Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Bandingkan......

Kiriman Dr. Zahazan Mohamed Firman Allah swt dlm surah al mulk ayat 22-24, maksudnya : “Maka apakah orang yang berjalan terbalik di atas mukanya itu lebih banyak mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tetap di atas jalan yang lurus? Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. Katakanlah: “Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan”. Lihat bandingan seorang yg memilih utk mnyertai rombongan para Syuhada sedang kan yg seorang lagi mati dlm kehinaan bersama dgn raja Bassyar agent syiah & yahudi zionis..

Jerebu di luar vs jerebu di dalam

Hari-hari dok tengok indeks pencemaran udara kat luar sana. Tapi tak sedar pula yang kat dalam tu dah berpuluh tahun tercemar teruk!!!

Ulama Syiah Mati, Wajahnya Hangus, Seoalah-olah Terbakar

Ini gambar yang aku dapat dari FB aku. Cuba tengok elok elok kemudian baca kenyataan dibawah yang aku copy bulat-bulat dari pengirimnya. Seorang Ulama Syiah Rafidhah Yang paling di Gemari oleh pengikutnya Pernah berkata Sebelum Ia Mati :”Seandainya Saya Mati dan masuk Surga, lalu saya jumpai Umar bin Khattab ada di dalam surga, maka saya meminta kepada Allah untuk mengeluarkan ku dari surga” .Lalu kemudian Tokoh Syiah ini mati, dalam keadaan yang aneh, Wajahnya Hangus, seoal ah-olah terbakar, Padahal ia mati bukan karena kebakaran. dan lihatlah pada Gambar di bawah ini. Semoga ini menjadi pelajaran bagi para penganut syiah yang lain untuk segera bertaubat..!!, Silahkan di share sahabat,agar penganut syiah segera bertaubat. Smoga bermanfaat n menjadi pelajaran bagi kita semua.— Sumber:  http://aslibumiayu.wordpress.com/2012/06/13/ulama-syiah-matiwajahnya-hangus-seoalah-olah-terbakar/

Takziah

KUALA TERENGGANU: Kuala Besut assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar passed away at the Sultanah Nur Zahirah hospital due to lung cancer. Dr A. Rahman, 55, was recently appointed as the health, women's development, family and community exco chairman. AL-FATIHAH! :: Mesti ramai yang dah berkira-kira akan berlakunya pilhanraya kecil. Lepas tu siapa pula akan menang? Ni satu lagi perangai hodoh. Bukan nak mendoakan kesejahteraan arwah dulu.   أللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Haprak betul!!!

Keliru aku dengan kenyataan mamat ni. Kenapa dia keluarkan kenyataan macam ni? Kalau pun tak setuju dengan pendekatan orang lain, tak payah lah dok maki hamun sampai macam tu sekali kat geng sendiri pula tu. Masing-masing ada cara dan pendekatan sendiri. Masing-masing berusaha untuk puaskan hati penyokong. Mungkin penyokong-penyokong kawasan dia mahukan dia lebih bersuara di dewan. Sedangkan penyokong-penyokong si mamat ni mahukan dia bersuara di jalanan. Dah memang patut dia bersuara di jalan pun. Nak cakap dalam dewan, tak boleh.  Memang jenis tak ada tarbiyah agama. Ini pun satu contoh pemikiran sekular. Pisahkan politik dengan agama. Atas nama politik boleh cakap ikut suka dia. Haprak betul!!!

Berdiri!

Ada orang sangat suka orang berdiri untuknya. Ia lambang kebesaran. Ia lambang kemegahan. Paling lekeh pun ia  gambaran kepada tingginya kedudukan seseorang dalam masyarakat atau sesebuah organisasi. Apabila dia sampai, orang berdiri menyambut dan bersalam dengannya. Dia masuk dalam dewan, orang berdiri menghormatinya. Dia bangun untuk berucap, orang bangun mempersilakannya. Dia selesai berucap, orang berdiri memberi tepukan kepadanya. Bangganya dia.  Hebatnya dia.  Cukup berpengaruhnya dia. Namun, senua itu hanya pengiktirafan manusia. Di sisi Allah, dia bakal ditimpa celaka. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, " Sesiapa yang menyukai orang-orang berdiri untuknya, maka dia sebenarnya mengambil tempat duduknya di dalam neraka"  (Sahih Sunan Abi Daud :no.5229) Membaca hadis ini saja aku jadi bimbang. Betapa ramai yang berharap orang akan berdiri menyambut dan menunjukkan rasa hormat kepada mereka. Malah sebelu

Bertuahnya seorang bakal tahfiz

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un . Sayu dan simpati. Subhanallah . Kagum dan menginsafi betapa setiap kejadian itu ada hikmah yang tak mampu dirungkai oleh otak manusia sekerdil aku. Apa lagi lagi yang mampu aku ucapkan. Tatkala mendengar tragedi menimpa adik Aiman Nurhakim Yahya, 13 yang terkorban dalam nahas kebakaran di Maahad Tahfiz al-Barakah (MANTAB), Kampung Masjid Tikam Batu. Sayu dan simpati mengenangkan hilangnya sebutir permata yang baru digilap potensinya dalam penguasaan al-quran. Hilangnya seorang bakal tahfiz. Namun sudah kehendak Allah, beliau dipanggil dengan penuh kasih sayang dan rahmat. Beliau meninggal dalam satu nahas kebakaran yang diiktiraf oleh agama sebagai mati syahid mengambil mafhum dari sebuah hadis riwayat Imam Malik dalam Kitab al-Muwatta' no.493.  Rasa sayu itu kemudian bertukar menjadi kagum dan menginsafi kebesaran Allah. Berita yang sampai kepada kita, otak bakal tahfiz ini masih elok biar tubuhnya rentung dimamah api. Malah bara

Setakat 30% tak jadi masalah.

Pagi tadi aku dengar radio Suria FM. Antara topik yang menarik perhatian aku ialah cadangan menaikkan harga tiket sebanyak 30%. Kata DJ Halim Othman ini bermakna tambang dari KL ke Kedah, Kelantan dan Terengganu akan menjadi antara yang termahal iaitu RM52. Walaubagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan antara pihak persatuan dengan kerajaan. Dalam tempoh ini tiket bas sempena raya raya nanti masih belum dapat dikeluarkan sehingga keputusan mengenainya dicapai. Manakala kenaikan ini pula bukan surcaj atau caj tambahan sempena musim perayaan sebaliknya ia merupakan kenaikan menyeluruh. Bermakna kalau ia diluluskan, pengguna-pengguna bas ekspres dari Kedah contohnya, akan membayar tambang RM52 bermula dari musim raya ini. Antara alasan yang diberikan ialah kenaikan gaji pekerja, tiada lagi diskaun PLUS dan lain-lain lagi.  Rasa-rasa aku yang mengaji tak habis ni, kalaulah tol dihapuskan, petrol pula turun harga, agaknya soal tiket bas ekspres naik harga tentu tak t
" Banyak pihak mendakwa bahawa orang Islam hanya akan dihormati jika ekonominya kukuh. Saya tidak bersetuju. Apa guna ekonomi kukuh jika menjadi perasuah, penipu dan pengkhianat. Apa yang paling penting ialah akhlak yang baik. Sehingga matlamat utama diutuskan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ialah menyempurnakan akhlak yang baik " - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Semoga tidak berulang

Firman Allah yang bermaksud "(..... orang-orang yang sabar) iaitu orang yang apabila ditimpa musibah  mereka mengucapkan sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali (إِنَّا لله وإنا إِلَيهِ رَجِعُونَ) -maksud ayat 156 surah Al-Baqarah) Dengan penuh keinsafan ke atas kebesaran Allah, aku mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tajudin Zainal Abidin, mangsa runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Tiada siapa yang inginkan kejadian seperti ini berlaku apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa seseorang. Aku percaya semua pihak yang berkaitan telah berusaha sedaya upaya memastikan langkah-langkah keselamatan. Tapi kita manusia yang terdedah dengan kesilapan dan kelemahan.  Semoga semua pihak yang berkaitan bermuhasabah dan berusaha supaya tragedi malang ini tidak akan berulang. Bukan sahaja melibatkan jambatan kedua Pulau Pinang malah semua projek pembangunan yang lain.

Perbaiki bacaan atau beri laluan

Assalamualaikum. Kali ini aku nak berkongsi dengan saudara dan saudari mengenai pengamatan aku dengan sikap sesetengah orang yang begitu teringin nak jadi imam solat berjamaah. Asal saja bilal iqamah, cepat saja depa ni  meluru ke depan terus ambil tempat imam. Aku bukan jenis yang nak berebut sangat jadi imam. Aku tahu ada yang lebih layak dari aku. Lagi pun tempat imam cuma ada satu. Nabi juga tak suruh kita berebut jadi imam. Baginda menyuruh kita berebut bersolat di saf paling hadapan.  Cuma yang aku tak puas hati ialah bacaan sesetengah daripada mereka yang jadi imam. Depa ni nak sangat jadi imam tapi bacaan tak pernah berubah sejak mula-mula jadi imam 10 tahun yang lalu. Bacaan melalut ke laut. Tajwid lintang pukang manakala makhraj pula hampir-hampir tidak menepati sifat huruf.  Ada yang patut dibaca panjang 4/5 harakat, dibacanya 2 harakat. Kekadang jadi sebaliknya. Sepatutnya dibaca dengung tak pula didengungnya. Huruf yang bukan qalqalah, dibacanya qalqalah seperti h

Tahniah Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Azizan bin Abdul Razak yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda. Pengurniaan tersebut juga membawa gelaran Tan Sri kepada Ustaz Azizan. Tahniah sekali lagi diiringi dengan doa semoga Allah memberi kesembuhan dan mengembalikan kekuatan serta kecerdasan minda kepada Tan Sri Ustaz Azizan untuk terus memperkuatkan saf perjuangan Islam di Kedah khususnya dan di Malaysia amnya. Amin. 

Ada yang hilang di Kedah

Ini cerita yang aku dengar dari YB Ustaz Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah merangkap ADUN Alor Mengkudu ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak  mesyuarat agung cawangan-cawangan kawasan Sungai Petani .        Selepas menjadi MB baru Kedah, Datuk Mukhriz telah berkunjung ke kediaman rasmi di Seri Mentaloon.   Petugas di situ memberitahunya tentang program kuliah ilmu fardu ain yang diadakan sepanjang Dato Seri Azizan menjadi MB. Kuliah tersebut diadakan pada setiap hari Sabtu dengan menjemput ilmuan-ilmuan tersohor khususnya di negeri Kedah seperti TG Dato’ Dr. Haron Din. Ustaz Zainol Asri, Ustaz Aminuddin Abd Rahim dan lain-lain. Manakala jamuan juga turut diadakan selepas selesai sesi pengajian pada setiap minggu. Begitulah dekatnya pemerintah terdahulu kerajaan negeri dengan rakyat. Bukan sahaja dengan membuka pintu kediamannya untuk dikunjungi malah disediakan juga santapan rohani dan jasmani.         MB baru bercadang meneruskan usaha ini. Alhamdulillah

Kalau boleh ku bantu, tapi .........

Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian! Kali ini aku nak mulakan tulisan dengan sepotong hadis yang bermaksud, "Orang yang memelihara ibu tunggal dan orang miskin adalah ibarat orang yang berjihad di jalan Allah, dan juga ibarat orang bangun solat tanpa jemu serta puasa tanpa berbuka ." (Riwayat Imam al-Bukhari) Hadis ini mengandungi janji Rasul yang mulia berupa ganjaran yang sangat besar bagi orang-orang yang menghulurkan bantuan kepada golongan ibu tunggal dan orang miskin. Sudah pasti janji ini merupakan satu galakan kepada para sahabat Baginda radhiallahu'anhum ajma'in agar mereka berebut-rebut melakukan kebajikan dengan segera menghulurkan bantuan kepada kedua-dua golongan tersebut. Dr. Asri (mantan mufti Perlis) dalam salah satu kuliahnya pernah menyebut, kesediaan para sahabat mengikut Nabi berjihad dan bersedia pula malah bercita-cita untuk gugur sebagai syuhada setelah mengambil kira beberapa faktor. Selain keimanan dan ketaqwaan yang mantap s