Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Tuduhan liwat. Apa sikap kita?

Dia kena lagi. Kena tuduh lagi. Liwat! Liwat! Liwat! Tuduhan yang sama dari orang yang dikatakan rapat dengan dia juga. Pembantu khas, khabarnya. Mengulangi episod luka lama. Terserah kepada kita. Mahu percaya atau tidak. Tapi bagi orang beriman, tindakan yang diambil wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Bagi dakwaan yang melibatkan salah laku seks sama ada zina atau liwat, al-Quran, as-Sunnah dan kaedah fiqh telah menetapkan supaya pendakwa hendaklah membawa empat orang saksi yang adil dan melihat sendiri pelakuan zina atau liwat seperti yang didakwa. Lainlah kalau orang yang tidak beriman. Mereka boleh ambil sikap apa saja. Percaya atau tidak, boleh saja bergantung kepada naluri mereka atau siapa yang menuduh atau siapa yang kena tuduh. Apatah lagi yang dituduh itu merupakan lawan yang mengancam kedudukan mereka. Sikap saya dalam hal ini sangat jelas. Percaya atau tidak, bergantung kepada sejauh mana proses pengadilannya menurut kehendak Islam. Bukan kerana orang yang dituduh i

Susahnya melafaz niat.

Seringkali pengajian atau pembelajaran berkaitan sesuatu ibadah dimulakan dengan menghafal lafaz niat. Contohnya pengajaran dan pembelajaran tentang solat. Guru-guru yang mengajar akan memulakannya dengan menyuruh murid-murid menghafal lafaz niat bagi semua solat fardu. Letih telinga saya mendengar rakan-rakan guru J-QAF terpekik-pekik lafaz solat fardu bersama-sama murid-murid mereka dari Tahun Satu. Kasihan pula saya melihat murid-murid Tahun Satu dipaksa melakukan sesuatu yang tidak berfaedah semata-mata kerana ia terkandung dalam sukatan pelajaran. Bagi kanak-kanak ini yang di antaranya masih belum mengenali huruf-huruf al-Quran apatah lagi membacanya, sudah pasti menimbulkan kesusahan kepadanya. Tambahan lagi mereka beranggapan tanpa lafaz solat menyebabkan solat tidak sah. Kegagalan menghafal lafaz niat mungkin menyebabkan murid-murid tadi tidak berminat untuk bersolat. Salah siapa? Ada juga ustaz-ustaz yang masih keliru mengenai niat dan berkata-kata dalam hati. Lalu diajarlah m

Fikir-fikir kedai kopi

Sembang-sembang di kedai kopi tepi jalan. "Aku dok pikiaq-pikiaq la….." "Pak Lah kata harga minyak kena naik, pasai kerajaan tak dak duit nak bagi subsidi. Anwar pula kata, harga minyak tak patut naik pasai negara pun ada minyak." "Pak Lah kata lagi, kalau tambah subsidi kat minyak nanti projek lain tak boleh buat. Rakyat semua kena la pandai berjimat. Anwar kata, negara kita ni kaya. Duit memang banyak. Bukan saja minyak, barang lain pun boleh turun harga kalau kerajaan pandai berjimat." "Tengok tu… Pak Lah kata tak boleh. Anwar pulak kata boleh" "La ni aku dok pikiaq-pikiaq la…….. tapi tak tau la boleh pakai ka dak." "Apa kata Pak Lah bagi jawatan PM kat Anwar. Mai kita pakat-pakat tengok. Boleh dak Anwar bagi turun harga minyak." Ada yang terangguk-angguk. Mungkin tanda setuju. Tapi siapa yang mahu ambil peduli. "Mana boleh macam tu. Nanti sapa nak bagi makan kat anak menantu Pak Lah." Entah dari mana datangnya su

Mana gambar MB kami

Usia kerajaan PR yang diterajui PAS di negeri Kedah telah melewati 100 hari. Bermakna 100 hari juga tiada gambar MB Kedah di sekolah-sekolah milik kerajaan pusat. Itu yang diberitahu kepada saya. Bukan sekolah saya sahaja. Saya difahamkan arahan ini datangnya dari Kementerian Pelajaran melalui Ketua Pengarah Pelajaran. Walaubagaimanapun, rata-rata guru sangat maklum arahan ini sebenarnya datang dari lisan YB Menteri Pelajaran. Tetapi sehingga hari ini saya dan rakan-rakan tidak pernah ditunjukkan sebarang surat yang berkaitan perkara ini. Justeru arahan tersebut diragui kesahihannya. Mungkin permainan politik semata. Seandainya perkara ini dibangkitkan di parlimen, maka Menteri berkenaan akan berkata "tiada arahan bertulis". Sedangkan dalam diam-diam pentadbir di sekolah telah menerima amaran supaya tidak menggantungkan gambar YAB Menteri Besar. Dasar politik murahan. Semuanya mahu dikaitkan dengan politik. Hak orang lain dinafikan hanya kerana kuasa pusat masih di tangan. Ma

MB Kedah lepas geram

Rabu lepas, selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO, MB Kedah YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak telah menghamburkan kemarahan dan kekesalannya kepada TV3. Sejak beberapa hari yang lalu TV3 asyik menyiarkan berita-berita palsu berbaur fitnah bertujuan memburukkan kerajaan negeri yang telah menjangkau usia 100 hari itu. Antara yang ditimbulkan oleh TV yang 3 suku itu ialah mengenai konon wujudnya pertelingkahan antara generasi muda dalam PAS Kedah dan Ustaz Azizan sendiri yang mahukan jawatan MB diberikan kepada 'orang muda'. Selain itu disiarkan juga kononnya Ustaz Azizan akan melepaskan jawatan, cerita perebutan jawatan ketua kampung di kalangan ahli PAS dan konflik yang dikatakan sedang hangat berlaku di Kulim Hi Tech Park. Sebaik bermula sidang akhbar, Ustaz Azizan terus menujukan kemarahannya kepada wakil TV3. Menariknya, apabila ditanya MB siapa pemberita TV3, wakil tersebut menunjukkan kepada jurugambarnya yang sedang memegang kamera. Sedangkan wakil-wakil media yan

Sokong Turki

Ada sebab untuk saya rasa gembira dengan perkembangan terkini sukan bola sepak. Pertama, kemenangan pasukan Kedah ke atas Pahang 4-1 meletakkan sebelah sayap Kenari di perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini. Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di Kuantan dengan Hijau Kuning membawa bekalan yang cukup selesa. Kedua, kejayaan pasukan pilihan saya di EURO 2008, Turki melangkah ke peringkat suku akhir. Walaupun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan A, dua jaringan dalam masa dua minit mengecewakan Republik Czech, pasukan yang berada di tangga ke-10 dunia. Turki membuktikan mereka adalah pasukan yang mampu bermain dalam tekanan. Ketinggalan kepada pasukan lawan langsung tidak menjejaskan semangat pemain-pemain mereka. Turki ketinggalan terlebih dahulu dalam dua perlawanan menentang Swiss dan Republik Czech sebelum memenanginya dengan kelebihan satu jaringan. Menariknya, gol kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut dijaringkan pada minit-minit akhir. Sekaligus menjadikan

Minyak jadi tajuk khutbah

Sewaktu dalam perjalanan ke masjid untuk bersolat Jumaat, saya sempat mendengar khutbah Jumaat melalui siaran langsung yang disiarkan di radio. Tetapi saya kurang pasti dari masjid mana. Walaupun sekejap, saya dapat menangkap isinya dengan jelas. Khatib begitu bersemangat menerangkan isu kenaikan harga minyak. Antaranya tentang kewajaran kerajaan menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi. Ini semua untuk kebaikan negara dan rakyat pada masa hadapan. Sempat juga saya mendengar khatib berpesan supaya jamaahnya berjimat cermat bagi menangani masalah ini. Lalu dibacanya dalil larangan melakukan pembaziran. Teringatlah saya kepada satu kisah mengenai seorang raja yang bernama al-Malik az-Zahir. Raja telah memerintahkan ulama'-ulama' dalam negaranya supaya mengeluarkan fatwa membenarkan raja mengambil harta rakyat untuk tujuan jihad mempertahankan negara dari ancaman Tartar. Walaupun atas nama jihad, ramai ulama' yang tidak bersetuju. Akibatnya ulama'-ulama' tersebu

MB Perak pernah saman kerajaan

Majalah I keluaran Jun menyiarkan temubual bersama YAB MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar b. Jamaluddin. Temubual yang memfokuskan "Ketuanan Melayu" yang sedang hangat dikatakan oleh beberapa kerat golongan Melayu terdesak dalam negara kita telah dikupas dengan baik dan diselit pula dengan sindiran-sindiran dari Datuk Seri Nizar. Paling menarik perhatian saya ialah pendedahan yang dianggapnya sebagai ekslusif. " Saya tidak pernah beritahu ini kepada mana-mana akhbar dalam dunia, ini pertama kali saya hendak laporkan, ini betul ekslusif untuk saudara (Majalah I-pen). " "Mereka bercakap mengenai ketuanan Melayu, tetapi saya adalah orang yang pernah menyaman kerajaan dan menyaman Menteri Pendidikan ketika itu kerana menukar dasar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saudara semaklah siapa budak yang menyaman kerajaan ketika itu? Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya dan anak saya turun naik mahkamah, dan anak saya dah darjah enam. Dia saman ma

Ada peluang di DUN Sanglang?

Pilihanraya semula mungkin diadakan di DUN N.15 Sanglang, Perlis. Ia berikutan petisyen yang dikemukakan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mahkamah pilihanraya. Semua pihak termasuk peguam Jega Karuppiah yang mewakili calon BN, Abdullah Hassan mengakui kesilapan dalam keputusan pilihanraya. Maka petisyen tidak diteruskan dengan perbicaraan. Pihak UMNO mahu pilihanraya diadakan semula. Berikutan itu peguam mereka membangkitkan tentang tiadanya peruntukan kuasa mahkamah pilihanraya mengisytiharkan pemenang di DUN tersebut. Sedangkan di pihak PAS mahukan calon yang mendapat undi tertinggi diisytiharkan mahkamah sebagai pemenang. Hakim pilihanraya, Dato' Zainal Adzam bin Abdul Ghani memutuskan 18 Jun untuk memberikan keputusan. Situasi seperti ini pernah berlaku di Parlimen Pasir Putih, Kelantan dalam PRU 2004. PAS kemudian secara "gentlemen agreement" menyerahkan kerusi tersebut kepada BN kerana menyedari kesilapan yang berlaku.

Kongsi kereta

Maka bersuaralah bapak menteri. Rakyat perlu ubah cara hidup. Berjimat-cermat atau berhemah dalam perbelanjaan. Turut disarankan supaya rakyat berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Kelmarin, RTM Kedah menjalankan survey dalam rancangan bersama pendengar bertanyakan pendapat tentang berkongsi kereta. Banyak pandangan pendengar yang diterima. Ada pro dan banyak yang kontra. Pelbagai alasan diberi. Susah, pemilik kereta kena ambil rakan-rakan, jadual kerja yang tidak sama dan macam-macam lagi. Macam biasa DJ yang bertugas sangat bersetuju dengan cadangan tersebut. Biasalah wakil kerajaan atau lebih tepat wakil UMNO. RTM Kedah dengan slogannya 'Radio Rakyat' sebenarnya 'radio UMNO'. Dengarkan berita-berita negeri yang disiarkan. Hampir tidak ada berita tentang program kerajaan negeri. Dalam banyak-banyak alasan yang diberi pendengar, mujur tidak ada yang mencadangkan supaya menteri-menteri berkongsi kereta. Agaknya panggilan itu akan dipotong serta merta. Sudah 8 tahun saya

Boleh percaya kah?

Tahniah kepada para pengundi BN. Ternyata undi anda sangat-sangat dihargai. Selepas ini kerajaan Pak Lah akan berkata kepada anda, "kerajaan sudah bagi banyak kat rakyat. Rakyat kenalah berterima kasih kat kerajaan." Terima kasih, kerajaan BN! Kerana sudah banyak menyusahkan kami.

Bandingkan.

Harga minyak negara masih murah jika dibandingkan dengan harga minyak di Singapura atau Thailand. Memang pun. Mereka bukan negara pengeluar minyak. Masih adakah yang tidak faham? Balik-balik ini modal kerajaan. Soalnya berapa kerat rakyat Malaysia yang pergi beli minyak di Singapura atau Thailand. Kita cakap mengenai negara Malaysia dan rakyat Malaysia!!! Rakyat Malaysia sekarang hendak makan pun kena berjimat. Cuba bandingkan pula dengan rakyat Singapura. Mereka mewah, duit banyak, pendapatan pula tinggi. Sekarang bandingkan harga minyak negara kita dengan harga minyak negara-negara pengeluar minyak lain. UAE, RM1.19 seliter. Mesir, RM 1.03 seliter Kuwait, RM 0.67 seliter Arab Saudi, RM0.38 seliter Nigeria, RM0.32 seliter Venezuela, RM0.16 seliter Sebagai negara pengeluar minyak mentah, sepatutnya bandingkan harga minyak kita dengan negara pengeluar minyak yang lain seperti di atas. Data ini Kak Wan (Datin Seri Wan Azizah) yang bagi. Tak puas lagi baca di: http://www.harakahdaily.net/

RM625. Rebet atau umpan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menyifatkan rebet yang disediakan oleh kerajaan, beliau berkata ia umpama 'umpan' pilihan raya untuk menakluk hati rakyat. "Setiap kali pilihan raya ada 'umpan' seperti ini untuk memujuk rakyat. Dengan RM50 mereka mengundi BN dan mereka menderita lima tahun hanya kerana 'umpan' RM50 itu. RM625 untuk menyelamatkan 800 liter minyak, dalam masa sebulan atau dua akan habis. Setuju benar saya!!!! "Janganlah rebet ini digunakan untuk 'menggula-gulakan' seolah-olah kerajaan bersimpati dengan rakyat. Kami menganggap ini merupakan salah satu cara untuk memujuk rakyat supaya menerima 'malapetaka' yang lebih besar," kata Dr. Hatta Ramli selaku penyelaras PROTES. Beliau mengharapkan rakyat tidak terpukau dan tertipu dengan pemberian rebet tersebut. Jika ditakdirkan pilihanraya semula diadakan di DUN Sanglang Perlis, kita ajar mereka habis habisan!!!

Kanak-kanak dalam saf.

Sekonyong-konyong datang seorang teman bersama kemusykilannya. Berhajat menguraikan kekeliruannya berkenaan kedudukan kanak-kanak dalam saf solat. Kanak-kanak yang belum berkhatan tidak boleh bersama-sama orang dewasa dalam satu saf. Sebabnya, sisa najis mereka terkumpul dihujung kemaluan mereka. Satu badan bernajis. Bila bersentuhan dengan orang dewasa, solat orang dewasa menjadi tidak sah. Lebih sadis lagi ada yang berpendapat satu saf akan terbatal solat kalau bersentuhan dengan orang yang bersentuhan dengan kanak-kanak yang belum berkhatan. Logikkah???? Peliknya, sisa air kencing hanya di bawah kulit kemaluan. Apa hal pula satu badannya jadi najis?? Tambah pelik lagi, badan orang dewasa yang bersentuhan dengan kanak-kanak tadi tidak disyaratkan membasuhnya. Hanya solat saja yang terbatal. Bukankah sifat najis perlu dibasuh. Apa jadi pula kalau kanak-kanak tadi didukung sebelum seseorang keluar bersolat. Kena mandikah? Kena salin bajukah? Najis tau!!! Tetapi sepanjang pengetahuan ti

Ezam bakal corakkan UMNO?

Memang benarlah gossip-gossip politik tentang kemasukan Ezam Md. Noor ke dalam UMNO tidak disenangi ramai pihak dalam parti yang menunjangi BN itu. Terbaru Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Sdr. Ezam. Kemasukan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dikatakan tidak melalui perundingan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai Datuk Seri Najib serta dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT). "Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Mohamad Ezam." Kata Dr. Rais. Seperti dapat diteka siapa "pihak" yang dimaksudkan itu. Desas desus yang kuat menyatakan Ezam dibawa masuk UMNO oleh Khairy Jamaluddin. Tujuannya untuk mengimbangi pengaruh Datuk Seri Najib yang disebut sebagai bakal pengganti Pak Lah melalui rancangan peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan. Adakah kerana itu, Datuk Seri Najib tidak

Berlembutlah dalam penyampaian

Masih terdapat segelintir rakan-rakan ustaz yang masih mencampur adukkan ketegasan dalam memperjuangkan kebenaran dengan kekasaran di dalam menerapkan metode dakwah mereka. Sedangkan metode keras itu akan menyebabkan si penerima dakwah atau nasihat menolak dan mengabaikannya. Para sahabat pernah mengatakan, "barangsiapa memerintahkan kebaikan, maka haruslah dengan cara yang baik pula." Sesiapa sahaja yang memerhatikan dialog antara Nabi Musa ' alaihissalam dengan Firaun sebagaimana yang ditunjuki dalam al Quran nescaya akan menyaksikan betapa Nabi Musa benar-benar menjaga perilaku yang ditetapkan Allah azzawajalla kepadanya. Firman Allah, " Pergilah kamu berdua (Musa dan Harun 'alaihimassalam) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." ( Thaha: 43-44 ) Allah Subhanahu wa ta'ala memerintahkan kepada Nabi Musa dan saudaranya Nabi Har