Telah berlaku satu persengketaan dalam sebuah keluarga. Si kakak sangat marahkan adik lelakinya sampai tidak mahu lagi bertegur sapa. Menurut si kakak yang dipanggil Uteh, adiknya sudah kerapkali menyakit hatinya sedangkan adiknya itu yang paling disayangi. Kemuncaknya pada hari raya lepas apabila si adik mengulangi kesilapan lalu dan keduanya mula berpatah arang.
Namun si adik segera menyedari kesilapannya dan mahu meminta maaf. Sebaliknya Kak Uteh semacam tidak dapat memaafkan adiknya lagi. Si adik menemui jalan dengan menggunakan orang tengah. Melalui orang tengah keduanya dipertemukan. Dengan suara penuh merayu dan air mata yang mengalir si adik bersungguh-sungguh memohon keampunan dari kakaknya. Tanpa segan silu lagi si adik meluahkan perasaan rindunya selepas sekian lama tidak bertemu gara-gara sengketa yang lama tercetus.
Kak Uteh terkesan jua pabila mendengar sendu adik kesayangannya. Kak Uteh sedia memaafkan adiknya namun bertegas agar ini adalah yang terakhir. "Kalau kamu ulang lagi perbuatan kamu, Uteh tak akan maafkan kamu lagi sampai bila-bila", begitulah bunyinya amaran Kak Uteh diiringi dengan janji si adik untuk tidak mengulangi lagi kesilapannya.
Baik Kak Uteh mahupun adiknya, kedua-dua mereka berjiwa besar. Kesannya dua saudara yang terpisah selama beberapa bulan kembali bertaut jiwa dan perasaan.
Selesai mengikuti drama yang menyayatkan hati itu, fikiran kembali melayang mengingatkan pada amarah dan amaran si kakak. Tanpa menafikan adakalanya dihinggapi perasaan marah sedemikian sehingga sukar memberi maaf pada seseorang. Namun hati segera dikejutkan dengan sifat ar-Rahman, ar-Rahim dan al-Ghafur Allah 'azza wa jalla. Betapa hambaNYA yang kerap berdosa dan melanggar arahan tetap diberi keampunan. Kalaulah Allah bersikap seperti sebilangan manusia yang bakhil dengan maaf, alamatnya tak cium bau syurgalah kita semua.
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, "Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya: maka Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya: maka Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ulasan