Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Solat dengan tubuh atau pakaian bernajis

Di antara kemudahan yang kurang menyenangkan kebanyakan para penganut mazhab ialah fatwa mengenai bersolat dengan memakai pakaian yang bernajis. Fatwa ini pernah disampaikan oleh sejumlah sahabat dan tabi’in. Dari kalangan sahabat ialah Abdullah bin ‘Umar. Dari kalangan tabi’in pula: ‘Atha bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyab, Thawus, Saalim, Mujaahid, Sya’bi, Ibrahim an- Nakhai’e dan Zuhri. Dari kalangan generasi berikutnya, antara lain: Yahya bin Sa’id al-Anshari, al- Hakam, al-Auza’ie, Malik, ishak bin Rahawaih, Abu Tsaur dan Imam Ahmaddalam salah satu dari dua riwayatnya yang lebih sahih. Fatwa tersebut ialah, “ bahawa seseorang apabila melihat ditubuhnya atau pakaiannya ada najis ketika selesai solat, padahal dirinya tidak mengetahui; atau mengetahui tetapi lupa membersihkannya; atau tidak lupa tetapi tidak sempat menghilangkannya, maka solatnya tetap sah dan tidak perlu mengulanginya .”   Wallahu a’lam.  

Kemenangan Pertama

Sudah tiga minggu saya melatih pasukan bola sepak sekolah. Dalam tempoh ini juga jam pulang saya ke rumah menghampiri 8 malam. Segala ilmu dan pengalaman selama 13 tahun sebagai jurulatih digunakan sehabis mungkin. Matlamat saya mahu menjadikan pasukan saya kali ini muncul juara peringkat zon. Setelah tiga minggu, pasukan saya diuji pagi tadi melalui satu perlawanan persahabatan. Ujian itu datangnya pula dari jauh. Datangnya dari Selangor atau lebih tepat dari SK Jalan U3, Subang. Pasukan tersebut dalam rangka lawatan mereka ke Felda Teloi Timur manakala lawatan ke sekolah merupakan salah satu daripada agenda mereka. Walaupun tidak dibarisi sepenuhnya pemain-pemain yang mewakili sekolah, pasukan bola sepak SK Jalan U3 tetap memberi tentangan sengit. Ia sedikit sebanyak mendedahkan pemain-pemain saya kepada situasi perlawanan sebenar. Perlawanan berakhir dengan pasukan saya berjaya mengatasi pasukan lawan dengan jaringan 5-2. 

Masihkah Ada Sayang?

   Rasanya ramai yang maklum akan “perang mulut” yang tercetus antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dan mantan PM. Tun Dr.Mahathir.  Kedua-duanya saling berbalas hujah dan boleh dibaca di blog masing-masing. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan sokongan kepada salah seorang daripada mereka mahupun kepada kedua-duanya. Baik TG Nik Aziz mahupun Dr.M keduanya mengemukakan hujah yang hebat-hebat, dengan gaya bahasa yang menarik disokong pula dengan petikan ayat al-quran dan hadis. Kedua-dua pemimpin umat ini juga ada penyokong yang berdiri teguh di belakang mereka. Penyokong-penyokong tersebut pula akan menyokong setiap yang diperkatakan oleh pemimpin kesayangan mereka di samping menghamburkan kritikan dan celaan kepada pihak satu lagi. Inilah politik Malaysia yang diamalkan oleh sebahagian besar orang politik yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. “Siapa saja ahli parti aku, aku sokong. Betul salah nombor dua.” Saya pernah menulis mengenai kemelut yang

Kesan media sosial ( reaksi dari tulisan “Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan sejarah yang diabaikan”)

Dikatakan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam keputusan tiga pilihanraya yang lalu iaitu PRU ‘99, PRU ‘04 dan PRU ‘08. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa jumlah pengguna internet di negara ini meningkat dengan mendadak. Pada tahun 2000, jumlahnya sekitar 3.7 juta sahaja. Namun pada tahun 2008, jumlah itu meningkat kepada 16 juta orang.( Nobisha. 2010. Apa Tunggu Lagi. OASIS BOOK Sdn. Bhd.) Perkembangan media sosial juga menjadikan pengguna bukan lagi bersifat sehala atau sekadar menjadi pembaca kepada web-web tertentu. Dengan muncul jenama-jenama seperti blog, twitter, facebook, tagged dan sebagainya membolehkan sesiapa saja yang menggunakan internet menulis mengikut kemahuan sendiri. Sama ada berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, aktiviti mahupun meluahkan perasaan geram, marah, sakit hati dan kasih sayang. Semuanya boleh dilakukan disini. Di media sosial. Saya sama sekali tidak menyangka, salah satu entri di blog yang serba kekurangan ini telah menye

Belajar niat

Asalkan orang itu Muslim, kaki masjid pula, banyak menghadiri majlis-majlis pengajian sudah tentu maklum akan kepentingan niat ke atas ibadah. Semua tahu tanpa niat ibadah tidak sah. Maka niat wajib dipelajari. Sampai ada yang menghafal niat kerana ustaz yang mengajar menyuruh supaya niat dihafal. Maka berbuihlah mulut sang murid menghafal niat. Lagi pun esok ustaz nak dengar hafalan tersebut. Murid hafal niat solat lima waktu. Hafal niat solat sunat. Hafal niat solat jenazah. Hafal niat wuduk. Hafal niat mandi wajib. Mandi wajib pula ada macam-macam. Kalau yang perempuan kena hafal niat mandi wajib kerana haid, nifas dan wiladah. Hafal niat puasa. Hafal niat zakat. Dah tua pun kena hafal lagi. Hafal niat haji. Kalaulah ada ustaz yang datang bagi kuliah kata tak perlu hafal niat, apa agaknya reaksi orang yang mendengar? Terkejut, tercengang atau ternganga? Saya percaya kalau tak semua pun, pasti ada dua tiga orang yang berasa pelik. Saya akui niat perlu dipelajari tapi bukan untuk

Susah nak jawab ni!

Dalam kuliah yang lepas di surau al-Muhtadin, saya ditanya tentang sambutan Maulidur Rasul. Sebelum menjawab saya sempat bergurau, “Eh, mana ada saya sentuh tentang Maulid Nabi pun! Susah nak jawab soalan ni.” Memang malam itu saya membaca hadis pertama dari himpunan hadis-hadis Matan Arba’in iaitu hadis Saidina Umar ibn al-Khattab radhiyallahu ‘anhu mengenai niat dalam amalan. Tapi saya ada menyentuh tentang permulaan tahun hijrah yang bermula pada zaman Umar dan kedudukan doa awal dan akhir tahun. Saya turut menegur adat orang melayu ketika bersolat terawih yang memberi gelaran Amirul Mukminin kepada Saidina Abu Bakar. Sedangkan bermulanya gelaran Amirul Mukminin ialah pada zaman Saidina Umar. Maka persoalan sebenarnya yang mahu dibangkitkan ialah asal sambutan Maulidur Rasul. Sudah terlalu banyak diperkatakan tentang hal ini. Saya percaya sahabat saya yang bertanya pun arif mengenainya. Mungkin sekadar menghangatkan perbahasan. Bimbang hangatnya nanti sukar dikawal, saya cepa