Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Hulur sikit

Ini satu lagi hal. Asal ada kenduri saja, kena bawa barang seringgit dua yang dimasukkan ke dalam envelope atau sarung 'ang pow' untuk diberi kepada tuan rumah. Kekadang tu rasa macam tak ikhlas saja. Tapi dah tengok orang lain hulur, terpaksalah hulur juga. Takut nanti orang kata kedekut. Tapi bila difikirkan balik, siapa yang peduli sama ada kita bagi atau tidak. " Isyy, seringgit saja ?" Tegur isteri yang melihat saya memasukkan RM1 dalam sampul. " Okey la tu. Kitakan mai jauh. Duit tol lagi, duit minyak lagi. Lagi pun tuan rumah panggil kita mai makan kenduri di rumah dia. Bukan dia berniaga nasi minyak. Nanti kalau dia tengok banyak duit yang kita bagi, kecik hati dia pula ." Jawab saya. Pernah saya dan rakan-rakan jamaah surau al-Muhtadin bergurau dalam hal ini. Kata Bang Mat, " kalau kita biasa bgi banyak kat orang, dengan sendirinya kita akan dapat banyak ." Ala-ala hukum karma tu. " Kita ni nak buat kenduri atau nak berniaga ?"

Maulidur Rasul jadi Hari Raya?

Ada perayaan Maulidur Rasul di sebuah kampung dalam kawasan DUN Pantai Merdeka. ADUN Pantai Merdeka, ayahanda Tn. Hj. Abdullah b. Jusoh diundang menyampaikan ucapan. Turut diselitkan acara perarakan sambil berselawat dan membawa sepanduk yang memuji Baginda Rasul. Masing-masing berpakaian seperti menyambut hari raya. Tambahan lagi penceramah yang juga seorang ustaz menyifatkan sambutan maulidur Rasul termasuk perayaan bagi umat Islam. gambar hiasan "Bolehkah macam tu? " Saya percaya ustaz itu dan ustaz-ustaz lain juga kalau berceramah sudah pasti menyeru umat Islam sekaliannya kembali berpegang kepada ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam . Dah namanya ceramah maulid. Manakala ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah sudah dilengkapi dengan pakej untuk memandu umatnya mencapai kesejahteraan dalam hidup. Dan perlu diulangi sekali lagi bahawa pakej tersebut telah pun LENGKAP. Antara kandungan pakej sejahtera yang ditawarkan dal

Bertilawah dan bercerita

Minggu ini saya mengajar Murid Tahun 4 membaca surah Yusuf. Saya rasa perlu menyelitkan sama cerita yang terkandung dalam surah tersebut walaupun tidak termasuk dalam sukatan. Ada mesej yang mahu disampaikan, ada perkara yang perlu diperbetulkan dan kebenaran yang perlu dipertahankan. Sukatan sekadar menetapkan surah tersebut dibaca dan dihabiskan dalam masa empat minggu. Maka tilawah diselangi dengan cerita. Sedaya upaya saya cuba mengelakkan tokok tambah yang biasa digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyedapkan cerita. Saya bercerita mengenai mimpi Nabi Yusuf. Cerita mengenai Nabi Yaakub yang menasihati anaknya agar menyembunyikan mimpi tersebut dari pengetahuan abang-abangnya. Cerita cemburu si abang terhadap adik mereka. Cerita tentang konspirasi. Dan bagaimana Yusuf yang masih kecil akhirnya dipelihara dan dibesarkan di istana seorang penguasa Mesir yang disebut dalam al-Quran sebagai al-'Aziz . Tatkala dewasa, Yusuf tumbuh sebagai pemuda yang mempunyai susuk menawan

Abai

Dalam perhimpunan tidak rasmi pagi tadi, guru disiplin memanggil murid-murid yang tidak mengikuti solat zohor berjamaah. Selain diberi amaran, mereka juga didenda ketuk ketampi. Hasilnya, waktu zohor tadi surau kembali meriah. Sambil menghargai tindakannya, saya rasa tercabar kerana ia sepatutnya tanggungjawab Ketua Panitia Pendidikan Islam. Sebaliknya, saya yang mengabaikan.

Istimewa

Ada kenduri walimah di rumah En. Sabri. Ramailah kenalan En. Sabri sekeluarga yang dijemput. Sementara jiran tetangga pula sejak dua hari lalu bertungkus lumus menyediakan kelengkapan serta menu hidangan. Lancar perjalanan majlis bermakna harumlah nama seluruh penduduk Taman Serijaya. Tepat jam 12 tengahari jamuan dimulakan. Tetamu dijemput menikmati hidangan secara layan diri. Dah jadi trend sekarang. Anak-anak muda sudah hilang minat menjadi mentara. Mahu harapkan tenaga 40-an ke atas, mana larat pergi balik menghantar hidangan. Datanglah Tuan Guru dari Pondok Sik dengan rombongannya. En. Sabri segera menghampiri lalu dijemputnya Tuan Guru duduk dan hidangan dibawa kepadanya. Jusoh pemuda ber fe'el rumbu melihatnya dari jauh. Tanpa segan dia bertanya, " kenapa Tuan Guru dilayan 'special '? Orang lain kena layan diri. Dia pula makan berhidang ." " Dia Tuan Guru, kenalah istimewa sikit. Lagi pun dia tak suka cara layan diri ni. " Terang En. Sabri. &quo

Komen blog "Ku Bersamamu Lampuneonku"

Saudara, Saya baru lepas membaca posting terbaru saudara di bawah tajuk, " Yassin ke Khafi?? Kebiasaan ke Sunnah Rasulullah?? " Pada pandangan saya, ia sangat bernilai ilmiah pada memandu masyarakat kembali beramal dengan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam secara total. Saya cuba meninggalkan ulasan sebagai tanda sokongan atas usaha yang saudara lakukan. Namun, ulasan saya disekat kerana saudara hanya memberikan kebenaran membuat ulasan kepada ahli kumpulan saja. Justeru izinkan saya menulis semula ulasan saya di sini. "Alhamdulillah. Artikel yang SANGAT BAIK. Semoga lebih banyak lagi tulisan yang mampu membimbing masyarakat kembali mengikut sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah, " Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku(Nabi), nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu... "(ali-'Imran:31) . Tak sia-sia saya menjadi pengikut blog saudara . "

Buta sejarah

Dato' Seri Zahrin kata, dia tak perlu ikut 'fatwa' Tuan Guru Nik Aziz supaya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Dulu, PAS pernah keluar dari BN dan mengkhianati pengundi kerana pengundi sebenarnya memberi undi kepada BN. Itu kata dia. Seperti mahu memulangkan paku buah keras kenyataan Tuan Guru. Cuma satu komen saya! Dato' Seri Zahrin buta sejarah. PAS dulu bukan keluar BN. Tapi ditendang keluar dari BN. Jauh bezanya tu. PAS tidak mengkhianati pengundi sebaliknya menjadi mangsa pengkhianatan UMNO.

Manfaat penghawa dingin

Lazimnya saya berada di rumah selepas solat maghrib di surau al-Muhtadin. Mengajar anak bertilawah dan makan malam merupakan agenda sementara menanti panggilan muazzin untuk solat isyak. Tapi kini jadual sedikit berubah. Cuaca panas merimaskan bila berada di rumah. Satu-satunya tempat yang agak sejuk dan nyaman adalah di surau al- Muhtadin yang baru dipasang penghawa dingin. Lalu anak-anak ditetapkan supaya bertilawah di surau. Selepas tilawah terus tunggu hingga selesai solat isyak. Sesekali ada teman-teman jamaah yang menunggu sehingga waktu isyak, dapat juga bermuzakarah. Biasanya soal-soal berkaitan agama menjadi topik perbincangan. Insya Allah, setiap perkara dan hujah dikuatkan dengan dalil al-Quran dan as-Sunnah di samping pandangan dan pendapat ulama mengikut kefahaman masing-masing. Bila ada pandangan-pandangan yang tersasar, ia diperbetulkan dengan semangat kejiranan. Walaupun kalau dilihat dari luar, mereka yang di dalam surau seolah-olah sedang bersembang kosong tetapi sebe

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan

Program baru di Surau al-Muhtadin

Surau al-Muhtadin sudah siap dibaik pulih sepenuhnya. Kini tinggal pengisian rohani pula yang tertangguh selama projek berjalan dikembalikan seperti asal. Setakat ini belum ada apa-apa tanda. Dengan usaha beberapa orang rakan sejamaah, satu halaqah tadarus al-quran dibentuk. Setiap malam Jumaat selepas solat Isyak adalah waktu pilihan. Ia khusus bermatlamatkan penambahbaikan dalam bertilawah. Nampaknya seruan bersambut dan untuk malam pertamanya seramai tujuh ahli jamaah surau mengambil bahagian. Usai membetulkan bacaan fatihah, cadangan dikemukakan untuk menyelitkan sama muzakarah berkaitan solat seperti solatnya Baginda Rasul sallallahu 'alaihi wasallam . Maka bermula minggu hadapan bertambah satu lagi program pengajian atas inisiatif dan penglibatan ahli-ahli jamaah surau sendiri. Tak perlu ramai penyertaan, cukuplah buat mereka yang ada kesungguhan.

Tilawah al-Quran Beramai-ramai

Oleh: Abu Anas Ali bin Husain Abu Luz Membaca Al-Quran merupakan ibadah dan merupakan salah satu sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada dasarnya membaca Al-Quran mestilah mengikut tatacara Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam yang kemudiannya dituruti oleh para sahabat Baginda. Tidak ada satu pun riwayat dari Baginda dan para sahabat Baginda bahwa mereka membacanya dengan cara bersama-sama atau secara serentak. Sebaliknya mereka membacanya sendiri-sendiri atau salah seorang membaca dan orang lain yang hadir mendengarnya. Telah diriwayatkan bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, " Hendaklah kalian berpegang teguh dengan sunnah-KU dan sunnah para Al-Khulafa' ar-Rasyidun selepas-KU " ( Diriwayatkan oleh Abu Daud no 407 dalam kitab Sunnah, bab Fii Luzuumis Sunnah ; Ibnu Majah no 42 dalam Al-Muqaddimah, bab Ittiba'ul Khulafa'ir Rasyidinal Mahdiyyin, dari hadits Al-Irbadh Rad

Apa sebenarnya?

Pertembungan Anwar vs Saiful dalam kes liwat kembali menghangatkan. Rata-rata media utama memilih untuk meletakkan cerita bagaimana Saiful diliwat sebagai tajuk utama. Tidak cukup di akhbar, penulis-penulis maya turut merendangkan lagi cerita dengan tambahan-tambahan berupa makian, kutukan, kecaman serta kata-kata kesat dan lucah di laman web dan blog masing-masing. Bagi penyokong DS Anwar, mereka menjadikan Saiful sebagai sasaran dan begitulah sebaliknya. Tidak cukup dengan tulisan ditambah lagi dengan gambar-gambar yang di' impose 'kan wajah-wajah yang mereka benci itu beraksi lucah. Saya secara peribadi, menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Meskipun jauh di sudut hati terdapat keraguan yang munasabah untuk melihat mahkamah bertindak adil tanpa campurtangan unsur-unsur luar. Namun saya yakin seperti yakinnya orang-orang beriman, segala sesuatu yang berlaku di atas muka bumi ini pasti akan diadili seadil-adilnya di Mahkamah Al

Tetap bersama, terus bersama

Saya baru pulang dari menghadiri Mesyuarat Agung PAS cawangan Batu Dua yang saya merupakan Setiausahanya sejak tahun 2005. Seperti tahun-tahun lepas, kehadiran ahli sangat tidak memberangsangkan. " Orang yang sama juga ", kata Bang Li, Bendahari cawangan. Keadaan tersebut ternyata membimbangkan. Seperti kata pengerusi mesyuarat merangkap Ketua Cawangan, ia tidak sepatutnya berlaku dalam cawangan yang dianggotai oleh YDP PAS Kawasan Sungai Petani yang juga ADUN Pantai Merdeka merangkap EXCO Kedah. Tapi nak buat macam mana kalau ahli-ahli yang ada pun buat tak tahu saja. Rupa-rupanya kebimbangan ini turut dikongsi oleh perasmi mesyuarat, En. Anuardin yang menceritakan keadaan yang hampir sama berlaku di cawangannya. Sememangnya cawangan beliau diakui sebagai cawangan yang aktif dan pernah menang anugerah cawangan terbaik di peringkat kawasan. Sekadar bergurau saya sempat mengusik hadirin dengan berkata, " ingatkan selepas menang, akan ada perebutan jawatan dan saya akan j