Langkau ke kandungan utama

Tiada tazkirah sewaktu terawih Di Pahang



  1. Kerajaan Pahang melarang tazkirah sewaktu solat terawih.
  2. Memanglah takirah tu bukan satu yang wajib semasa solat terawih. 
  3. Tapi ia adalah salah satu saluran penyampaian ilmu yang sangat berkesan memandangkan suasana terawih itu sentiasa mengundang ramai orang datang berjamaah.
  4. Maka itu satu kesempatan yang baik untuk perkongsian ilmu dan maklumat.
  5. Lagi pun aku percaya sama ada masjid atau surau yang mengadakan tazkirah tak pernah mewajibkan para jamaahnya untuk duduk dan menunggu tazkirah yang disampaikan. 
  6. Cuma aku berharap kerajaan Kedah sekarang jangan pula buat peraturan gila macam ni. 
  7. Di surau kami dan masjid serta surau berdekatan dah mula merancang program-program dengan matlamat menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah dan ilmu.
  8. Kalaulah peraturan-peraturan pelik dan gila ini dikuatkuasakan alamatnya Ramadan ini akan kosong kosong(lagu Najwa Latif). Kerana aku percaya 90% orang awam terutamanya macam aku ni hanya bersemangat untk beramal ketika di masjid atau di surau sahaja. Bila dah balik rumah hanya tahu cari tilam dan bantal.
  9. Kalau tak silap aku, polisi ini pernah dilaksanakan di Selangor sewaktu Datuk Seri Dr. Khir Toyo menjadi MB. Kesannya lepas tu dia dah tak jadi MB.
  10. Agaknya MB Pahang sekarang ni pun dah tak berminat nak jadi MB lepas ni kut?

Ulasan

Unknown berkata…
Yang saya faham, larangan adalah semasa solat terawih sahaja; bukan sebelum atau selepas solat terawih.

Perbuatan mengadakan tazkirah di pertengahan solat terawih sama seperti "blackmail" jemaah supaya mendengar tazkirah jika mahu solat terawih jemaah di masjid/surau itu.
Roslan berkata…
Betul. Utamakan Solat terawaih yang datang setahun sekali. tazkirah boleh dibuat selepas subuh hingga lepas maghrib.(sepanjang hari). Maka selepas Isya' utamakan terawih.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se