Langkau ke kandungan utama

Zikir selepas solat

Dari Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhu yang bermaksud,

"sesungguhnya menguatkan suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam"(riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Syafi'e mengulasnya dengan berkata yang maksudnya,

"pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah MEMPERLAHANKAN BACAAN ZIKIR itu. Melainkan jika imam mahu mengajar (bacaan-bacaan tersebut kepada makmum). Ketika itu bacaan zikir dikuatkan. Sehinggalah dilihat oleh imam akan makmum mampu mempelajari (zikir sepenuhnya). Selepas itu, dia(imam) hendaklah MEMPERLAHANKANNYA."

Imam Syafi'e menyambung ulasannya lagi dengan berkata yang bermaksud,

"Aku berpendapat Baginda menguatkan suara berzikir hanya untuk seketika. Agar orang ramai mempelajarinya daripada Baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang kami tulis bersama ini atau selainnya tidak menyebut selepas salam ada tahlil dan takbir. Kadangkala riwayat menyebut Baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadangkala Baginda terus bangun tanpa zikir. Ummu Salamah radiallahu 'anha pula menyebut bahawa Baginda duduk selepas solat tetapi tidak menyebut Baginda berzikir secara kuat. Aku berpendapat, BAGINDA TIDAK DUDUK MELAINKAN UNTUK BERZIKIR SECARA TIDAK TERANG(PERLAHAN).

Jika seseorang berkata, bagaimana? Aku katakan, seperti Baginda pernah solat di atas mimbar, Baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian Baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. (Sedangkan pada) kebanyakan umur Baginda, Baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat, Baginda mahu agar orang yang duduk jauh dan tidak dapat melihat Baginda, mengetahui cara berdiri(dalam solat), rukuk dan bangun(i'tidal). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua.


Aku suka sekiranya imam menyebut nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Ummu Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun sebelum itu atau duduk lebih lama di situ, tidak mengapa. Makmum boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi atau bersama imam, itu lebih aku sukai padanya."

Demikian pandangan Imam Syafi'e, imam bagi Mazhab Syafi'e yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia dalam kitabnya "Mausu'ah al-Imam as-Syafi'e: Al-Umm, jilid 1, m/s:353."

::Janganlah pula nanti ada orang tuduh Imam Syafi'e pun Wahabi juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...