Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Bermulanya kerja…..

Pejam celik dah nak masuk tahun baru. Maknanya dua tiga hari lagi sekolah buka. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam saya bersalam dengan murid-murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam sekolah rendah. Masih terbayang wajah-wajah yang menitiskan air mata memohon maaf atas kesilapan lalu di samping ucapan selamat tinggal. Rupa-rupanya ia berlaku kira-kira sebulan yang lalu. Hari ini saya melangkah ke sekolah memulakan tugas untuk tahun persekolahan 2011. Eh, dah mula bertugas? Ya, hari ini saya dan rakan-rakan memulakan sesi persekolahan dengan menghadiri mesyuarat guru kali pertama. Bermakna bermulalah tugasan untuk tahun 2011. Dalam mesyuarat, Guru Besar menyampaikan pesanan-pesanan dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan pegawai-pegawai lain. Pesanan-pesanan itu dia dapat ketika menghadiri taklimat-taklimat semasa cuti lepas. Dah namanya pesanan, bukan sekadar untuk didengar tetapi juga mesti disusuli dengan tindakan. Sese

Kalah dulu, menang kemudian

Tahniah! Malaysia muncul juara AFF Piala Suzuki 2010. Tahniah juga buat Indonesia yang mempertahankan rekod kemenangan bermain di tempat sendiri. Perlawanan malam ini sememangnya mendebarkan. Biarkan mereka yang layak membuat ulasan. Saya bukan ahlinya.   Cuma saya suka melihat kejayaan Malaysia malam ini seperti ada persamaan dengan kejayaan memenangi Pingat Emas Sukan Sea yang lalu. Dalam Sukan Sea, Malaysia kalah kepada Vietnam dalam peringkat kumpulan. Ketika final, Malaysia menang dengan jaringan 1-0. Skrip yang sama berulang kali ini. Dibelasah Indonesia 1-5 di peringkat kumpulan, kemudian menang bergaya dengan agregat 4-2. Wah, hebat! Lagak hero filem Hindi dulu-dulu. Kalah dulu, dekat-dekat nak habis baru menang.

Corat coret Perlawanan Akhir (Pertama) Piala Suzuki

Masuk campur Bukan niat nak masuk campur urusan negara jiran. Peduli apa kalau mereka nak ’import’ warga luar bermain bola untuk pasukan negara mereka. Bukan juga niat nak mempersoalkan berapakah harga yang dibayar untuk membawa seorang rakyat dari Urugay mendapat hak kerakyatan negara mereka. Bukan juga mahu mempertikaikan berapa jumlah gaji sebulan pemain itu. Masakan dia sanggup meninggalkan negara sendiri kalau pendapatannya menyamai seorang buruh binaan. Cuma sedikit rasa terkilan tatkala memikirkan nasib saudara seagama di negara Islam terbesar di dunia itu yang sering dirundung malang. Dengan masalah kemiskinan yang tidak berkesudahan, bencana alam pula datang bertimpa-timpa, bukankah lebih baik sumber yang ada digunakan mengatasi masalah-masalah tersebut. Apatah lagi dalam usaha membantu mangsa bencana alam, bantuan dari negara-negara luar sangat-sangat ditagih.  Memalukan Beberapa hari sebelum berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dan Indonesia, akhbar-akhbar di Indones

Ikut Perintah Allah dan Rasul

Sesi pengajaran dan pembelajaran kelas 5 Kenanga telah berakhir. Sementara waktu masih berbaki, seperti biasa Ustaz membuka sesi soal jawab. Murid boleh bertanya soalan atau mahu berbincang sesuatu isu. “Ustaz, mengapa ketika menguap kita disuruh tutup mulut?” Tanya Husin, murid yang duduk di barisan paling belakang. “Ha, soalan yang baik!” Begitulah Ustaz yang selalu memuji murid-muridnya bertujuan merangsang minat murid untuk mengambil bahagian secara aktif setiap kali kelas berlangsung.  “Sebelum Ustaz jawab, siapa dulu yang nak beri pendapat.” Sambung Ustaz lagi sekaligus membuka perbincangan. “Supaya lalat tak masuk dalam mulut”, kata Zaid lantas disambut gelak tawa rakan-rakannya yang lain. Ustaz turut ketawa walau ia hanyalah lawak bodoh budak-budak. “Takut nanti masuk angin”, kata pula Natasya. “Kalau masuk perut masuk angin, kembung satu badan”, sambungnya lagi. “Atuk saya kata, kita tutup mulut semasa menguap supaya syaitan tak masuk dalam badan kita. Kalau syaitan masu

Pencapaian Terbias

Mengapakah kita lihat ada orang yang suka berkawan dengan orang-orang yang ada kedudukan. Kemudian mereka suka menyebut nama kawan-kawan mereka. Mereka mencari peluang untuk menceritakan siapa yang mereka kenal, padahal dia sendiri bukanlah siapa sangat. Tapi dia suka bercerita siapa orang-orang besar yang dikenali. Ada masanya kita dengan bangga bercerita tentang peristiwa kita berjabat tangan dengan orang-orang ternama. Ini kerana kita hendak menceritakan kepada orang lain bahawa adanya perkaitan antara kita dengan orang-orang yang berjaya. Kita hendak ‘tumpang sekaki’ dengan kedudukan orang itu. Kejayaan orang lain boleh menjadi sumber estim-diri* kepada kita. Estim-diri jenis ini sentiasa positif. Apabila pasukan bola sepak negara berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Sea yang lalu, rakyat Malaysia turut berbangga dengan kejayaan itu. Estim-diri rakyat Malaysia turut meningkat. Sesetengah orang sangat suka bercerita mengenai kejayaan anak-anak mereka kepada orang lain. Mere

Dr. MAZA harap TG Nik Aziz kekal MB Kelantan

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13. “Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini ,” katanya. Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. “Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah. Beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh,” kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun . SUMBER :: Apa pula kata Ulama Muda UMNO?

Tiada nas larang non-Muslim jadi peguam syarie

*Pendedahan Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-92 yang membincangkan mengenai Peguam Syarie dari kalangan Non-Muslim. Saya ingin mengulas isu ini bagi memenuhi amanah ilmiah dan ketelusan dalam menjelaskan fakta sebenar yang saya ketahui. Ia bukan bertujuan subjudis, tetapi lebih kepada penjelasan fakta ilmiah dan keadaan yang berlaku yang saya turut hadir . Saya hadir Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini. Apa yang saya ketahui bukan semua ahli bersetuju untuk menyatakan secara tuntas agar non-Muslim dihalang daripada menjadi peguam syarie. Jelasnya, dakwaan bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan mencapai keputusan sebulat suara dalam hal ini adalah tidak berlaku sama sekali . Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang). Saya juga mahukan

Berkelah di Pulau Sayak bersama ADUN Pantai Merdeka

Adalah menjadi satu kebiasaan bagi pak-pak menteri, YB-YB, orang-orang besar negeri/negara membawa keluarga masing-masing makan angin di destinasi pelancongan ternama dalam atau luar negara. Berbeza dengan YB Pantai Merdeka yang lebih suka memilih untuk makan angin dalam kawasan sendiri. Baru-baru ini YB dah angkut anak menantu serta cucu-cucu berkelah dan bermalam di Pulau Sayak. Walaupun bajetnya sederhana, yang penting percutian ini mengeratkan persaudaraan kami anak beranak yang sibuk dengan urusan masing-masing. Bila masing-masing dah berkeluarga dan dapat peluang melakukan aktiviti-aktiviti yang jarang dilakukan bersama, memang seronok rasanya. Makan bersama, barbecue, mandi manda, kutip siput, melayan keletah si kecil, tidur dalam rumah yang sama , senda gurau dan banyak lagi. Tak dinafikan masing-masing ada masalah atau beban kerja. Lupalah sekejap segala masalah yang sedang ditanggung. Mungkin juga dapat cas semula bateri yang sudah ' kong '.

Azam

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, " Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain )." ( Dari Jabir bin Abdullah radiyallahu 'anhuma, diriwayatkan oleh Daruqutni dalam al-Afraad dan as-Suyuthi dalam al-Jami' as-Saghier bertaraf Hasan ). Kalau boleh dikatakan azam, inilah azam sempena datangnya 1432H. Ya, berazam untuk memberi manfaat kepada insan-insan terutamanya yang berada di sekililing saya sedaya mampu. Bermanfaat untuk keluarga. Ibu ayah, isteri dan anak-anak, adik-adik dan saudara mara yang lain. Bermanfaat kepada jiran-jiran. Bermanfaat kepada sahabat-sahabat jauh dan dekat. Bermanfaat kepada murid-murid dan bekas murid. Bermanfaat kepada manusia-manusia yang dikenali atau tidak dikenali. Menghulurkan bantuan, berkongsi pandangan, buah fikiran, ilmu serta pengalaman. Di rumah, di surau, sekolah, kawasan kejiranan, di jalan raya, di bandar, kompleks membeli belah, di mana-mana. Tak kira apa bentuk bantuan. Tenaga atau wan

Betik

Betik kaya dengan vitamin A(kulitnya) dan kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan kandungan seratnya juga tinggi. Betik juga sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. - rujukan Umum mengetahui betik bukan sahaja memberikan khasiat dan vitamin untuk tubuh badan malah pada rasanya yang enak. Bagi saya betik bukan saja sesuai dengan selera di mulut bahkan sesuai juga dengan sistem penghadaman. Walaupun musim durian, betik juga pilihan saya. Dan setiap kali saya makan betik, proses membuang air besar menjadi lebih lancar. ( Maaf kalau ada yang tak senang dengan frasa ini! ) Teringat saya ketika Ramadan 1430H yang lalu. Saya dan teman-teman, Cikgu Fuad, Pak Su Yazid, Bang Mat dan Fauzi berbuka puasa di

Secebis kisah Ali dan Mu'awiyah

Ketika memuncaknya pertikaian antara Ali bin Abu Talib radhiyallahu 'anhu selaku Khalifah dengan Mu'awiyah radhiyallahu 'anhu yang menjadi Penguasa di Syam, tampil seorang sahabat Nabi bernama Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu 'anhu untuk mendamaikan keduanya. Lalu berjumpalah Abu Umamah dengan Mu'awiyah dan berkata, " Mengapakah kamu menentang Ali? Adakah kamu merasakan kamu lebih baik dari Ali? Sedangkan dia lebih dahulu memeluk Islam dari kamu ." Jawab Mu'awiyah," والله هو خير وأفضل مني" ( Demi Allah, Ali lebih baik dan lebih afdal dari aku ) " Tetapi Uthman telah dibunuh dan aku adalah walinya. Andainya Ali menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, aku akan menjadi warga Syam pertama yang membai'ah Ali. " Sambung Mu'awiyah lagi. Abu Umamah kemudiannya menemui Ali dan mengajukan tuntutan Mu'awiyah agar Ali segera bertindak ke atas pembunuh Uthman radhiyallahu 'anhu . Namun kekacauan sudah sampai ke tahap maksima

Anwar berkhatan

Hari ini Anwar selamat berkhatan. Melihat kepada usianya yang hanya akan mencapai 8 tahun pada 8 Disember ini menyebabkan saya kurang yakin untuk menyunatkannya dalam usia yang saya fikir masih awal. Sebaliknya dia menunjukkan keyakinannya kepada saya dan emaknya. Saya dan isteri bersetuju untuk mendaftar. Buat awal-awal, lepas ni tak payah fikir lagi. Tak sangka pula dapat tarikh di awal cuti sekolah. Kalau sembuhnya awal, boleh juga saya bawa keluarga makan angin. Namun hati saya tetap bimbang kalau-kalau nanti dia buat hal. Saya pun minta tolong datuknya untuk menemani sewaktu dia dikhatankan. Mujur datuknya setuju walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ADUN. Baru semalam diberitakan seorang pemuda hilang dan dipercayai lemas di sebuah kawasan perkelahan yang terletak dalam DUN Pantai Merdeka. Dalam perjalanan pulang dari klinik tengahari tadi kami mendapat khabar mayat telah dijumpai dan solat jenazah dijadualkan selepas solat zohor. Esoknya pula dijemput menghadiri majlis khatan be

Zon selesa

Semalam saya menyampaikan kuliah di surau al-Muhtadin. Ia adalah kuliah ketiga dalam masa dua bulan. Sudah tentu ia bukan perkara yang mudah bagi saya kerana saya bukannya ahli dalam menyampaikan kuliah apatah lagi berceramah. Namun saya gagahkan juga menerima permintaan jamaah surau yang inginkan 'khidmat' saya. Saya sahut cabaran ini kerana ia adalah peluang untuk saya berkongsi sedikit pengetahuan yang ada pada saya selain peluang untuk berdakwah kepada jiran tetangga. Sekurang-kurangnya salah satu hak jiran telah tertunai. Manakala jadual yang diberi kepada saya adalah dua kali dalam sebulan. Setiap malam Isnin minggu ke-2 dan ke-4. Membaca tulisan Kapten Hafiz Firdaus dalam Majalah i keluaran November memberi sedikit impak terutamanya dalam menangani waktu senggang. Saya akui selama ini saya meletakkan diri saya dalam zon selesa. Tugasan saya berakhir sebaik kereta Toyota Avanza 1.3 manual bergerak meninggalkan pintu pagar SKTT. Setiba di rumah jadual saya hanya menonton

Biarlah.....

Praaapp, pap, pap! Dam, dum, dam, dum! Shhhhhh......... kabommmmm!!! Haa.... ini bukan situasi di Palestin, Iraq atau Afghanistan. Ini juga bukan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah. Ini sebenarnya keadaan yang berlaku di kawasan kejiranan saya(dan mungkin kawasan lain juga) kira-kira jam 12 tengah malam semalam. Ia sebenarnya bunyi mercun dari rumah-rumah jiran beragama Hindu yang meyambut Deepavali hari ini. Dan ini bukan pertama kali. Asal Deepavali beginilah keadaannya. Kuatnya bunyi bisa mengejutkan anak kecil, anak besar, bapa anak dan ibu anak sekaligus. Mahu ditegur, tak kena pula rasanya. Manakan tidak. Perangai orang kita pun semacam, kadang-kadang lagi teruk. Lihat saja ketika sambutan Aidil Fitri. Bukan setakat mercun, siap dengan meriam lagi. Bukan saja kuat, dah bergegar pun. Kalau begini keadaannya, patutkah saya tegur mereka? Nanti apa pula jawab mereka? Kita juga yang tanggung malu. Kita sendiri yang tak pernah tunjuk contoh yang baik kepada mereka.

Paul si Sotong mati

Sotong Kurita yang pernah menggemparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2010 telah dilaporkan mati. Menurut jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan sotong tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang bernama Paul itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman semasa umurnya dua setengah tahun. Tentu ramai yang masih ingat ramalan kekalahan Jerman kepada Serbia, kekalahan Argentina kepada Jerman dan akhirnya ramalan Sepanyol muncul juara. Ia bukan soal percaya kepada ramalan tetapi sekadar menambah kehangatan perbincangan para peminat bola sepak. Kalau ada yang percaya juga, lantak dialah ! Namun, Paul si sotong telah meninggalkan sejarahnya tersendiri. Tentunya namanya akan kembali disebut dalam kempen Piala Dunia 2014 nanti sebagai ahli nujum bolasepak yang paling berjaya. He.. he.. Tugas terakhir Paul. Boleh percaya ke....???

Memori Itu: Maktab Mahmud '83-91'

Oh temanku, masihkah kau ingat, susah senang harungi bersama, pahit manis kita rasainya, demi harapan kedua ibu bapa. Senda gurau, senyum tangis sendu, masih lagi kekal di ingatan, rindu hati ingin bersemuka, setelah kita berpisah sekian lama. Ku panjatkan doa, agar dipertemukan, kerana kudratMu, tiada batasan. Bertemu berpisah, hanya kerana Allah, ukhuwwah yang terbina, anugerah dari-NYA.

Hadapi musibah dengan doa dan istighfar

Tidaklah dinamakan manusia jika bebas dari masalah. Sedang masalah itu merupakan ujian dari Allah yang dijanjikan ketinggian martabat buat mereka yang berjaya mengharunginya dengan kesabaran. Sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan amalan para hamba-NYA. Firman Allah yang bermaksud " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang se mpurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. " (al-Baqarah: ayat 156-157) Namun dalam usaha mengharungi ujian, insan adakalanya hilang arah. Rasa sabar yang tergugat malah berani pula mempertikaikan qada' dan qadar Allah, menjadikan insan itu semakin jauh dengan Allah. Maka kemuliaan yang

Mana program parti kerajaan?

Malam ini saya teman-teman AJK surau al-Muhtadin bermesyuarat bersama wakil Penyelaras Parlimen Merbok. Di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan akan melantik wakilnya dari BN sebagai penyelaras di setiap kawasan parlimen. Mesyuarat bagi program gotong royong mencegah denggi penduduk sekitar Amanjaya Persiaran 5. Program turut melibatkan jabatan kerajaan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kesihatan, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Enviroment Idaman. Malangnya tarikh yang ditetapkan jatuh pada hari Ahad, 17.10.2010 iaitu hari bekerja. Ramai yang bekerja hari itu termasuk saya. Walaupun tak dapat bersama, saya dan rakan-rakan tetap menyokong. Tak kisahlah siapa yang anjurkan. Lagi pun aedes 'menyerang' tak kira parti. Cuma saya tertanya, bila pula Pakatan Rakyat nak anjurkan gotong royong. Persiaran Amanjaya 5 terletak di dalam kawasan parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. Kedua-dua wakilnya dari Parti Keadilan Rakyat. Bahkan ADUN Bukit Selambau jug

Tawar hati dengar khutbah Jumaat

Kalaulah tak kerana solat Jumaat itu hukumnya fardu 'ain saya lebih suka bersolat Zohor di rumah. Dan kalau solat Jumaat itu tidak wajib dikerjakan di masjid, sudah lama saya dan teman-teman berpakat mendirikan solat Jumaat di surau al-Muhtadin. Malas sungguh nak melangkah ke masjid berdekatan. Walaupun saya hanya perlu memandu sejauh 3km sahaja, namun saat enjin kereta mahu dihidupkan rasanya seperti mahu memulakan kembara sejauh ratusan kilometer. Sampai di masjid, di dalamnya sudah penuh. Kebiasaannya di bawah pokok nangka berdekatan pagar belakang masjid, saya dan anak-anak menghampar sejadah duduk sementara menanti solat didirikan. Suara khatib langsung tenggelam oleh suara bualan kanak-kanak dan orang dewasa. Lagi pun saya kurang berahi dengan khutbah di masjid ini. Sejak masjid ini mula digunakan lebih kurang 8 tahun yang lalu, hanya dua orang saja yang dibenarkan membaca khutbah di sini. Tuan Imam dan salah seorang bilalnya. Orang lain tidak dibenarkan oleh Tuan Imam sendi

Debar esok

Bermula esok murid Tahun Enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau ringkasnya UPSR. Bemulalah juga episod debaran bagi calon-calon, ibu bapa calon dan tentunya para guru yang lebih berdebar. Walaupun UPSR bukanlah menjanjikan masa depan yang cemerlang kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang baik, namun ia merupakan kayu pengukur kepada sejauhmanakah kemampuan menguasai kemahiran yang dipelajari sepanjang enam tahun di sekolah kebangsaan. Di samping itu, kejayaan dalam UPSR juga membolehkan calon-calonnya menaruh sedikit harapan untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah-sekolah pilihan. Walaubagaimanapun ia masih bukan satu jaminan. Guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6 turut berkongsi debaran ini. Berdebar memikirkan apakah usaha keras selama beberapa bulan ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Di fikiran mereka adalah kejayaan murid. Kejayaan murid adalah kejayaan mereka dan kejayaan sekolah. Kejayaan sekolah bererti terlepas

Terima Kasih

Rumah Terbuka Aidil Fitri di rumah YB. Abdullah bin Jusoh, ADUN Pantai Merdeka. Majlis bermula jam 2.45 petang berlarutan hingga jam 9.30 malam. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Mungkin kerana 'promosi' dalam akhbar Sinar Harian sehari sebelumnya. Saya mewakili ayahanda YB Tn. Hj. Abdullah bin Jusoh serta anggota keluarga yang lain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka Aidil Fitri yang diadakan pada petang tadi.

Ucapan selamat di Hari Raya

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah telah ditanya mengenai ucapan selamat pada hari raya. Maka jawabnya, " Ucapan pada hari raya itu ialah seseorang mengucapkan kepada rakannya yang lain ketika bertemu selepas mengerjakan solat Eid dengan ucapan ' Taqabbalallahu minnaa wa minkum ( تقبل الله منا ومنكم ). ' Ertinya, 'Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua.' Telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat radhiallahu 'anhum bahawa mereka mengucapkan perkara yang sama. Dan para Imam seperti Imam Ahmad memberi rukhsah untuk melakukannya. Namun Imam Ahmad juga berkata, "Aku tidak pernah memulai mengucapkan selamat kepada seseorang, tetapi jika ada orang mendahului memberi ucapan kepadaku, aku akan menjawabnya. Demikian kerana menjawab ucapan selamat itu bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak juga dilarang. Sesiapa yang mengerjakannya maka baginya ada contoh dan sesiapa yang meninggalkannya juga baginya ada contoh. Wallahu a'lam. ( Majmu' al-Fata

10 Malam Terakhir

10 malam terakhir Ramadan. Padanya dijanjikan Lailatul Qadr bersama kebaikannya mengatasi 1000 bulan. ( Surah al-Qadr:3 ) 10 malam terakhir Ramadan. Ummul Mukminin Aisyah radiyallahu 'anha melaporkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda. 10 malam terakhir Ramadan. Golongan salafus soleh dan pengikut-pengikut mereka dari kalangan imam-imam dan para ulama memilih untuk beriktikaf di masjid, memperbanyakkan amalan bertaqarrub dengan Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Kelompok orang-orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah berusaha memaksimakan amalan wajib dan sunat beserta doa dan harapan semua amalan diterima Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lain berada di pusat membeli belah atau bazar-bazar. Memilih dan membeli baju raya anak-anak dan diri sendiri. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lagi sibuk dengan persediaan menyambut lebaran. Kain langsir perlu diganti baru. Sofa dan meja makan perlu diubah sus

Tak faham

Seperti biasa saya dan rakan-rakan berbuka di surau al-Muhtadin. Turut serta dalam kalangan kami adalah seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan. Mujahid namanya. Oleh kerana sudah lama menetap dan bekerja di sini, dia mendapat kepercayaan untuk mengurus projek sendiri secara kecil-kecilan. Pada satu malam sedang kami berbuka, sahabat Bangladesh ini menerima panggilan dari seseorang. Kami jadi terkejut. " Siapa pula yang telefon tengah waktu berbuka ni ?" Tanya salah seorang dari kami. " Orang India. Dia mahu hantar barang projek ." Kata Mujahid. Sekali fikir, tak mungkin orang India itu tak tahu ketika itu waktu berbuka. Bukan sehari dua dia tinggal di sini. Malah lahirnya pun di sini. Dua kali fikir, mungkin dia benar-benar tak tahu. Seperti kita juga yang tidak cuba memahami agama lain, mana mungkin kita minta orang lain memahami agama kita. Dalam masa yang sama kita juga tidak cuba membuka ruang agar mereka cuba memahami agama kita. Kita wujudk

Pemurah sangatlah pulak

Berita di Malaysiakini "PAS Beruk didakwa sebar gambar palsu Lim Guan Eng. Baca di sini . Di laman web PAS pula, Ketua Penerangannya menuntut Tan Sri Zainuddin Maidin meminta maaf kerana telah memfitnah PAS dalam satu teuramah dengan umno-online. Tan Sri Zainuddin mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969, PAS minta Tunku merampas harta-harta orang cina. Manakala ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia. Baca di sini . Cukup-cukuplah tu. Bulan yang sepatutnya digunakan untuk melipat gandakan amalan sebaliknya digunakan menambah dosa. Cerdikkah orang macam ini? Kalau dah berasa banyak sangat pahala yang dikaut sepanjang 20 malam Ramadan yang baru berlalu dan teringin nak sedekahkan pahala itu kepada orang lain, silakanlah. Ini satu spesis manusia yang pemurah tak kena pada tempatnya. Atau seronok sangat buat kerja fitnah memfitnah orang? Teringat pula rekod Tan Sri Zainuddin semasa jadi Menteri Penerangan dulu. Benda orang lain tak buat, dia berjaya buat

Bubur lambuk

Setiap kali Ramadan, surau al-Muhtadin juga tidak ketinggalan menyediakan bubur lambuk. Walaubagaimanapun ia tidaklah dimasak setiap hari, cuma pada hari-hari tertentu sahaja. Tahun ini pula lebih kerap dari tahun-tahun sebelumnya. Dengan resepi khusus, ia diakui sedap oleh sesiapa yang pernah merasainya. Dua tahun yang lalu, ketika bubur lambuk al-Muhtadin( nama tu saya yang bagi ) mula diperkenalkan, saya bawa sebungkus ke rumah mama. Arwah nenek kata, sedap. Kata arwah nenek lagi, saya pandai masak bubur lambuk. Saya sekadar senyum tanpa jawapan. Susah juga nak terangkan kerana arwah nenek ada masalah pendengaran. Ramadan tahun ini, kali kedua kami berpuasa tanpa nenek. Nenek meninggal tahun lalu pada tarikh 7hb. Jun ketika berlangsungnya Muktamar PAS ke-55. Saya masih lagi membawa bubur lambuk ke rumah mama. Lagi pun mama, baba dan adik-adik pun sukakannya. Bukan sebungkus tapi dua. Ketika itu juga saya teringatkan arwah nenek dan pujiannya.

17 Ramadan dan Nuzul Quran

Hari ini Jumaat bersamaan dengan 17hb. Ramadan. Ramai yang percaya 17 Ramadan adalah tarikh turunnya al-Quran atau Nuzul Quran. Ada masjid-masjid dan surau-surau yang mengambil sempena tarikh ini menyambut sambutan Nuzul Quran dengan mengadakan tazkirah yang membicarakan khusus tentang al-Quran. Ada juga yang langsung mengadakan qiyamullail. Tak kisahlah apa hal pun ia bertujuan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan aktiviti-aktiviti ibadah. Semoga ia diterima Allah. Cuma saya masih musykil adakah benar al-Quran diturunkan pada malam 17hb. Ramadan. Ustaz-ustaz yang berceramah atau bertazkirah juga jarang malah langsung tidak menyentuh tentang soal tarikh. Adakah ustaz-ustaz sekadar mendiamkan diri dari berbincang mengenainya kerana bimbang akan timbul kekeliruan atau mereka menerimanya bulat-bulat. Saya rasa ia bukanlah menjadi satu kesalahan seandainya ditimbulkan soal tarikh dan perbicangannya berlangsung secara ilmiah. Lagi pun masyarakat sekarang sudah matang dalam menilai sebara

Solat terawih dan sebotol air mineral

Semalam di Surau al-Muhtadin. Sebelum solat terawih dimulakan, tuan imam mencapai mikrofon lalu berucap. Katanya mahu menyampaikan pesan Ustaz Abdul Hamid Tahir, Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah. Pesan pertama, lafaz dan niat solat witir dua rakaat yang pertama mestilah disertai dengan perkataan 'muqaddimah'. Ia berbunyi ' Usolli sunnatul muqaddimatul witri rak'aataini makmuman lillahi ta'ala '. 'Sahaja aku sembahyang sunat muaqaddimatul witri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala'. Ini kerana dua rakaat pertama itu belum lagi witir kerana witir maksudnya ganjil. Yang ganjilnya pada satu rakaat kedua itu. Ini saya setuju. Tapi saya tak setuju pada mengajar lafaz solat dan niat. Sebenarnya bukan niat tetapi berkata-kata dalam hati. Kemudian ada tambahan pula dalam lafaz. Tambahan itu boleh menyusahkan jamaah yang tidak menguasai bahasa Arab. Berapa orang yang pandai bahasa Arab? Niat adalah lintasan hati dan ia berlaku dalam keadaan sedar. Cukuplah ka

Khalilullah

Telah tersebar di kalangan para penuntut ilmu ucapan "Nabi Ibrahim adalah Khalilullah(kekasih Allah), Nabi Muhammad adalah Habibullah(kecintaan Allah) dan Nabi Musa ada Kalamullah(yang berbicara secara langsung dengan Allah). Tidak diragukan lagi bahawa Nabi Muhammad adalah Habibullah kerana Baginda sangat mencintai Allah dan Baginda juga dicintai Allah. Tetapi dari segi darjatnya, Khalilullah adalah lebih tinggi dari Habibullah. Nabi Muhammad juga merupakan Khalilullah berdasarkan sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku sebagai Khalil, seperti mana DIA menjadikan Ibrahim sebagai Khalil. Seandainya aku diperkenankan mengambil seorang Khalil dari umatku, nescaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai Khalil ".( Riwayat Muslim ) Justeru orang yang mengatakan bahawa Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam sebagai Habibullah sahaja, sebenarnya dia telah mengurangi hak Rasulnya. Darjat al-mahabbah berada di bawah darjat al-kh

Imam Terawih

Dulu-dulu kalau dapat solat terawih berjamaah di belakang imam yang baca laju, itulah yang paling 'best'. Bukan saja laju malah fatihah dibacanya dalam satu nafas. Itulah kriteria kejaguhan seseorang imam mengikut penilaian orang-orang kampung. Imam yang dapat menghabiskan 20 rakaat solat terawih ditambah dengan 3 rakaat solat witir dalam masa setengah jam dikira sebagai imam yang jaguh. Paling lama pun 45 minit. Macam bas ekspres lajunya. Bayangkan ketika jamaah turun untuk sujud. Berderum bunyinya seperti mahu runtuh lantai surau. Tapi itu dulu. Sekarang sudah banyak yang berubah. Sudah ramai yang kembali kepada asas dalam beribadah. Sudah ramai yang buat rujukan. Tiada lagi yang pakai main hentam atau ikut-ikut saja. Imam sekarang walau masih ada yang baca fatihah secara wasal( sambung ) ayat demi ayat, tidaklah dibacanya dari mula sampai habis dengan satu nafas. Bacaan juga terkawal, tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Lambat sangat pun tak boleh juga. Nanti makmu