Langkau ke kandungan utama

Paul si Sotong mati

Sotong Kurita yang pernah menggemparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2010 telah dilaporkan mati. Menurut jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan sotong tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang bernama Paul itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman semasa umurnya dua setengah tahun.

Tentu ramai yang masih ingat ramalan kekalahan Jerman kepada Serbia, kekalahan Argentina kepada Jerman dan akhirnya ramalan Sepanyol muncul juara. Ia bukan soal percaya kepada ramalan tetapi sekadar menambah kehangatan perbincangan para peminat bola sepak. Kalau ada yang percaya juga, lantak dialah!

Namun, Paul si sotong telah meninggalkan sejarahnya tersendiri. Tentunya namanya akan kembali disebut dalam kempen Piala Dunia 2014 nanti sebagai ahli nujum bolasepak yang paling berjaya. He.. he..



Tugas terakhir Paul. Boleh percaya ke....???

Ulasan

Pang5 berkata…
Tidaaaaaakkkk!!!!!

Aku sebenarnya nak sokong Kelantan. Tapi luka kekalahan keda masih belum sembuh.

Sotong oh sotong!
شاح اندرني berkata…
Salam Uncle... Apa apa pun bahana "Sotong" sudah lenyap... Yang ada pun dah digoreng.. (Makan pun sodap.. hehe.. Yang kebetulan tetap kebetulan dan yang berlaku tiada dah pembetulan.. (Sotong, semalan baru makan.. Goreng pun sodap.)
Azridul berkata…
En.Pang5,
keda atau Kedah?

Saudara Shah,
aiseyman, teringat sambal sotonglah pulak. Meleleh air liur ni.

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...