Langkau ke kandungan utama

Bertuahnya seorang bakal tahfiz

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Sayu dan simpati.

Subhanallah. Kagum dan menginsafi betapa setiap kejadian itu ada hikmah yang tak mampu dirungkai oleh otak manusia sekerdil aku.

Apa lagi lagi yang mampu aku ucapkan. Tatkala mendengar tragedi menimpa adik Aiman Nurhakim Yahya, 13 yang terkorban dalam nahas kebakaran di Maahad Tahfiz al-Barakah (MANTAB), Kampung Masjid Tikam Batu. Sayu dan simpati mengenangkan hilangnya sebutir permata yang baru digilap potensinya dalam penguasaan al-quran. Hilangnya seorang bakal tahfiz. Namun sudah kehendak Allah, beliau dipanggil dengan penuh kasih sayang dan rahmat. Beliau meninggal dalam satu nahas kebakaran yang diiktiraf oleh agama sebagai mati syahid mengambil mafhum dari sebuah hadis riwayat Imam Malik dalam Kitab al-Muwatta' no.493. 

Rasa sayu itu kemudian bertukar menjadi kagum dan menginsafi kebesaran Allah. Berita yang sampai kepada kita, otak bakal tahfiz ini masih elok biar tubuhnya rentung dimamah api. Malah barang miliknya juga langsung tak tersentuh oleh api walaupun hanya disimpan dalam almari kayu.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham di sebaik-baik tempat di sisi para auliya'NYA. Buat keluarga Allahyarham, semoga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian kehilangan yang amat hebat ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah