Langkau ke kandungan utama

Keputusan Rakyat

Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) telah berakhir. Keputusannya telah diketahui umum. Semua akhbar nasional pada Isnin 10 Mac telah memuatkan keputusan penuh PRU 12. Rakyat telah membuat keputusan mereka. Siapa yang mereka pilih adalah kehendak mereka. Keputusan yang dicapai adalah keputusan rakyat. Sesiapa saja yang dipilih adalah menjadi harapan rakyat untuk membawa suara mereka. Sudah tentu rakyat mengharapkan yang terbaik dari wakil yang mereka pilih. Soal kemampuan seseorang wakil rakyat itu menunaikan kehendak rakyat yang diwakilinya mungkin hanya sebahagian sahaja yang dapat memahaminya. Maka jalan terbaiknya, setiap wakil yang terpilih hendaklah sedia bersemuka untuk memberi penjelasan. Teruskan program-program bersama rakyat, mendekati rakyat, mendengar masalah rakyat seperti yang dilakukan semasa berkempen tempoh hari.

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal bersedialah untuk menerima keputusan di samping bermuhasabah dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Bersatulah semula untuk kebaikan bersama. Siapa saja yang menang atau kalah tidak lagi penting. Tumpuan sekarang kepada soal rakyat dan negara. Semua pihak sewajarnya diberi ruang untuk berperanan dalam usaha memajukan negara. Kita ibarat saudara. Air dicencang tidak akan putus. Kalau itulah falsafah kita dalam berpolitik maka tidak ada lagi maki hamun, kata-kata kesat, umpat keji, fitnah dan sebagainya. Sebaliknya diganti dengan pendekatan tegur menegur, memberi dan menerima cadangan yang baik tanpa mengambil kira pihak yang mencadangkannya, mengenepikan soal parti yang diwakili ketika membincangkan masalah rakyat dan yang paling penting keikhlasan. Kepada yang beragama Islam, kita diikat dengan akidah. Kita juga wajib percaya akan balasan yang bakal diterima dengan amanah yang kita pikul. Siapa saja kita, orang PAS, orang UMNO, orang PKR atau orang DAP sekalipun asalkan muslim kita diajar dengan keyakinan semuanya akan kembali menemui Allah.

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, semoga kamu mendapat rahmat." (al Hujurat ayat 10)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...