Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Final bola 2011-Persamaan Terengganu dan Kelantan

Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia 2011. Terengganu kempunan untuk muncul juara berganda. Selepas mendahului 1–0, mereka menghadiahkan dua gol kepada pasukan lawan. Jika diperhatikan seolah-olah ada persamaan pada nasib yang menimpa Kelantan dan Terengganu dalam kedua-dua perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia tahun ini. Persamaan pertama, kedua-duanya adalah pasukan yang kalah dalam perlawanan akhir. Persamaan kedua, sebelum kalah mereka mendahului lawan dengan satu jaringan. Persamaan ketiga, jaringan penyamaan lawan menjadi ‘ turning point’ yang membawa kepada kekalahan dan lebih malang ia berpunca dari kesilapan sendiri. Persamaan ketiga, gola kedua lawan merupakan gol pemusnah. Dan persamaan keempat, Kelantan dan Terengganu kalah dengan jaringan 1-2.