Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Maaf

Telah berlaku satu persengketaan dalam sebuah keluarga. Si kakak sangat marahkan adik lelakinya sampai tidak mahu lagi bertegur sapa. Menurut si kakak yang dipanggil Uteh, adiknya sudah kerapkali menyakit hatinya sedangkan adiknya itu yang paling disayangi. Kemuncaknya pada hari raya lepas apabila si adik mengulangi kesilapan lalu dan keduanya mula berpatah arang. Namun si adik segera menyedari kesilapannya dan mahu meminta maaf. Sebaliknya Kak Uteh semacam tidak dapat memaafkan adiknya lagi. Si adik menemui jalan dengan menggunakan orang tengah. Melalui orang tengah keduanya dipertemukan. Dengan suara penuh merayu dan air mata yang mengalir si adik bersungguh-sungguh memohon keampunan dari kakaknya. Tanpa segan silu lagi si adik meluahkan perasaan rindunya selepas sekian lama tidak bertemu gara-gara sengketa yang lama tercetus. Kak Uteh terkesan jua pabila mendengar sendu adik kesayangannya. Kak Uteh sedia memaafkan adiknya namun bertegas agar ini adalah yang terakhir. " Kalau ka

Serabut pula

Saya baru pulang dari kuliah oleh Ybhg Ustaz Abdul Halim b Hassan di Kuarters Guru Sri Serdang, Kepala Batas. Singgah sebentar di gerai minuman milik seorang rakan. Sebaik memesan minuman dan kueytiaw kerang, mata terpandang skrin tv yang menyiarkan berita kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Kembalinya seorang lagi hamba yang banyak berjasa kepada negaranya menghadap Yang Maha Mencipta. Tiba-tiba hati dan perasaan jadi tak menentu. Jiwa menjadi resah. Ia petanda akan berlakunya satu lagi pilihanraya kecil. Bererti juga akan tercetus satu lagi episod perang mulut, perang poster dan lain-lain yang pastinya melarat kepada segala macam kata berupa kutukan, hinaan, cercaan dan fitnah. Ketika negara belum reda dengan cerita lompat si katak lompat, apa pula cerita kotor lagi meloyakan yang akan dihidangkan kepada rakyat selepas ini?

Denda

Pagi tadi saya telah mendenda seorang murid Tahun 4. Kesannya murid tersebut telah menangis di hadapan saya. Saya terkejut juga kerana denda yang saya kenakan bukannya berat sangat. Ceritanya begini. Sedang saya mengajar, salah seorang murid begitu asyik bermain-main dengan getah. Sambil memberi penerangan mata saya memerhatikan gelagatnya. Mulanya saya biarkan dia sementara dia langsung tidak menghiraukan apatah lagi menumpukan kepada topik yang sedang saya ajar. Kemudian saya memanggil murid tersebut dan 'merampas' getah dari tangannya. Lalu saya arahkan dia supaya menyelesaikan masalah di papan tulis bersama dengan amaran akan didenda jika dia gagal memberi jawapan yang memuaskan. Tergagap-gagap dia memberi jawapan manakala jawapan yang diberi pula tidak tepat. Seperti yang dijanjikan, dia pun didenda. Dendanya ialah menggantung getah yang dirampas tadi di telinganya. Tidak sekadar itu, gambarnya pula diambil. Dengan nada serius yang dibuat-buat, saya beritahunya akan menyi

Berjabat tangan

Berjabat tangan sesama Muslim merupakan amalan yang disunnahkan. Bahkan perbuatan inilah yang selalu dilakukan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam saat bertemu dengan para sahabat radiallahu 'anhum ajma'ien . Selain sunnah, berjabat tangan atau bersalam-salaman ini boleh menghapuskan dosa kedua pihak yang beramal dengannya. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu 'alaihi wasallam , " Jika dua orang Muslim bersalaman, kedua tapak tangan mereka tidak berpisah, kecuali telah mendapatkan keampunan untuk keduanya ." ( Riwayat at-Thabarani ) Maka dengan itu walaupun sering dianggap remeh, amalan berjabat tangan hendaklah diberi keutamaan. Bukan hanya memperolehi pahala bersalaman malah dapat meraih juga kekuatan ukhwah. Adalah dianjurkan mendahului berjabat tangan dengan mengucapkan salam. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam , " Tidaklah bagi dua orang Muslim yang bertemu hingga salah satu dari mereka mengucapkan salam dan berjabat tangan, dan t

Berkelah lagi

Pada hari Rabu 17hb. Mac 2010, keluarga besar baba dan mama berkelah lagi. Seperti biasa, Bang Cag suami isteri yang tinggal di Shah Alam tidak ikut serta. Begitu juga Bang Cik dan Aisyah yang masing-masing sedang belajar di Damascus dan USIM. Baba pula yang baru digugur dari jawatan EXCO Kedah kelihatan ceria bersama anak cucu. Kata mama, awal-awal lagi dah pesan supaya baba tutup handphone nya supaya tidak diganggu sepanjang hari tersebut. Besar hikmahnya buat kami sekeluarga bila baba tidak lagi dilantik sebagai EXCO. Kalau dulu, anak cucu datang ziarah pun jarang dapat berjumpa. Bukit Hijau, destinasi pilihan " Tutup telefon ", mama dah bagi 'warning' Baba dengan hobi lamanya, tangkap ikan. Ramaikan? Kalau tengokkan makanan yang dibawa, cuba teka berapa orang semuanya . Bergilir-gilir melayan si kecil Penemuan menggemparkan Baba dengan hasil tangkapannya Makan tengahari Nak balik dah!! Jam 3 petang, kami pun balik. Ingatkan nak duduk sampai petang. Tak s

Rela jadi Wahabi

Ada sebuah surau. Letaknya dalam satu kawasan perumahan. Berhampirannya ada sebuah resort dan sebuah taman tema air. Setiap pagi Jumaat diadakan kuliah agama di surau tersebut. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk sekitar bandar SP. Tambahan lagi ustaz-ustaz yang didatangkan untuk mengisi slot bukan calang-calang ilmunya. Termasuk juga seorang Tuan Guru dari tanah seberang. Pada satu pagi, ketika sesi soal jawab, ustaz yang mengajar pada pagi tersebut telah disoal mengenai kedudukan doa qunut dalam solat Subuh. Persoalan yang dikemukakan seputar status hadis yang dijadikan dalil. Sama ada Nabi dan para sahabat ada membacanya. Sama ada kita patut membacanya atau meninggalkannya. Respon pertama yang keluar dari mulut ustaz yang ditanya, "amboi, soalan pun dah macam Wahabi." Sudah tentu disambut pula dengan derai tawa hadirin yang lain. Masya Allah! Tak sangka pula rendah sekali mentaliti ustaz ini. Saya tidak berapa kenal dia. Tapi kata orang dia

Jenama atau kandungan?

Artikel ini sangat menarik pada pandangan saya. Disalin dengan tajuk asalnya "Saya Sebuah Bangunan" dari laman web HafizFirdaus.com. Saya Sebuah Bangunan. Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Teringat zaman sekolah rendah dahulu di mana di antara bentuk karangan yang diajar dan ditugaskan ialah seseorang itu menulis seolah-olah dia sebuah objek atau haiwan. “Saya sebuah basikal”, “Saya sepasang kasut”, “Saya seekor kucing” dan sebagainya, lalu diceritakan kisahnya dari awal hingga akhir. Maka pada ruangan bulan ini saya ingin menulis seolah-olah saya sebuah bangunan, di pusat perniagaan Bukit Gajah. Saya siap dibina pada tahun 2008 dan merupakan salah satu di antara sederetan kedai di Pusat Perniagaan Bukit Gajah. Saya dibeli oleh seorang manusia bernama Encik Abdul Razak dan dia menyenaraikan saya sebagai salah satu unit kedai untuk disewa. Penyewa saya yang pertama ialah Puan Janet dan beliau menjadikan saya sebagai pusat belajar muzik. Ramai kanak-kanak

Potong

Kelmarin saya menghadiri satu taklimat di sebuah Pusat Kegiatan Guru(PKG). Taklimat dijadualkan bermula jam 2.00 petang. Saya sampai pada jam 2.15 petang setelah terlebih dahulu singgah untuk bersolat zohor di masjid berhampiran. Rupa-rupanya antara jam 2.00 hingga 2.30 petang adalah acara makan tengahari. Mujur juga ada jamuan tengahari kerana sebelah pagi saya hanya menjamah semangkuk laksa. Saya pun terus ke dewan makan. Ingatkan menu nasi, gulai ikan atau ayam, ikan goreng dan ulaman seperti kebiasaannya. Tetapi para peserta hanya dijamu nasi goreng dan telur goreng sahaja. Syukur juga. Semasa taklimat berlangsung kami diberitahu oleh pegawai yang mengendalikan kursus peruntukan untuk taklimat hari ini hanya RM4 per seorang. Hai, takkan sampai begitu tenatnya. Patutlah tempat yang dipilih pun macam ketuhar. Peserta seperti dibakar hingga peluh meleleh dari kepala sampai ke kaki. Memang terkesan sungguh dengan senario potong sana potong sini yang berlaku. Isteri saya pernah menghadi