Langkau ke kandungan utama

Maulidur Rasul jadi Hari Raya?

Ada perayaan Maulidur Rasul di sebuah kampung dalam kawasan DUN Pantai Merdeka. ADUN Pantai Merdeka, ayahanda Tn. Hj. Abdullah b. Jusoh diundang menyampaikan ucapan. Turut diselitkan acara perarakan sambil berselawat dan membawa sepanduk yang memuji Baginda Rasul. Masing-masing berpakaian seperti menyambut hari raya. Tambahan lagi penceramah yang juga seorang ustaz menyifatkan sambutan maulidur Rasul termasuk perayaan bagi umat Islam.

gambar hiasan
"Bolehkah macam tu?"

Saya percaya ustaz itu dan ustaz-ustaz lain juga kalau berceramah sudah pasti menyeru umat Islam sekaliannya kembali berpegang kepada ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Dah namanya ceramah maulid.

Manakala ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah sudah dilengkapi dengan pakej untuk memandu umatnya mencapai kesejahteraan dalam hidup. Dan perlu diulangi sekali lagi bahawa pakej tersebut telah pun LENGKAP. Antara kandungan pakej sejahtera yang ditawarkan dalam Islam termasuk mengenai perayaan. Oleh kerana perayaan juga termasuk dalam soal ibadah maka tidak dapat tidak insan yang mengaku sebagai penganut Islam hanya layak menerima dan mengadakan perayaan seperti yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNYA. Justeru raya dalam Islam cuma ada dua: (i) 'Idul Fitri (ii) 'Idul Adha. Ada pun golongan yang menjadikan hari lahir Nabi mereka sebagai perayaan adalah golongan Nasrani yang akhirnya membawa kepada syirik yang sangat besar apabila al-Masih Isa ibn Maryam diletak setaraf dengan Allah jalla wa 'ala.

"Amboi, amboi, amboi, nak mengajar ustaz pulak dia!!!"

"Bukan. Cuma nak mengingatkan supaya jangan melampau. Jangan lebih-lebih. Jangan 'ghuluw'."

Pujian kepada YB Cikgu Lah yang berterus terang mengenai ketiadaan sambutan dan perarakan dilakukan ketika zaman Rasulullah dan zaman sahabat Baginda.

Tn. Hj. Abdullah b. Jusoh

Mungkin ramai yang masih kurang jelas lalu menganggap sambutan diadakan sebagai tanda kecintaan kepada Rasul. Sedangkan hakikat cinta sebenar ialah melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasul serta meninggalkan segala urusan yang cuba dikaitkan dengan agama tetapi sebenarnya tidak berasal dari ajaran Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan jauh dari panduan wahyu. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, "Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak berasal dari perintah kami, maka ia tertolak." (Riwayat oleh Imam Muslim. Hadis Sahih)

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...