Langkau ke kandungan utama

Rela jadi Wahabi

Ada sebuah surau. Letaknya dalam satu kawasan perumahan. Berhampirannya ada sebuah resort dan sebuah taman tema air. Setiap pagi Jumaat diadakan kuliah agama di surau tersebut. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk sekitar bandar SP. Tambahan lagi ustaz-ustaz yang didatangkan untuk mengisi slot bukan calang-calang ilmunya. Termasuk juga seorang Tuan Guru dari tanah seberang.

Pada satu pagi, ketika sesi soal jawab, ustaz yang mengajar pada pagi tersebut telah disoal mengenai kedudukan doa qunut dalam solat Subuh. Persoalan yang dikemukakan seputar status hadis yang dijadikan dalil. Sama ada Nabi dan para sahabat ada membacanya. Sama ada kita patut membacanya atau meninggalkannya.

Respon pertama yang keluar dari mulut ustaz yang ditanya, "amboi, soalan pun dah macam Wahabi." Sudah tentu disambut pula dengan derai tawa hadirin yang lain.

Masya Allah! Tak sangka pula rendah sekali mentaliti ustaz ini. Saya tidak berapa kenal dia. Tapi kata orang dia lulusan Al-Azhar. Kalaulah mencari kebenaran untuk memastikan sesuatu amalan itu sahih atau daif dianggap Wahabi, saya rela menjadi Wahabi. Rupa-rupanya Wahabi yang dianggap serong oleh sebahagian masyarakat, sebenarnya golongan yang suka kepada yang benar dan sahih. Kalau mengikut pandangan ustaz tadilah.

Berbalik kepada jawapan ustaz tadi. Selepas diterangkan kedudukan doa qunut serta status hadis berkaitan(hadis yang dijadikan sandaran berstatus daif kerana terdapat seorang rawi yang kurang dipercayai) maka dibuatnya kesimpulan, "Walaupun Nabi dan para sahabat Baginda tak membacanya tetapi oleh kerana kita bermazhab Syafi'e kenalah baca qunut sebab ikut Imam Syafi'e." Begitulah lebih kurang jawapan yang diberikan ustaz.

Kesimpulannya, ikut Imam Syafi'e lebih penting dari ikut Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Tapi bila datang Maulid, salawat bagai nak rak. Ceramah sampai timbul urat leher suruh orang ikut Nabi. Bila dah habis Maulid, ajak orang ikut Imam Syafi'e pula.

Itu pun kalau betul-betul ikut Imam Syafi'e. Beliau pun bukan orang sebarangan. Beliau digelar Naasir as-Sunnah atau Pembela Sunnah. Cuma beliau bukan maksum untuk tidak melakukan kesilapan. Tapi orang kita mengaku saja ikut Imam Syafi'e, tapi dalam banyak hal entah Md. Syafi'e pula yang mereka ikut.

Imam Syafi'e tidak mengajar lafaz Usolli sebelum sembahyang. Imam Syafi'e juga tidak pernah suruh zikir beramai-ramai selepas solat. Sebaliknya ustaz yang kata kena baca doa qunut dalam solat Subuh mengikut mazhab Syafie, dia ber'usolli' dan berzikir kuat. Hah, syafie mana ni???

Dalam Mazhab Syafi'e tidak ada tahlil, kenduri arwah, bacaan Quran untuk arwah, kenduri doa selamat, baca Yaasin malam Jumaat, baca Yaasin malam Nisfu Syaaban, bacaan berzanji, marhaban dan entah apa lagi karut marut yang dicipta atas nama agama. Habis tu, syafie mana pula yang ajar ni???

Guru Imam Syafi'e iaitu Imam Malik telah mengungkapkan satu kata-kata yang cukup mengesankan bagi mereka yang benar-benar mencintai Rasul dan berusaha memelihara kesucian ajaran Baginda, "perkara-perkara yang tidak menjadi agama(ibadah) pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak akan menjadi agama(ibadah) sampai hari Qiamat."

Sesungguhnya bagi setiap perkara yang berkaitan agama, kembalikan ia kepada yang berhak iaitu Allah dan Rasul-NYA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...