Langkau ke kandungan utama

Perbaiki bacaan atau beri laluan

Assalamualaikum.

  1. Kali ini aku nak berkongsi dengan saudara dan saudari mengenai pengamatan aku dengan sikap sesetengah orang yang begitu teringin nak jadi imam solat berjamaah.
  2. Asal saja bilal iqamah, cepat saja depa ni meluru ke depan terus ambil tempat imam.
  3. Aku bukan jenis yang nak berebut sangat jadi imam. Aku tahu ada yang lebih layak dari aku. Lagi pun tempat imam cuma ada satu.
  4. Nabi juga tak suruh kita berebut jadi imam. Baginda menyuruh kita berebut bersolat di saf paling hadapan. 
  5. Cuma yang aku tak puas hati ialah bacaan sesetengah daripada mereka yang jadi imam. Depa ni nak sangat jadi imam tapi bacaan tak pernah berubah sejak mula-mula jadi imam 10 tahun yang lalu.
  6. Bacaan melalut ke laut. Tajwid lintang pukang manakala makhraj pula hampir-hampir tidak menepati sifat huruf. 
  7. Ada yang patut dibaca panjang 4/5 harakat, dibacanya 2 harakat. Kekadang jadi sebaliknya. Sepatutnya dibaca dengung tak pula didengungnya. Huruf yang bukan qalqalah, dibacanya qalqalah seperti huruf ض dalam kalimah تَضْلِيل. Sebaliknya huruf qalqalah tak berbunyi qalqalah seperti huruf ج sukun.
  8. Ada pula yang baca huruf غ jadi ع seperti يَغْشَى tapi dibaca يَعْشَى.  
  9. Bacaan-bacaan seperti ini yang menyakitkan telinga kami para makmum. Malah ada yang pernah bertanya sama ada boleh mufaraqah kerana tak puas hati dengan bacaan imam. Tapi aku jawab, belum sampai syarat untuk bermufaraqah lagi.
  10. Sepatutnya orang-orang macam ini berusaha memperbaiki bacaan mereka bukan berasa selesa dan mengharapkan para makmum mendengar bacaan mereka.
  11. Kalau dah tak mampu sangat nak memperbetulkan bacaan, berilah laluan kepada mereka yang lebih baik bacaannya. Lihat dulu kiri kanan jangan terus serbu ke tempat imam.
  12. Sebenarnya di tempat atau di surau aku ini masih ramai yang berkemampuan membaca dengan baik tetapi sering diketepikan oleh orang-orang yang perasan bacaan mereka lebih baik dari orang lain.
  13. Maka yang malangnya ialah makmum di belakang yang terpaksa mendengar bacaan yang amat menyakitkan telinga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...