Tuan Punya Blog

Foto Saya
Bandar Amanjaya, Kedah, Malaysia
Seorang guru biasa. Memilih untuk bermukim di Sungai Petani. Seorang suami dan ayah kepada 2 puteri dan 3 putera.

Sabtu, Januari 21, 2012

Ganjaran amal soleh

  1. Diberi pahala yang besar. Firman Allah, “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Maidah ayat 9)
  2. Diberi kehidupan yang selayaknya. Firman Allah, “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”(surah an-Nahl ayat 97)
  3. Diberi tambahan petunjuk. Firman Allah, “Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.” (Surah al-Maryam ayat 76)
  4. Dihapuskan dosa-dosanya. Firman Allah, “Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”(Surah al-Ankabut ayat 7)
  5. Dimuliakan hidupnya. Firman Allah, “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’ ayat 70)
  6. Jauh dari kegagalan. Firman Allah, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”(Surah al-Asr ayat 1-3)

Rabu, Januari 18, 2012

Sabar dan Iffah

Abu Said al-Khudri radiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya -dengan tidak meminta kepada manusia dan berkeinginan untuk memperolehi apa yang ada di tangan mereka- Allah subhanahu wa ta’ala akan menganugerahkan kepadanya iffah(kehormatan diri).

Barangsiapa yang berasa cukup, Allah subhanahu wa ta’ala akan mencukupinya (sehingga jiwanya kaya dan berasa cukup dan dibukakan untuknya pintu-pintu rezaki). Siapa yang menyabarkan dirinya, Allah subhanahu wa ta’ala akan menjadikannya sabar. Tidaklah seseorang yang diberikan pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran

(Riwayat al-Bukhari no.1469 dan Muslim no.2421)

Rabu, Januari 11, 2012

Tak berani nak tuduh

  1. Akhirnya mahkamah memutuskan Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful.
  2. Maknanya di sisi perundangan negara beliau tidak bersalah.
  3. Namun benarkah Anwar tidak pernah meliwat Saiful?
  4. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
  5. Saya tidaklah seberani Ezam Md. Noor mahupun Rahimi(?) yang terlalu yakin dan lantang menuduh bekas bos mereka itu meliwat Saiful. Kononnnya mereka kenal siapa Anwar.
  6. Setahu saya mendakwa orang liwat sama hukumnya dengan mendakwa orang berzina.
  7. Sesuatu dakwaan itu ditolak selagi mereka tidak melihat sendiri perbuatan tersebut ibarat melihat “batang pen dimasukkan kedalam tudungnya”.
  8. Apakah Ezam menyaksikan sendiri perbuatan seperti itu?
  9. Kalau benar Ezam pernah melihatnya, mengapa tidak dihalang saja Anwar dari terus meliwat Saiful. Kasihan Saiful dibiar mengerang kesakitan.
  10. Susah sangatkah nak lawan Anwar? Dia dah lanjut usia, jalannya pula tercapik-capik.
  11. Tetapi kalau Ezam tidak menyaksikan sendiri, dia perlu membawa empat orang saksi yang warak yang melihat kejadian itu berlaku.
  12. Soalnya bukan empat orang saksi yang warak, kalau seorang saja lelaki yang warak dan melihat kejadian itu sudah pasti sedaya upaya dia akan mencegah kemungkaran itu dari berlaku di depan matanya.
  13. Sekali lagi, bukannya susah nak lawan Anwar.
  14. Persoalannya dari mana datang dakwaan yang begitu meyakinkan Ezam. Cukupkah sekadar dengan dakwaan Saiful?
  15. Kalau benar Saiful diliwat Anwar, kejadian itu berlaku dengan paksaan atau Saiful sendiri yang merelakan.
  16. Lemah sangatkah Saiful sehingga sukar melawan kudrat Anwar? Saya pernah menulis halnya sini.
  17. Sebaliknya jika berlaku dengan kerelaan, mengapa Anwar seorang yang didakwa?
  18. Sepatutnya kedua-duanya didakwa.
  19. Isunya bukan sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak, tetapi kewajaran pada tuduhan yang dilemparkan.
  20. Urusan Anwar kita kembalikan kepada Allah. Kalau benar dia melakukannya, balasan Allah sedia menanti. Namun jika sebaliknya, bersediakah pula kita berhadapan dengan hukuman buat para pelaku fitnah.
  21. Ingatlah di dunia lagi telah tersedia hukuman yang dinamakan qazaf,  belum lagi di akhirat sana.
  22. Maka sebaiknya kita berserah saja pada Allah. Kalau masih timbul keraguan di hati, baik diamkan saja. والله أعلم
  23. Agama juga menuntut kita melihat pada zahirnya. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud, “Sesungguhnya aku hanya manusia dan kamu sentiasa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku. Dan sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya. Maka aku memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengarinya sahaja. Barangsiapa yang aku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain(akibat kurang cekap berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya itu bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Tirmizi no.1339)

Ahad, Januari 08, 2012

Anwar bebas?

  1. Esok 9/1/2012, keputusan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim akan diketahui.
  2. Keputusan mahkamah hanya menentukan sama ada dia bersalah atau tidak di sisi perundangan negara. Ia bukan menentukan sama ada Saiful diliwat atau tidak.
  3. Ramai yang cuba meneka keputusan yang bakal dijatuhkan.
  4. Maka timbul idea berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada DS Anwar.
  5. Andainya badan perundangan negara bebas dari pengaruh politik, saya yakin Anwar akan dibebaskan.
  6. Namun andai mahkamah juga seperti beberapa badan lain yang berada di bawah telunjuk pihak-pihak berkepentingan, saya tetap yakin Anwar akan dibebaskan.
  7. Pembebasan Anwar justeru akan dijadikan bukti betapa selama ini tuduhan yang dilemparkan kononnya kerajaan mempengaruhi keputusan mahkamah khususnya yang melibatkan pemimpin pembangkang adalah tidak benar sama sekali.
  8. Melihat kepada situasi politik semasa juga, reputasi Anwar dilihat semakin menjunam dan tidak lagi memberi impak kepada sokongan majoriti rakyat yang kembali menyokong kepimpinan DS Najib.