Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Aib dia

Ada orang cerita, Datuk Seri Najib ada sejarah hitam di Port Dickson. Ketika itu dia belum jadi Perdana Menteri. Sejarah apa, tak pula diceritanya sampai habis. Bagus juga, cerita aib orang ni tak payahlah kita hebohkan. Nanti Allah buka pula aib kita. Nabi s.a.w. bersabda: " Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat ". (Riwayat Muslim). Jadi, kepada sesiapa yang nak buka semula cerita lama itu, baik lupakan saja.

Haru

Pagi tadi saya menghadiri taklimat pendaftaran calon UPSR 2010. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum, pendaftaran untuk tahun hadapan(2010) dibuat awal. Terlalu awal! Seperkara lagi, buat pertama kalinya calon UPSR tahun 2010 juga didaftarkan secara atas talian atau online . Bunyinya memanglah canggih. Tetapi selepas beberapa kali cuba mendaftar, paparan yang diterima 'masalah teknikal'. Rupanya semua yang terlibat menghadapi masalah yang sama. Nampaknya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia kena pastikan server benar-benar dikemaskinikan atau ditambah. Maklumlah semua negeri nak guna sistem ini. Bukan Kedah saja. Tambahan lagi datelinenya juga dah semakin hampir iaitu pada 30hb. September ini. Tinggal 4 hari saja lagi. Itu satu lagi haru biru. Dah sampai garisan penamat baru panggil kami untuk taklimat.

Kerana nak cepat

Di jalan raya, semua orang nak cepat. Kerana nak cepat, memandu melebihi had laju. Kerana nak cepat, langgar lampu isyarat merah. Kerana nak cepat, potong barisan. Kerana nak cepat, potong ikut laluan kiri. Kerana nak cepat, potong pada garisan dua. Kerana nak cepat, potong dengan cara membahayakan pemandu lain. Kerana nak cepat, sanggup masuk laluan yang salah. Kerana nak cepat, berhenti kereta atas garisan kuning. Sesekali fikir, orang-orang ni bukan kerana nak cepat tapi kerana GOPOH DAN BODOH.

Suatu hari di hari raya

Hari Ahad 1 Syawal, 1430 Hijrah bersamaan 20 September 2009. 5.30 am : Bangun tidur langsung ke bilik air. Rutin bangun pagi sepanjang Ramadan diteruskan pada pagi Syawal. Mandi sunat 'Idul Fitri dan berwuduk. Selesai mandi, masih sempat lagi untuk solat sunat witir. Satu lagi rutin Ramadan yang jangan ditinggalkan mengejut. 5.52 am : Azan subuh. Solat sunat qabliyyah subuh di rumah mengikut sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam . Selesai solat langsung ke surau al-Muhtadin. Tiba di surau, hati berasa sayu teringatkan kenangan manis sepanjang Ramadan. Solat subuh berjamaah berimamkan Tn. Hj. Abu Bakar, Penasihat Surau al-Muhtadin. Selesai solat diajaknya kami bertakbir raya sampai jam tujuh pagi. 7.30 am : Bersarapan di rumah. 8.00 am : Bawa isteri dan anak-anak ke rumah ayahanda dan bonda. 8.30 am : Bergerak ke surau al-Muhtadin untuk solat sunat 'Idul Fitri. 8.45 am : Solat sunat 'Idul Fitri bermula diikuti khutbah. Tahun ini kena giliran membaca khutbah. Antara l...

Ziarah di hujung Ramadan

Ziarah di hujung Ramadan. Menyelami jerih perih insan-insan yang diuji Rabbnya. Ziarah yang membangkitkan keinsafan. Berkongsi derita saudara seagama. Mensyukuri nikmat yang dikurnia Allah dan menyedari bahawa dalam nikmat tersebut juga terselit hak-hak saudara yang lain. Justeru nikmat yang diperolehi wajar dikongsi bersama. Bukan sekadar tanda bersyukur bahkan mencambahkan perasaan kasih sayang sesama umat seperti yang diperintah agama. Firman Allah dalam surah al-Hujurat pada ayat ke-10 yang bermaksud, " sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka bersikap baiklah sesama saudara kamu........... ". Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, " tidak beriman sesiapapun di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya seumpama dia mengasihi dirinya sendiri ." Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan hamba-hambaNYA yang dikurniakan nikmat berganda-ganda. Pada harta kalian ada hak mereka yang memerlukan. Selami kisah keluarga di at...

Iktikaf dan solat malam

Kata nak berqiamullail selepas terawih. Tapi dah buat solat witir. Dari tuan imam, pengerusi surau dan para jamaah dah pun bersolat witir. Kalau ikut apa yang Baginda Rasulullah sabdakan witir itu penutup bagi solat sunat dan hanya satu witir sahaja untuk satu malam. Bukan macam sesetengah ustaz kata yang witir boleh tutup dan buka semula. Mungkin itu sebabnya mereka ini tak kisah solat witir awal-awal, nanti boleh buka semula kut? Aduh, manusia sekarang bukan setakat kereta, motor, mesin yang nak di' modify' , ibadah pun nak 'modify' juga. Sepatutnya tuan imam boleh umumkan penangguhan solat witir manakala bagi yang tidak berhajat untuk mengikuti qiamullaill bolehlah meneruskan solat witir sama ada di masjid atau di rumah masing-masing. Seperkara lagi dalam bab qiamullail, Nabi tak pernah pula adakan majlis solat malam secara berjamaah. Memang Nabi mengutamakan iktikaf di masjid dan solat malam terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan dan menganjurkan para sahabat ...

Khatam

Alhamdulillah, semalam teman-teman peserta tadarus al-Quran surau al-Muhtadin telah mengkhatamkan bacaan mereka. Ada tanda-tanda kepuasan pada wajah masing-masing dengan kejayaan tersebut. Keberanian dan istiqamah yang menunjangi kesungguhan sepanjang bertadarus sekaligus menenggelamkan rasa malu dan takut walaupun dengan bacaan yang tersekat-sekat dan kerap pula ditegur. Dengan segala kesusahan dan kepayahan mengharungi tadarus saban malam, rasa gembira dan puas adalah suatu yang sangat wajar. Semangat itu bakal dibawa ke Ramadan hadapan andai dipanjangkan umur. Amin.

Pengisian Ramadan ini

Biasanya selepas bertadarus, saya dan rakan-rakan tidak langsung pulang. Sebaliknya kami duduk dahulu sambil minum dan bersembang apa saja topik bermula dari hal-hal berkaitan al-quran seperti tajwid dan tafsir sehingggalah isu-isu kemasyarakatan dan negara. Paling awal pun jam 12.30 am, baru mula bersurai. " Kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas, kalau tidak bertadarus apa yang kita buat selepas solat terawih? " Soal saya sebagai pembuka tajuk. " Kalau saya, balik terus buka tv sementara menanti mata mengantuk." Kata seorang teman. " Saya pula, balik buka tv kalau-kalau ada siaran langsung EPL." Kata yang lain pula. Kesimpulannya, masing-masing jujur mengakui tanpa tadarus masa terbiar begitu saja. Tiada aktiviti yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan selain berpuasa pada siang hari dan terhenti setakat solat terawih dan moreh sahaja. Berada dalam bulan Ramadan sama seperti berada dalam bulan-bulan lain. Apa kelainannya? surau al-Muhtadin Jln Ken...

Kalau sudah kehendakNYA

Sejak Pilihanraya Umum Ke-12(PRU-12) dan rentetan pilihanraya kecil(PRK) yang menyusul, PRK bukanlah sesuatu yang digemari oleh UMNO&BN. Dengar kalimah pilihanraya saja cukup membuatkan setiap pemimpin sampai ahli paling bawah menggeletar seluruh badan. Sedaya upaya mereka akan cuba menggagalkan sebarang cubaan mengosongkan kerusi walaupun terpaksa membelakangkan peraturan atau undang-undang. Maka dipergunakanlah kepakaran sahabat baik mereka, siapa lagi kalau bukan SPR, mentafsir undang-undang dan peraturan sesuka hati. Asalkan pilihanraya tidak diadakan, SPR siap ikut telunjuk(jadi 'pencacai') boss besar mereka. Lalu berlakulah seperti yang berlaku di Perak yang melibatkan tiga ADUN yang melompat parti dan terbaru di DUN Kota Siputeh, Kedah. Namun kehendak Allah pasti berlaku. Siapa pun tiada kuasa menghalangiNYA. Takdir Allah menjemput pulang ke rahmatullah ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Nor. Terlebih dahulu takziah kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan para penyokong All...