Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Jadual Gaji 2012

Aisyah & Zainudin

Tahniah buat adinda Aisyah binti Abdullah yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zainudin bin Sobri. Tak lupa juga ucapan selamat datang buat adinda Zainuddin ke dalam keluarga besar kami. بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما فى خير Gambar sekitar majlis Majis akad nikah dan walimatul urus di rumah pengantin perempuan. Walimatul urus di rumah pengantin lelaki.

Cerita tak masuk akal

Pagi itu Tok Adi menerima berita kematian lagi. Tok Adi menyuruh orangnya segera menggali kubur sementara Tok Adi langsung menziarahi jenazah di samping berbincang dengan keluarga si mati untuk urusan pengkebumian nanti. Sebaik diselaknya kain yang menutup wajah si mati, Tok Adi menggelengkan kepala. “ Dahsyatnya balasan Tuhan ”, kata Tok Adi pada dirinya dengan suara perlahan. Muka si mati hitam legam. Ketika hidupnya dia sering mengabaikan zakat. Dia mati akibat serangan jantung selepas mendengar kebun kelapanya terbakar. Kasihan Tok Adi yang dah lama bekerja menggali kubur di kampungnya. Setiap kali ada kematian, dia tepaksa berhadapan dengan jenazah-jenazah yang buruk sifatnya. Entah apa bala yang menimpa kampung Tok Adi. Kebanyakan penduduknya suka membuat dosa yang akhirnya mati dalam keadaan diazab Allah secara terang-terangan. Sebenarnya kisah di atas adalah ringkasan dari salah satu episod sebuah drama yang disiarkan melalui stesen tv astro oasis pada setiap Jumaa

Makan angin lagi!

Kelmarin saya menghadiri taklimat SPR di Rimba Taqwa. Hari ini giliran isteri pula. Kalau kelmarin saya datang seorang, hari ini isteri datang bertemankan saya dan anak-anak. Sementara menunggu, kami anak beranak sempat mandi manda di kawasan air terjun yang terletak berhampiran. Selesai saja taklimat yang dihadiri emak bebudak ni, kami ke ladang anggur yang terletak di Tasik Beris. Kami turut meninjau kawasan sekitar tasik di samping menikmati keindahan dan kedamaiannya. Wow, enjoy habis!!!

Kawasan larangan?

Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pangkor kami sekeluarga singgah solat di sebuah masjid yang terletak dalam daerah Manjung di negeri Perak. Sempat juga saya ‘snap’ beberapa keping. Binaannya biasa saja. Cuma yang ini cukup menarik perhatian. Wah, dah jadi kawasan larangan pula. Kalau kuil, gereja dan lain-lain tempat ibadat agama bukan Islam begitu meraikan kanak-kanak, lain halnya dengan masjid. Masjid dijauhkan dari kanak-kanak.

2 hari 1 malam @ Pangkor