Langkau ke kandungan utama

Tetap bersama, terus bersama

Saya baru pulang dari menghadiri Mesyuarat Agung PAS cawangan Batu Dua yang saya merupakan Setiausahanya sejak tahun 2005. Seperti tahun-tahun lepas, kehadiran ahli sangat tidak memberangsangkan. "Orang yang sama juga", kata Bang Li, Bendahari cawangan. Keadaan tersebut ternyata membimbangkan. Seperti kata pengerusi mesyuarat merangkap Ketua Cawangan, ia tidak sepatutnya berlaku dalam cawangan yang dianggotai oleh YDP PAS Kawasan Sungai Petani yang juga ADUN Pantai Merdeka merangkap EXCO Kedah. Tapi nak buat macam mana kalau ahli-ahli yang ada pun buat tak tahu saja.

Rupa-rupanya kebimbangan ini turut dikongsi oleh perasmi mesyuarat, En. Anuardin yang menceritakan keadaan yang hampir sama berlaku di cawangannya. Sememangnya cawangan beliau diakui sebagai cawangan yang aktif dan pernah menang anugerah cawangan terbaik di peringkat kawasan.

Sekadar bergurau saya sempat mengusik hadirin dengan berkata, "ingatkan selepas menang, akan ada perebutan jawatan dan saya akan jadi orang pertama menarik diri . Tapi yang jadi sebaliknya. Orang lain lebih dulu menarik diri"

Dalam ucapan penangguhannya, YB EXCO menyampaikan maklumat terkini mengenai program-program kerajaan negeri yang kurang mendapat pendedahan media. Turut juga diceritakan mengenai cubaan pihak SPRM membuka kertas siasatan ke atas beberapa GLC kerajaan. Menariknya, bila YAB Ustaz Azizan mengungkitkan laporan ka atas bekas MB, DS Mahadir Khalid, pihak SPRM sekadar menjawabnya, "faham-faham sajalah, ustaz!!!" Memanglah kita dah lama faham dengan perangai SPRM yang tolong UMNO&BN menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Mesyuarat juga menerima usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sungai Petani yang berbunyi, "PAS Cawangan Batu Dua mengusulkan supaya PAS Kawasan Sungai Petani menguatkuasakan larangan merokok dalam Pejabat PAS Kawasan Sungai Petani dan sekitarnya meliputi dalam pejabat dan kawasan berpagar."

Mesyuarat kemudian ditangguh kira-kira jam 11.45 malam. Dalam hati, terselit azam untuk cuba mengukuhkan semula cawangan yang dah jadi hidup segan mati tak mahu. Tapi, terbayang kesukaranya. Kebanyakan ahli tinggal berselerak. Hanya segelintir saja yang benar-benar tinggal di kawasan Batu Dua. Saya sendiri tinggal di luar kawasan. Begitu juga YB dan keluarganya. Malah ramai yang telah memohon untuk berpindah cawangan.

Namun seperti kata YB dalam ucapan penangguhnnya, kalau semua yang tinggal di luar kawasan berpindah, kemungkinan cawangan ini akan ditutup dan PAS kawasan mengalami kemerosotan dari segi jumlah cawangan. Justeru beliau berharap, ahli-ahli dapat kekal bersama di samping terus berusaha mengekalkan dan menghidupkan program-program dalam cawangan Batu 2.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...