Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah.
Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan ke Lumut dengan menukar rancangan bercuti di Lumut. Kira-kira dua kilometer perjalanan, barulah ternampak papan tanda ke Pasir Salak. Tak jadilah ke Lumut sebaliknya kembali ke rancangan asal. Saya rasa seperti kerajaan negeri tak beri perhatian kepada tempat-tempat bersejarah seperti ini. Mujur juga saya ada kesungguhan untuk sampai.
Sebaik sampai di Pasir Salak, isteri saya cuba mendapatkan bilik di resort berhampiran. Kami tidak membuat tempahan awal kerana ia perancangan bersifat segera. Dapat juga satu bilik penginapan dengan sewanya RM210. Dalamnya ada satu ruang tamu, dua bilik tidur dan beranda untuk menikmati suasana sekitar resort. Ia terletak bersebelahan dengan tapak bersejarah Pasir Salak dan di tepi Sungai Perak tempat berlakunya peristiwa pembunuhan JWW Birch.
Mulanya kami fikir berbaloi dengan sewa RM210. Tetapi menjelang petang, segalanya dah jadi 'hampeh'. Dari petang sampai pagi esoknya, saya dan isteri langsung tak mandi kerana air tiada. Anak-anak langsung mandi di kolam renang yang penuh dengan pengunjung lain. Rupa-rupanya kawasan tersebut sering berlaku masalah air. Kalau dah macam itu, mengapa pula dikenakan caj yang tinggi kepada pengunjung resort. Dan mengapa tidak dikhabarkan awal-awal? Bukankah ia juga boleh dikategorikan sebagai satu penipuan? Rasanya dah serik nak ke situ lagi dan tak teringin langsung nak rekomenkan pada kekawan atau saudara mara.
Aksi manja Ummu Anis dengan anak sulungnya di beranda
Anis di ruang tamu
Pagi esoknya kami check out jam 8 pagi. Saya sempat mandi setelah secara tidak sengaja terbuka paip. Selepas saya mandi, air terputus lagi. Ketika menyerahkan kunci bilik, isteri saya sempat merungut yang dia tidak mandi sejak semalam.
Sebelum meneruskan perjalanan pulang kami singgah kompleks bersejarah Pasir Salak. Seronok juga dan lupalah sekejap rasa kecewa bermalam di resort itu. Sambil fikiran cuba membayangkan peristiwa berdarah yang berlaku pada 2 November 1875. Bagi saya, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohd Amin, Ngah Ibrahim dan selainnya yang terlibat merupakan pejuang-pejuang yang bukan sekadar mempertahankan tanah, hak mengutip cukai, bangsa dan tanah air semata-mata malah mereka mujahidin yang membela kesucian agama Islam dari gangguan penjajah. Buat mereka saya doakan semoga Allah mengampuni, merahmati dan menerima perjuangan mereka sebagai jihad fi sabilillah. Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'afihim, wa'fu 'anhum.
Pintu masuk kompleks
Bangunan di belakang tu ada terowong masa
Tiba-tiba saja berderau darah Melayu ku!!!
Berlatar belakangkan kawasan JWW Birch di bunuh
Dua barang lama yang semakin dilupakan generasi kini. Keris dan tabuh.
Dalam perjalanan pulang, isteri saya bertanya kalau saya serik untuk datang lagi ke sini. Ya, serik-serik juga. Tapi bukan sahaja kerana servis di resort yang tak mesra pelanggan tapi sebenarnya tak ada apa yang boleh dinikmati selain kompleks sejarah yang dibiarkan usang itu.
Ulasan
En. Azridul,
Kami amat memohon maaf kepada En. Azridul sekeluarga di atas masalah dan kesulitan yang dihadapi. Kami telah cuba menghubungi En. Azridul untuk memberikan respon kpd masalah ini (menggunakan cara penyelesaian terbaik) tetapi gagal. Walaubagaimanapun, pihak kami masih terbuka untuk menyelesaikan perkara ini bersama En. Azridul sehingga ke hari ini.
Hubungi kami di talian 05-6318998/999
Pengurusan
Pasir Salak Resort
Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati,
Pihak kami memohon maaf bagi masalah atau kesulitan yang dihadapi (berkaitan air) oleh pelanggan-pelanggan yang telah menginap di Pasir Salak Resort.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pengurusan Pasir Salak Resort bg mengatasi masalah air ini namun masih gagal. Ia sering terjadi terutama pada cuti umum dan ketika jumlah penginap yang hampir penuh (full capacity).
Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih kepada pihak KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar sistem paip air dan membaik pulih premis Pasir Salak Resort ini. Kerja-kerja menukar paip air dan membaik pulih premis ini dijangka siap pada awal tahun 2012.
Sekali lagi kami memohon maaf di atas masalah dan kesulitan dan berterima kasih kerana masih terus setia menjadi pelanggan kami.
Pengurusan
Pasir Salak Resort.
Dikatakan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam keputusan tiga pilihanraya yang lalu iaitu PRU ‘99, PRU ‘04 dan PRU ‘08. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa jumlah pengguna internet di negara ini meningkat dengan mendadak. Pada tahun 2000, jumlahnya sekitar 3.7 juta sahaja. Namun pada tahun 2008, jumlah itu meningkat kepada 16 juta orang.(Nobisha. 2010. Apa Tunggu Lagi. OASIS BOOK Sdn. Bhd.)
Perkembangan media sosial juga menjadikan pengguna bukan lagi bersifat sehala atau sekadar menjadi pembaca kepada web-web tertentu. Dengan muncul jenama-jenama seperti blog, twitter, facebook, tagged dan sebagainya membolehkan sesiapa saja yang menggunakan internet menulis mengikut kemahuan sendiri. Sama ada berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, aktiviti mahupun meluahkan perasaan geram, marah, sakit hati dan kasih sayang. Semuanya boleh dilakukan disini. Di media sosial.
Saya sama sekali tidak menyangka, salah satu entri di blog yang serba kekurangan ini telah menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati. Tulisan itu pun tidak lebih dari cara saya meluahkan perasaan tidak puas hati akibat mendapat layanan yang kurang memuaskan ketika berurusan dengan pihak tersebut. Sebagai pelanggan yang berhak bersuara lalu menggunakan haknya itu, sebaliknya dilayan seperti orang kampung yang bodoh, wajarlah saya menggunakan sedikit kelebihan yang ada iaitu blog picisan ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Saya tidak mengharapkan ada orang yang membacanya dan mengambil peduli dengannya. Dan sungguh tak disangka entri itu pula yang mendapat jumlah hit tertinggi dan disusuli pula dengan komen-komen pembaca yang menghentam pihak tersebut. Adapun komen-komen itu adalah diluar kawalan saya. Dan sekali lagi, ia adalah cara untuk meluahkan perasaan.
Selepas hampir setahun peristiwa tersebut berlaku dan entri berkaitannya ditulis, saya telah diminta oleh pihak tersebut (itu pun melalui facebook isteri saya) agar memadamnya. Saya sedang mempertimbangkannya. Mereka pernah juga menghubungi saya melalui e-mail dan minta no. phone saya untuk berbincang. Saya hairan, mengapa selepas setahun baru mahu berbincang. Sedangkan saya dan isteri merungut mengenainya pada hari kami berurusan dengan mereka lagi.
Ya, inilah kesan media sosial.
Akhir sekali saya berharap pihak tersebut dapat menggunakan ruang komen di entri berkaitan untuk menjawab tulisan saya sama ada hendak membuat pembetulan, nak lepas geram atau nak marah sekalipun. Di tepi blog ini juga ada chat box. Tulislah apa saja. Saya tak kisah. Sudah adat blogger, tidak semua tulisannya disukai orang. Blog ini pun bukanlah berpengaruh sangat. Pengikutnya ada 20 orang saja. Jumlah pengunjungnya pula sejak 2008 baru mencecah ke angka 10,000. Tak perlu bimbang dengan blog ini. Cuma yang perlu dibimbangi adalah kesan dari tindakan yang tidak memanusiakan manusia yang lain. Kerana setiap manusia ada hati dan perasaan. Andai terluka beginilah jadinya.
Tahniah juga di atas penambahbaikan yang diusahakan. Semoga dengan penjelasan ini menghilangkan syak wasangka pembaca dan menarik minat pembaca menjadikan resort ini sebagai salah satu destinasi percutian pilihan.
"Salam sejahtera,
Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati,
Pihak kami memohon maaf bagi masalah atau kesulitan yang dihadapi (berkaitan air) oleh pelanggan-pelanggan yang telah menginap di Pasir Salak Resort.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pengurusan Pasir Salak Resort bg mengatasi masalah air ini namun masih gagal. Ia sering terjadi terutama pada cuti umum dan ketika jumlah penginap yang hampir penuh (full capacity).
Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih kepada pihak KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar sistem paip air dan membaik pulih premis Pasir Salak Resort ini. Kerja-kerja menukar paip air dan membaik pulih premis ini dijangka siap pada awal tahun 2012.
Sekali lagi kami memohon maaf di atas masalah dan kesulitan dan berterima kasih kerana masih terus setia menjadi pelanggan kami.
Pengurusan
Pasir Salak Resort."
Wktu sy masuk, mmg kenderaan bnyk..sy pon letakla secara double parking, itupon stelah semalamnya dibenarkn oleh petugas kaunter. Td, setahu sy ada mensyuarat sekumpulan pengurusan resort di sini. Tiba-tiba sy dpt call dr kaunter mintak alih kereta sebab katanya kereta boss dia nak keluar & sy pon bergegas keluar, & mntak maaf pd seorang lelaki ditepi kereta yg menunggu..dia kata xpe, biasala parking tak cukup...tiba-tiba ada seorang (mcm pak aji je nampak) dtg dr arah kaunter, teruk bercakap dgn kuat.."tak guna, menyusahkan org..". Sy tersentak dan terdiam sejenak..adakah ini sikap seorang "boss" Pasir Salak Resort? Kalau macamni lah sikap pihak pengurusannya melayan pelanggan...sampai bila pon takkn maju.
Saya nak kongsi pengalaman saya menginap di resort ni. Saya sekeluarga dan kakak saya sekeluarga check-in pada 24/5/14 dn check-out pada 25/5/14 (semalam). Sebenarnya resort ni bukan lah pilihan utama kami disebabkan dh byk baca review di media sosial tentang resort ni, byk yg buruk dari baiknya tapi disebabkan kebykan homestay di kawasan situ dh byk not available so terpaksa la menginap di situ semlm. Kami ke sini pun atas urusan menghadiri majlis perkahwinan saudara di Batu Gajah. Dan mungkin ada baiknya kalau kami stay di sini sbb pada saya, review di media sosial kadang kala bukannya semua benar. So, let I experience it by myself.
Kami check-in dalam jam 6 ptg setelah selesai majlis kenduri tersebut. Alhamdulilah bilik masih available sbb kami tak buat advance booking pun. Walk-in je terus.
Mulanya masa kt check-in counter tu anak2 semua dh seronok sbb nampak ada swimming pool tapi malangnya swimming pool tu sangat kotor! Saya pesan kt anak2 esok pagi je kita pergi swimming pool. Mungkin swimming pool tu kotor sbb waktu kami sampai sana pun dh lewat petang dn ia perlu dibuat 'water treatment' on daily basis pada sebelah mlmnya seperti mana hotel2 dan resort2 lain lakukan.
Bila dh dpt kunci bilik, kami semua excited berjalan kaki menuju ke bilik. Kebetulan beranda bilik memang menghadap ke Sg Perak. Mmg cantik kalau tgk matahari terbenam tapi excitement kami semua meleset sama sekali bila masuk ke bilik! Bilik tidak diselenggarakan dengan baik. Cadar katil di kedua2 bilik penuh dengan TAIK CICAK!!!!
Kami pun komplen dn mintak tukar bilik. Mmg benar seperti yg dikatakan, staf di situ tak mesra langsung! Kami dipindahkan ke bilik lain. Nak kata ok tu x la sgt sbb pintu kabinet bawah TV rosak, plug point belakang tv pun rosak. Nak masak air panas guna jug kettle kena guna plug point dlm bilik. Bawah sinki antara living hall ngan toilet sangat kotor. Siling atas dalam toilet pulak berlubang sampai nampak atap dan anak2 kata menakutkan. Disbbkan waktu pun dh lewat hampir ke maghrib, kami decide stay di situ je la walaupun byk yg kami tak puas hati.
Masa check-in, kami ada request extra bed. Dah pesan kat staf resort hantar ke bilik sbb kami semua nak keluar ke Teluk Intan. Bila balik dari Teluk Intan, kami semua terkejut bila tgk pihak resort hanya meletakkan sekeping tilam, selimut dn bantal di depan pintu bilik kami! Rasa marah pun ada. Bukankah sepatutnya mereka letakkan di dalam bilik bukannya dicampakkan di luar bilik kami! Bukan ke lantai tu kotor!!! Pikir la logik skit.
Keesokan paginya pulak sebelum check-out anak2 dh excited nak mandi swimming pool dn mini slides tp bila kami tgk air swimming pool tu, masih seperti semlm dn masih lagi kotor!!!
Kami rasa inilah 'worst experience' utk kami sekeluarga utk tahun ni. Ada juga rakan yang cadangkan buat 'formal complaint' kt Kementerian Perlancongan M'sia dn Perak Tourism Board sbb thn ni kan Tahun Melawat Malaysia 2014. Kalau keadaan mcm ni la, memang memalukan dn 'not worth' pay.
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong