Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Masih wujud

Setahun lamanya! Ya, lama sungguh! Terlalu lama aku membiarkan blog ini tanpa sentuhan dan tanpa pengisian. Tanpa sebab dan alasan yang munasabah pada perkiraanku. Namun begitu sebab dan alasan itu juga yang aku pegang hingga menjadikan blog ini terbiar begitu lama. Alasannya kerana aku dan keluarga berpindah dari rumah lama ke rumah baru yang kami diami sekarang kira-kira  setahun yang lalu. Ketika di rumah lama aku merupakan pelanggan TM/Streamyx yang sangat aktif. Bila-bila masa aku nak buka dan access internet bukan satu masalah kecuali kalau kabel telefon dikebas penyamun.  Berbeza di rumah sekarang yang kawasan sekitarnya tidak menyediakan khidmat TM. Lalu terpaksa aku menggantikannya dengan khidmat Celcom. Dengan pakej berharga RM98, aku diperuntukkan pengunaan sebanyak 6gb. Bulan pertama tak cukup lalu aku cuba jimatkan penggunaannya pada bulan-bulan berikut. Kekadang terlajak juga. Kerana itu aku jarang access internet di rumah. Aku terpaksa mengutamakan penggunaan in