Ziarah di hujung Ramadan. Menyelami jerih perih insan-insan yang diuji Rabbnya. Ziarah yang membangkitkan keinsafan. Berkongsi derita saudara seagama. Mensyukuri nikmat yang dikurnia Allah dan menyedari bahawa dalam nikmat tersebut juga terselit hak-hak saudara yang lain. Justeru nikmat yang diperolehi wajar dikongsi bersama. Bukan sekadar tanda bersyukur bahkan mencambahkan perasaan kasih sayang sesama umat seperti yang diperintah agama. Firman Allah dalam surah al-Hujurat pada ayat ke-10 yang bermaksud, "sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka bersikap baiklah sesama saudara kamu...........". Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "tidak beriman sesiapapun di kalangan kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya seumpama dia mengasihi dirinya sendiri."
Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan hamba-hambaNYA yang dikurniakan nikmat berganda-ganda. Pada harta kalian ada hak mereka yang memerlukan.
Selami kisah keluarga di atas di sini.
Sesungguhnya Allah sedang berbicara dengan hamba-hambaNYA yang dikurniakan nikmat berganda-ganda. Pada harta kalian ada hak mereka yang memerlukan.
Selami kisah keluarga di atas di sini.
Ulasan