Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Debar esok

Bermula esok murid Tahun Enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau ringkasnya UPSR. Bemulalah juga episod debaran bagi calon-calon, ibu bapa calon dan tentunya para guru yang lebih berdebar. Walaupun UPSR bukanlah menjanjikan masa depan yang cemerlang kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang baik, namun ia merupakan kayu pengukur kepada sejauhmanakah kemampuan menguasai kemahiran yang dipelajari sepanjang enam tahun di sekolah kebangsaan. Di samping itu, kejayaan dalam UPSR juga membolehkan calon-calonnya menaruh sedikit harapan untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah-sekolah pilihan. Walaubagaimanapun ia masih bukan satu jaminan. Guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6 turut berkongsi debaran ini. Berdebar memikirkan apakah usaha keras selama beberapa bulan ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Di fikiran mereka adalah kejayaan murid. Kejayaan murid adalah kejayaan mereka dan kejayaan sekolah. Kejayaan sekolah bererti terlepas

Terima Kasih

Rumah Terbuka Aidil Fitri di rumah YB. Abdullah bin Jusoh, ADUN Pantai Merdeka. Majlis bermula jam 2.45 petang berlarutan hingga jam 9.30 malam. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Mungkin kerana 'promosi' dalam akhbar Sinar Harian sehari sebelumnya. Saya mewakili ayahanda YB Tn. Hj. Abdullah bin Jusoh serta anggota keluarga yang lain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka Aidil Fitri yang diadakan pada petang tadi.

Ucapan selamat di Hari Raya

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah telah ditanya mengenai ucapan selamat pada hari raya. Maka jawabnya, " Ucapan pada hari raya itu ialah seseorang mengucapkan kepada rakannya yang lain ketika bertemu selepas mengerjakan solat Eid dengan ucapan ' Taqabbalallahu minnaa wa minkum ( تقبل الله منا ومنكم ). ' Ertinya, 'Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua.' Telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat radhiallahu 'anhum bahawa mereka mengucapkan perkara yang sama. Dan para Imam seperti Imam Ahmad memberi rukhsah untuk melakukannya. Namun Imam Ahmad juga berkata, "Aku tidak pernah memulai mengucapkan selamat kepada seseorang, tetapi jika ada orang mendahului memberi ucapan kepadaku, aku akan menjawabnya. Demikian kerana menjawab ucapan selamat itu bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak juga dilarang. Sesiapa yang mengerjakannya maka baginya ada contoh dan sesiapa yang meninggalkannya juga baginya ada contoh. Wallahu a'lam. ( Majmu' al-Fata

10 Malam Terakhir

10 malam terakhir Ramadan. Padanya dijanjikan Lailatul Qadr bersama kebaikannya mengatasi 1000 bulan. ( Surah al-Qadr:3 ) 10 malam terakhir Ramadan. Ummul Mukminin Aisyah radiyallahu 'anha melaporkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda. 10 malam terakhir Ramadan. Golongan salafus soleh dan pengikut-pengikut mereka dari kalangan imam-imam dan para ulama memilih untuk beriktikaf di masjid, memperbanyakkan amalan bertaqarrub dengan Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Kelompok orang-orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah berusaha memaksimakan amalan wajib dan sunat beserta doa dan harapan semua amalan diterima Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lain berada di pusat membeli belah atau bazar-bazar. Memilih dan membeli baju raya anak-anak dan diri sendiri. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lagi sibuk dengan persediaan menyambut lebaran. Kain langsir perlu diganti baru. Sofa dan meja makan perlu diubah sus

Tak faham

Seperti biasa saya dan rakan-rakan berbuka di surau al-Muhtadin. Turut serta dalam kalangan kami adalah seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan. Mujahid namanya. Oleh kerana sudah lama menetap dan bekerja di sini, dia mendapat kepercayaan untuk mengurus projek sendiri secara kecil-kecilan. Pada satu malam sedang kami berbuka, sahabat Bangladesh ini menerima panggilan dari seseorang. Kami jadi terkejut. " Siapa pula yang telefon tengah waktu berbuka ni ?" Tanya salah seorang dari kami. " Orang India. Dia mahu hantar barang projek ." Kata Mujahid. Sekali fikir, tak mungkin orang India itu tak tahu ketika itu waktu berbuka. Bukan sehari dua dia tinggal di sini. Malah lahirnya pun di sini. Dua kali fikir, mungkin dia benar-benar tak tahu. Seperti kita juga yang tidak cuba memahami agama lain, mana mungkin kita minta orang lain memahami agama kita. Dalam masa yang sama kita juga tidak cuba membuka ruang agar mereka cuba memahami agama kita. Kita wujudk

Pemurah sangatlah pulak

Berita di Malaysiakini "PAS Beruk didakwa sebar gambar palsu Lim Guan Eng. Baca di sini . Di laman web PAS pula, Ketua Penerangannya menuntut Tan Sri Zainuddin Maidin meminta maaf kerana telah memfitnah PAS dalam satu teuramah dengan umno-online. Tan Sri Zainuddin mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969, PAS minta Tunku merampas harta-harta orang cina. Manakala ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia. Baca di sini . Cukup-cukuplah tu. Bulan yang sepatutnya digunakan untuk melipat gandakan amalan sebaliknya digunakan menambah dosa. Cerdikkah orang macam ini? Kalau dah berasa banyak sangat pahala yang dikaut sepanjang 20 malam Ramadan yang baru berlalu dan teringin nak sedekahkan pahala itu kepada orang lain, silakanlah. Ini satu spesis manusia yang pemurah tak kena pada tempatnya. Atau seronok sangat buat kerja fitnah memfitnah orang? Teringat pula rekod Tan Sri Zainuddin semasa jadi Menteri Penerangan dulu. Benda orang lain tak buat, dia berjaya buat