Langkau ke kandungan utama

Berlembutlah dalam penyampaian

Masih terdapat segelintir rakan-rakan ustaz yang masih mencampur adukkan ketegasan dalam memperjuangkan kebenaran dengan kekasaran di dalam menerapkan metode dakwah mereka. Sedangkan metode keras itu akan menyebabkan si penerima dakwah atau nasihat menolak dan mengabaikannya. Para sahabat pernah mengatakan, "barangsiapa memerintahkan kebaikan, maka haruslah dengan cara yang baik pula."

Sesiapa sahaja yang memerhatikan dialog antara Nabi Musa 'alaihissalam dengan Firaun sebagaimana yang ditunjuki dalam al Quran nescaya akan menyaksikan betapa Nabi Musa benar-benar menjaga perilaku yang ditetapkan Allah azzawajalla kepadanya. Firman Allah, " Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun 'alaihimassalam) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thaha: 43-44)

Allah Subhanahu wa ta'ala memerintahkan kepada Nabi Musa dan saudaranya Nabi Harun agar dakwah mereka kepada Firaun dijalankan dengan kelembutan. Menggunakan ungkapan-ungkapan yang menyenangkan dan mencerminkan kasih sayang.

Dalam hal ini, Nabi Musa benar-benar menjalankan perintah Allah dengan ketaatan meskipun Baginda berhadapan dengan berbagai tekanan, ancaman, tuduhan dan serangan daripada Firaun.

Formula dakwah yang bijaksana adalah menyampaikannya secara yang dapat meyakinkan melalui ucapan yang lemah lembut dan ungkapan kasih sayang terhadap sesama muslim dengan tidak mengabaikan kualiti dakwah yang disampaikannya itu.

"Sesungguhnya kelembutan itu tidak terdapat pada sesuatu kecuali sebagai penghiasnya dan tidak pula terlepas dari sesuatu kecuali meninggalkan 'aib padanya." (Riwayat Muslim)

"Disampaikan oleh Jarir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa tidak memperolehi kelembutan, dia tidak memperolehi seluruh kebaikan." (Riwayat Muslim)

Semoga rakan-rakan yang masih mengekalkan imej keras dapat berubah dengan kembali kepada metode berlembut dan penyampaian yang mesra. Mesra mad'u.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...