Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Jangan berkopiah atau berserban kalau ………..

Berkopiah atau berserban ketika memandu(kereta) bukanlah satu kesalahan. Dan tidak juga satu larangan. Cuma, kepada si pemakainya kena beringatlah sama. Awak berkopiah atau berserban bermakna awak membawa imej orang yang bergama. Maka, sepatutnya awak jaga imej agama itu. Jagalah adab dan sopan awak ketika menggunakan jalan raya. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memandu lebih dari had laju yang ditetapkan. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memotong kenderaan lain di garisan lurus. Janganlah berkopiah atau berserban kalau memotong sebelah kiri. Janganlah berkopiah atau berserban kalau menunjukkan isyarat kurang sopan pada pemandu lain. Janganlah berkopiah atau berserban kalau membuang puting rokok ke luar kenderaan. Buang dalam kenderaan sendiri atau telan saja . Pendek kata, janganlah berkopiah atau berserban kalau berkelakuan tak senonoh di jalan raya atau di mana-mana. Nanti dituduh, orang beragama buruk berakhlak. Islam juga yang dapat nama buruk.

Kritikan

Kritikan merupakan satu perkara biasa dalam kehidupan. Selagi bernama manusia kita tidak akan terlepas dari dikritik dari setiap tindakan yang dilakukan. Kita biasa mendengar cerita yang kononnya dinisbahkan kepada Luqman al-Hakim. Beliau yang menunggang keldai dikritik kerana membiarkan anaknya berjalan kaki. Lalu anaknya pula menunggang keldai, dikritik juga kerana si ayah dibiar berjalan kaki. Lalu kedua-duanya naik di atas keldai, dikritik juga kerana menyiksa haiwan. Kadua-duanya turun dan berjalan, dikritik juga kerana ada keldai tapi dibiarkan tanpa ditunggang. Pendek kata, kita sukar menutup mulut semua orang untuk menerima saja tindakan yang kita lakukan. Ketika ada pihak yang bersetuju, tetap akan ada pihak yang menentang. Ketika ada pihak yang melihat setiap tindakan yang kita ambil itu satu kebaikan, akan tetap ada pihak yang melihat tindakan tersebut akan membawa kecelakaan. Namun untuk terus melabelkan pihak yang tidak bersetuju itu sebagai penentang dan berhati busuk ad

Sawadika Hat Yai II

  Hari kedua di Hat Yai. Jam 5.00 pagi waktu tempatan saya bangun dan menjenguk keluar tingkap. Pada perkiraan saya, subuh sudah melewati waktunya. Usai bersolat subuh, saya bersenam ringan sebelum mandi dan mengajak isteri keluar mencari sarapan. Kira-kira Jam 7.00 pagi waktu tempatan saya dan isteri sudah berada di luar hotel. Matahari sudah meninggi. Jalan raya kelihatan sangat lengang jauh bezanya dengan suasana malam tadi. Kalau saya berdiri di tengah-tengah jalan pun tiada bahayanya. Jujurnya saya tidak tahu arah mana untuk mencari kedai yang menjual makanan halal. Tiba di satu simpang yang jaraknya kira-kira 50 meter dari hotel saya terpandang kedai 7 eleven. Meyakini logo halal yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Songkhla, kami bersarapan dengan seorang sekotak milo dan susu soya berperisa coklat serta beberapa keping roti. Jam 9 pagi waktu tempatan, semua ahli rombongan sudah selesai ‘ check out ’ dan menunggu bas untuk meneruskan perjalanan. Sambil itu kami meng

Sawadika Hat Yai

Buat pertama kali dalam hidup saya setelah umur berada di angka 40, saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara orang. Biarpun sekadar negara jiran, ia tetap menjadi kenangan paling bermakna buat seseorang yang layak digelar seperti katak di bawah tempurung. Ia bukan sekadar pengalaman melihat negeri orang bahkan seribu pengalaman terutamanya menempuh kesukaran mencari kedai makan halal dan masjid untuk bersolat adalah yang paling mahal. Sungguh selama ini hal itu tidak pernah terbayang dalam kotak fikiran. 16hb. September, itulah tarikhnya. Bukan bermakna tiada semngat patriotik sehingga begitu mudah meninggalkan negara sendiri ketika rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia. Sebaliknya tarikh tersebut dipilih kerana cuti yang berturut-turut selama tiga hari memberi peluang untuk merancang perjalanan pergi dan pulang dengan selesa.   Begitupun saya tidak berseorangan. Bersama-sama saya selain isteri juga rakan-rakan dari Kelab Guru dan Staf sek

Calon diri sendiri

Seingat saya sepanjang menjadi AJK Cawangan PAS Batu 2 dan pernah berada dalam saf kepimpinan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani, tidak pernah saya dan ahli-ahli diberi peluang memilih calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya. Justeru semalam bolehlah saya anggap sebagai satu sejarah apabila wakil-wakil dari setiap cawangan dipanggil untuk memilih sendiri calon yang disukai mereka bagi mewakili parti dalam PRU akan datang. Sebelum ini ahli-ahli sering diingatkan tentang konsep wala’ kepada pimpinan dengan menerima sesiapa saja yang ditetapkan sebagai calon dan bekerja untuk kemenangan calon tersebut yang bermakna kemenangan kepada parti. Mungkin kali ini parti merasakan terlalu ramai ahli yang layak untuk menjadi calon lalu diserahkan urusan memilih kepada ahli bagi menentukan siapa yang paling disukai ahli. Saya turut menjadi sebahagian daripada proses tersebut. Sebagai setiausaha kepada cawangan yang berada dalam DUN Sidam, saya sepatutnya mencadangkan calon bagi DUN Sidam.