lain dalam ibadah adalah suatu yang dibenci. Maksudnya kita disuruh mementingkan diri dalam hal-hal ibadah dan bersungguh-sungguh mencari pahala. Setiap pagi Jumaat, imam yang membaca surah as-Sajdah pasti ada membaca ayat yang bermaksud, "(orang-orang yang beriman) mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut(kepada kemurkaanNYA) serta tamak(mendapatkan keredaanNYA) dan selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada mereka."(as-Sajdah: ayat16)
Kalaulah dia selalu berjamaah Subuh hari Jumaat, mesti dia dengar imam baca ayat ini. Tidak pasti pula sama ada dia faham atau tidak. Kata orang, dia dulu qariah mewakili maktabnya. Biasalah tu. Sesetengah qari atau qariah, bacaan memang sedap. Mantap dengan mahkrajnya, cukup harakat serta dengungnya. Kalau dengar dia baca, tergeleng kepala kita kerana sedapnya. Bila tanya makna, dia pula yang geleng kepala.
Dalam ayat di atas Allah menerangkan perihal orang yang beriman dalam beribadah. Bukan saja takut malah bersungguh dan tamak pula. Tamak itu maknanya pentingkan diri lah. Mana pula ayat yang dia guna yang melarang orang mementingkan diri merebut pahala solat berjamaah.
Inilah masalahnya kalau bodoh tapi berlagak pandai. Bodoh sombonglah tu.
Walaubagaimanapun, sampai dia pencen saya tetap dengan cara saya. Dia pun tak pernah tanya lagi. Khabarnya sekarang dia dah jadi guru kontrak di sebuah sekolah di Gurun.
Ulasan