Dia kena lagi. Kena tuduh lagi. Liwat! Liwat! Liwat! Tuduhan yang sama dari orang yang dikatakan rapat dengan dia juga. Pembantu khas, khabarnya. Mengulangi episod luka lama. Terserah kepada kita. Mahu percaya atau tidak. Tapi bagi orang beriman, tindakan yang diambil wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Bagi dakwaan yang melibatkan salah laku seks sama ada zina atau liwat, al-Quran, as-Sunnah dan kaedah fiqh telah menetapkan supaya pendakwa hendaklah membawa empat orang saksi yang adil dan melihat sendiri pelakuan zina atau liwat seperti yang didakwa. Lainlah kalau orang yang tidak beriman. Mereka boleh ambil sikap apa saja. Percaya atau tidak, boleh saja bergantung kepada naluri mereka atau siapa yang menuduh atau siapa yang kena tuduh. Apatah lagi yang dituduh itu merupakan lawan yang mengancam kedudukan mereka. Sikap saya dalam hal ini sangat jelas. Percaya atau tidak, bergantung kepada sejauh mana proses pengadilannya menurut kehendak Islam. Bukan kerana orang yang dituduh i...