Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Buntu

Sejak penamaan calon pada hari Ahad yang lalu, saya jadi buntu. Hanya menjadi penonton siaran Buletin Utama dan RTM dengan berita-berita yang berat sebelah benar-benar membuatkan saya tertekan. Saya cuba untuk meluahkan segalanya di blog ini, tapi tiba-tiba saya jadi letih. Hanya mampu memandang saja laptop yang terbuka. Cuba juga untuk mengikuti kempen di luar sana bagi memperolehi keseimbangan maklumat, badan pula terasa lemah. Langsung tak boleh keluar. Segalanya berpunca dari kepenatan bekerja dan tidur yang tidak menentu waktu. Entah mengapa, tidur menjadi satu masalah bagi saya. Saya cuba mencari kekuatan tetapi gagal. Sedang kepala sarat dengan pelbagai permasalahan, persoalan, pandangan dan harapan, siap sedia untuk dihamburkan, mata dan tangan pula tidak mahu bekerjasama. Kaku dan kemudiannya…….. kembali menonton tv. Malam ini saya cuba lagi, tapi………………… Ini saja yang terdaya. Cuba lagi di malam esok. Allahu Akbar!!! p/s Baru balik dari klinik. Bawa nenek.

SABOTAJ

Sudah ada berita yang tidak enak didengar walaupun ia bukanlah perkara baru dalam pilihanraya. Seolah-olah sudah diagendakan setiap kali pilihanraya. Cumanya ia tidak dihebahkan dalam akhbar lebih-lebih lagi pihak yang melakukan datangnya dari kelompok pemegang kuasa negara. Bimbang imej tercemar, rakyat nanti beralih haluan. Maka yang baik semuanya dari mereka yang buruk itu lawan mereka. Sekadar berkongsi cerita. Berlaku di sebelah utara. Rumah calon PAS di N.27 Pantai Merdeka telah dibaling cat. Kejadian disedari oleh ahli keluarga beliau pada pagi Sabtu 23 Februari sehari sebelum penamaan calon. Menurut sumber, menantu perempuan calon tersebut terdengar bunyi enjin di hadapan rumah mereka kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak mengesyaki sebarang perkara buruk berlaku. Sampel cat tersebut telah diambil oleh pembantu calon tersebut dan di bawa ke pejabat PAS Kawasan Sungai Petani. Pembaca yang berminat untuk mendapatkan pengesahan cerita boleh menghubungi Pejabat PAS Kawasan Sungai Petan...

Berubah Untuk Perubahan

Sejak parlimen dibubarkan 14 Februari yang lalu, malam ini kali pertama saya mengikuti ceramah anjuran sebuah parti politik yang dilabelkan sebagai pembangkang oleh pihak media. Penceramah utama yang juga YDP parti peringkat kawasan turut memaklumkan dan memperkenalkan calon yang akan bertanding di kawasan tersebut. Saya merupakan salah seorang pengundinya. Maka adalah sangat penting bagi saya mendapatkan maklumat daripada calon-calon tersebut. Mustahaknya, mengurangkan sedikit rasa rimas yang bersarang. Sejak beberapa hari lalu, saya kurang mengikuti perkembangan semasa melalui berita tv. Berita radio pun secara kebetulan saya ikutinya dalam kereta ketika hendak ke sekolah. Akhbar pula saya bacanya diutusan online. Membaca di internet beri saya banyak pilihan. Malangnya saya tidak mampu untuk menghadap komputer sepanjang masa. Tetapi dengan mengikuti ceramah tadi betul-betul dapat melegakan rasa rimas saya. Saya menjadi lebih bersemangat untuk turut serta menghulurkan bantuan sedaya s...

RIMAS

Rimas! Rimas! Rimas dengan berita-berita terkini. Tidak kira dari mana datangnya sumber berita tersebut. RTM, TV3, NTV7, 8TV( banyak lagi-tak tersenarai di sini ) atau yang bercetak semuanya merimaskan saya. Semuanya gara-gara pilihanraya umum ke-12 menjelang 8 Mac ini. Salah satu amalan demokrasi akan dilaksanakan kewajipannya oleh sebahagian rakyat Malaysia yang layak. Namun, masih ramai yang layak belum berdaftar dan ada juga siang-siang lagi menyatakan hasrat untuk tidak mahu mengundi. Tidak tahu menghargai erti demokrasi. Tetapi yang merimaskan saya sekarang juga orang yang tidak tahu erti demokrasi dengan pendekatan menggunakan sepenuhnya media milik rakyat untuk kepentingan parti mereka sahaja. Biar saya berterus terang agar dapat melegakan sedikit perasaan rimas saya. Sejak parlimen dibubarkan, BN begitu sekali ditonjolkan sebagai parti harapan rakyat. Sebaliknya parti-parti lawan seperti PAS, PKR, DAP dan lain-lain pula sebagai penjenayah besar yang akan memusnahkan negara jik...

Kisah Seorang Nenek.

Tinggalkan dulu tentang kisah pilihanraya. Ada satu peristiwa yang saya ingin kongsikan bersama. Peristiwa yang menyebabkan saya kurang mengambil pusing tentang isu semasa biarpun saya masih sempat menonton berita TV3 tadi malam ini. Ketika saya berjalan kaki ke surau untuk bersolat maghrib, saya terlihat kelibat seorang nenek yang mundar mandir di kawasan kejiranan saya. Saya sempat berselisih dengannya dan seakan terdengar dia bercakap sendirian. Saya kurang ambil peduli dan teruskan perjalanan kerana jamaah di surau sudah mulai solat. Seusai solat saya terus pulang dan mendapati nenek tadi sedang duduk di tepi jalan tidak jauh dari rumah saya. Saya fikir dia tentu keletihan kerana berjalan. Saya tidak bertanya tapi terus ke pulang ke rumah sedang saya melihat beliau di kelilingi oleh beberapa orang remaja India. Rupa-rupanya kehadiran nenek tersebut telah mengundang kebimbangan beberapa orang kanak-kanak yang pulang dari mengaji al Quran. Kebetulan tempat nenek tersebut duduk tadi b...

Istikharah Memilih Calon

"Macam mana ni? Siapa yang kita nak pilih? Dua-dua calon Hindu. Tak payah mengundi lah." Itu cakap-cakap di surau. Sementara menanti hari penamaan calon, desas desus di kawasan tempat tinggal saya bagaikan mengesahkan calon yang bakal bertanding. Buat seketika saya diam tanpa jawapan. Saya beruntung kerana saya tidak mengundi di situ sebaliknya di kawasan yang bermajoritikan orang Melayu. Saya percaya mana-mana parti yang meletakkan calon bukan Melayu di kawasan tersebut bagaikan meletakkan pistol di hujung kepala dengan picunya siap untuk ditekan. Berbalik kepada soal calon di kawasan tempat tinggal saya tadi. Sukar untuk membuat keputusan lantas mengambil keputusan untuk tidak mengundi. Semata-mata kerana kedua-dua calon tersebut bukan orang kita. Bagaimana pula kalau kedua-dua calon yang bertanding daripada orang Melayu. Melayu lawan Melayu. Mudahkah untuk membuat keputusan? Mungkin mudah bagi ahli parti yang sememangnya akan sentiasa memastikan calon parti mereka akan men...

Mengundi Parti vs Mengundi Calon

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 8 Mac ini. Parti-parti yang bertanding sudah bersedia memalu gendang kempen mereka. Semua pihak menanti-nanti tarikh keramat itu. Cakap-cakap pilihanraya terus menghangatkan kedai kopi. Bendera-bendera parti mulai mewarnai kiri kanan jalan. Manakala bagi para pengundi ada yang sudah mula mencongak calon yang akan bertanding di kawasan mereka. Ahli tegar parti tidak bermasalah dalam membuat pilihan. Bagi mereka siapa saja yang diletakkan sebagai calon parti pasti akan disokong habis habisan. Kriteria calon bukan menjadi pertimbangan ketika kertas undi di tangan. Undi mereka bukan untuk memenangkan calon tetapi memenangkan parti. Namun begitu terdapat juga sebilangan pengundi yang mementingkan siapakah calon yang akan mewakili mereka. Golongan ini mahukan calon yang mereka pilih bukan sahaja bekerja untuk parti yang diwakili tetapi yang penting bekerja untuk mereka. Kebiasaannya, golongan ini bukan ahli mana-mana parti sebaliknya mereka yang dila...

KEMPEN

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac depan sementara penamaan calon akan dijalankan pada 24 Februari. Ini bererti semua pihak yang terlibat dalam PRU 12 ini mempunyai tempoh 13 hari untuk berkempen dan disifatkan sebagai tempoh berkempen paling panjang sejak 22 tahun yang lalu. Penghargaan buat SPR kerana memanjangkan tempoh berkempen berbanding PRU yang lalu iaitu 8 hari sahaja. Pun begitu sepatutnya tempoh tersebut boleh dipanjangkan lagi kerana negara mempunyai masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan untuk membentuk kerajaan baru. Namun menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tempoh berkempen tidak boleh terlalu lama kerana bimbang akan tercetus kekacauan. Menurutnya lagi terlalu banyak isu sensitif yang mungkin akan menyebabkan suasana huru hara semasa kempen berlangsung. Satu kenyataan yang menimbulkan persoalan. Seperti ada percanggahan dengan apa yang dicanangkan oleh pimpinan-pimpinan k...

PARLIMEN BUBAR

Parlimen bubar hari ini. Terkejut? Tidak juga. Tapi rasanya Pak Lah bagaikan tidak membayangkan untuk membubarkan Parlimen dalam sehari dua ini seperti yang dinyatakan semasa di UKM kelmarin. Tidak hairanlah kalau ada pihak yang berkata, " Pak Lah cakap tak terpakai" . Baru semalam saya menulis tentang kewajaran mengadakan pilihanraya dalam tempoh terdekat. Ia sebagai respons saya yang menunggu pembubaran parlimen yang diramal semalam. Pun begitu saya sudah cukup bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi Malaysia. Undilah kita semua..... he.... he....

Pilihanraya.

Angin pilihanraya bertiup kencang. Sana sini orang bercakap tentang pilihanraya. Selepas solat Maghrib tadi saya dan beberapa orang rakan jamaah turut menyentuh tentang pilihanraya yang khabarnya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu saya ada pandangan sendiri tentang tarikh pilihanraya. Saya fikir pilihanraya tidak sepatutnya diadakan dalam tempoh terdekat ini. Jangka hayat parlimen dan DUN di negeri-negeri masih panjang sehingga Mac tahun depan. Maka, pandangan saya mengapa perlu disegerakan? Ruang untuk wakil rakyat-wakil rakyat yang ada sekarang untuk bekerja masih terbuka luas. Beri peluang kepada mereka membuktikan kebolehan bekerja dan berkhidmat untul dinilai oleh rakyat yang mereka wakili. Mungkin tempoh 2004 hingga awal 2008 ini adalah waktu yang singkat dan masih banyak agenda membangunkan kawasan yang belum dapat dilaksanakan. Tidak hairanlah sudah ramai yang bersedia untuk dicalonkan semula dengan alasan masih belum puas berkhidmat untuk rakyat. Ataupun ma...

Perumpamaan Syurga

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan keampunan dari Tuhan mereka ………….. (Surah Muhammad: ayat 15)

Pagi, Petang dan Malam

Alhamdulillah. Semua kertas ujian murid-murid saya telah selesai disemak. Markah mereka dah dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar saya. Walaubagaimanapun, masih ada dua orang murid yang tidak hadir ketika ujian diadakan tempoh hari. Saya memutuskan untuk membenarkan mereka mengambil ujian tersebut pada hari Isnin nanti. Beri peluang. Kalau hari Isnin pun tak hadir juga, habislah. Sementara itu saya belum boleh memasukkan peratus dan purata gred mata pelajaran sebagai rumusan pencapaian mereka. Apa program malam ni? Entahlah. Petang tadi temankan MEM ke shopping centre (rahsia). " Nak beli beg tangan ", katanya. Sampai saja di sana masya Allah, ramainya orang. Saya dah naik rimas. Macam-macam rupa dan kelakuan manusia di depan saya. Tak nak tengok, tak boleh. Depan mata. Terpaksa tengok? Tak juga. Serba salah. Melayu, Cina, India, Muslim atau bukan Muslim tidak dapat dibezakan. Dedah? Terdedah? Sengaja dedah? Fenomena biasa zaman sekarang, kata sebahagian orang. Namun ma...

Honorarium@saguhati@bonus

Honorarium! Saguhati! Bonus! Mana-mana pun tak kisahlah! Itukan istilah sahaja. Saya seperti kakitangan awam yang lain sangat berharap kerajaan dapat menunaikan permintaan Cuepacs supaya semua kakitangan awam diberi bayaran RM2000 sebagai saguhati. Langkah memberi saguhati kepada kakitangan awam yang bilangannya seramai 1.2 juta orang dikira sangat wajar memandangkan kenaikan gaji pada Julai tahun lepas tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Seperti kata Presiden Cuepacs, kenaikan pendapatan daripada pelarasan gaji pada Julai lalu sudah dihakis oleh kenaikan harga barang. Jika dilihat kesan kenaikan gaji tahun lepas seperti tidak memberi apa-apa erti kepada kakitangan awam khususnya kepada sejumlah 850,000 yang berpendapatan rendah. Sebaliknya ia membuka peluang kepada peniaga-peniaga mengaut keuntungan dengan menaikkan harga barang sedang kerajaan seakan tidak mampu mengawalnya. Maka, pemberian saguhati dikira sebagai satu jalan untuk mengurangkan sedikit tekanan...

Waktu Kerja Guru Seminggu.

Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dipengerusikan oleh Dr. Ambrin Buang yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dalam kajiannya mendapati purata jam kerja guru seminggu ialah 66.24 jam. Ia melebihi purata 45 jam kerja seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Persoalannya tidak terbebankah lagi seorang guru dengan kerja-kerjanya sehingga ada PPD yang mewajibkan semua mesyuarat yang melibatkan guru diadakan pada waktu petang selepas waktu persekolahan. Mungkin keselesaan bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin menjadikan segelintir pegawai lupa tentang rakan mereka yang bermandi peluh sepanjang 6 jam di sekolah. Tanpa sempat mandi dan berehat, bergegas pula ke PPD yang jaraknya 50km atau lebih dari sekolahnya. Perjalanan mengambil masa 1 jam, bertolak dari sekolah 1.20 tengahari sedang mesyuarat bermula jam 2 petang. Munasabahkah? Kalau dah ramai yang sampai lewat, mesyuarat pula dilewatkan sedikit. Bila mesyuarat b...

Semalam yang.............. fuhhh!

Semalam ( ' kelmarin ' kata orang Kedah ) dilalui dengan jadual yang agak ketat. Baik di sekolah mahupun di rumah. Kekadang rumah juga adalah sebahagian dari pejabat saya. Bunyi saja loceng bermula persekolahan, saya sudah berkira-kira untuk menyiapkan semua perkara yang dirancang. Namun, perhimpunan rasmi pagi itu telah berlanjutan hingga 'merampas' waktu saya yang sepatutnya berada dalam kelas. Agak malang, kelas itu sering menjadi mangsa keghairahan beberapa orang guru melepaskan leteran pada murid mereka yang tak mampu melawan hingga menyebabkan perhimpunan yang sepatutnya berlangsung dalam masa 30 minit sahaja berlarutan sehingga satu jam. Nasihat......lah kononnya. Wahai teman-teman guruku, berpada-padalah dalam memberi nasihat. Jangan sampai nanti murid pulak naik meluat. Kamu dah 'kebas' masa berharga mereka dalam kelas. Lebih malang lagi, kelas yang saya dah terlepas itu adalah kelas yang berada dalam kedudukan terakhir antara kelas-kelas tahun 6. Kasih...
Ini dia! Penyeri hidup saya. Gelak, tangis, tawa riang memenuhi ruang. Tidak pernah sunyi, tidak pernah lengang. Suara mereka sering berkumandang. Kekadang seronok, kekadang bengang. Kalau tak sabar, dah tentu kena lempang. Mana tidaknya, perkara kecil dibuatnya jadi lintang pukang. Bergaduh sikit-sikit, buku dan beg yang terbang melayang. Tapi sayang tetap sayang. Doa dari abah agar semua beroleh kejayaan di masa hadapan . he.....he....

Takziah

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiu'n. Saya ingin turut serta merakamkan ucapan takziah di atas pulangnya ke rahmatullah allahyarham Dato' Ishak Baharum bekas Mufti Selangor kepada ahli keluarga allahyarham, rakan-rakan seperjuangannya dan tidak lupa kepada semua pejuang-pejuan Islam dan kebenaran. Walaupun jasadnya telah tiada, namun semangat, kesungguhan, kegigihan dan keberaniannya dalam menzahirkan kebenaran akan terus bersemarak dan akan diteruskan oleh pewaris-pewaris yang inginkan keadilan Islam tertegak di atas muka bumi Allah ini. Mengingati allahyarham membawa saya mengimbau kenangan mengikuti kuliah yang disampaikannya di Kompleks Pas Kedah Batu 9, Jalan Alor Setar-Sunagi Petani kira-kira empat tahun yang lalu. Pertama kali mendengar kuliahnya bagaikan tidak percaya, beliau dipecat dari jawatannya sebagai mufti. Nada suaranya begitu tenang. Lembut dan berhikmah. Tidak ada kata-kata cercaan dan makian hatta kepada pihak yang pernah memecatnya dahulu. Selepas itu pul...