Langkau ke kandungan utama

Pagi, Petang dan Malam

Alhamdulillah. Semua kertas ujian murid-murid saya telah selesai disemak. Markah mereka dah dimasukkan ke dalam buku ringkasan mengajar saya. Walaubagaimanapun, masih ada dua orang murid yang tidak hadir ketika ujian diadakan tempoh hari. Saya memutuskan untuk membenarkan mereka mengambil ujian tersebut pada hari Isnin nanti. Beri peluang. Kalau hari Isnin pun tak hadir juga, habislah. Sementara itu saya belum boleh memasukkan peratus dan purata gred mata pelajaran sebagai rumusan pencapaian mereka.

Apa program malam ni? Entahlah. Petang tadi temankan MEM ke shopping centre (rahsia). "Nak beli beg tangan", katanya. Sampai saja di sana masya Allah, ramainya orang. Saya dah naik rimas. Macam-macam rupa dan kelakuan manusia di depan saya. Tak nak tengok, tak boleh. Depan mata. Terpaksa tengok? Tak juga. Serba salah. Melayu, Cina, India, Muslim atau bukan Muslim tidak dapat dibezakan. Dedah? Terdedah? Sengaja dedah? Fenomena biasa zaman sekarang, kata sebahagian orang. Namun masih belum terlambat untuk dibaiki. Nampaknya saya dan MEM tak lama disitu. Hanya sempat belikan ais krim untuk anak kami. Lepas makan, tengok-tengok beg tangan. Kemudian "jom balik", ajaknya. Balik lah kami. Beli ais krim saja.

Malam ini saya bercadang nak membaca buku yang baru saya beli bertajuk "Turki Negara Dua Wajah: Pengkhianatan Atarturk Terhadap Dunia Islam". Tengoklah nanti kalau saya ada kemampuan mengulas, saya akan mengulas dalam entri-entri akan datang. Bukan berjanji tapi KALAU. Jam sekarang sudah 10.30 malam. Masih sempat baca atau tidak.

Cukuplah dulu. Sebenarnya saya sedang terkenang sesuatu. Zaman persekolahan dulu. Rasa nak tulis tapi ............. Lain kali sajalah. he....he....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...