Lama juga tidak menulis. Gara-gara kabel dicuri orang. Sehingga hari ini, tiada tindakan yang diambil oleh pihak telekom Malaysia. Beberapa laporan telah dibuat oleh jiran-jiran saya. Takkan nak guna kuasa EXCO pula kut? Cuma dalam hal ini, bagi saya yang menjadi penyokong sejati pakatan PAS, PKR dan DAP, seboleh-bolehnya saya akan menjaga imej pakatan ini terutamanya wakil rakyat mereka supaya tidak dibenci orang. Saya takut, jika perkara ini menjadi tekanan wakil rakyat, mereka pula akan menekan pihak TM. Nanti jadi modal pihak lain membangkitkan kebencian ke atas pakatan. Mohon dilindungi Allah. Hari ini saya melawat kedua ibu bapa saya. Kesempatan ini saya ambil untuk melayari internet lantas melepaskan gian saya untuk menulis. Banyak perkara yang bermain di kepala saya selama ini. Malangnya tiada tempat untuk dihamburkan. Setiap isu yang saya ikuti pasti ada jawapannya. Cuma ia berlegar-legar dalam benak fikiran saya. Kurang sesuai untuk saya kupas di sini kerana dah 'expired...